Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, August 21, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan kekasihku yang berada nun jauh di sana, ku harap kau khabar baik-baik sahaja.

Aku coretkan warkah ini agar kau tahu aku setia kepadamu.

Wahai kekasih, walau kita tidak pernah berbicara tapi kau perlu tahu aku terlalu ingin berbicara denganmu.

Wahai kekasih, agama kita melarang untuk kita bermesra-mesra selagi belum disahkan dengan akadmu. Kau pun tahu itu.

Maka aku ikut agama kita untuk tidak berbicara denganmu.

Wahai kekasih, agama kita terlalu suci untuk kita menodai dengan bunga-bunga di hati yang merindu. Lalu aku membiarkan mu tanpa khabar berita, agar Tuhan lebih meredhai kita.

Wahai kekasih, walaupun kita tidak pernah saling mencintai tetapi kau perlu tahu bahawa aku saling mendoakanmu. Ku harapkan kau juga mendoakan aku. Agar kita saling diberkahi dengan rahmat Tuhan.

Wahai kekasih, mereka hairan mengapa kita sepasang kekasih tetapi tidak pernah berbicara walau sepatah kata melainkan soalan-soalan mengenai nikah di pesan fbmu.

Wahai kekasih, aku hanya menurut Tuhanku supaya sentiasa menjaga hati agar tidak memakan diri.

Wahai kekasih, usahlah engkau turutkan kata orang sekelilingmu mengenai kita tetapi turutlah kata Nabi SAW kita yang sentiasa bersama kita andai kita menuruti sunnah baginda.

Wahai kekasih, jangan kau robohkan ikatan keberkahan ini dengan memalingkan wajahmu dari sunnah Rasulullah SAW.

Wahai kekasih, andai di hari pernikahan kita tiada pelamin berkelipan di rumahku, tiada mekap yang merah di pipiku, tiada baju yang cantik di tubuhku, tiada apa-apa di sisiku..terimalah aku seadanya agar pelamin, mekap, baju itu bukan ukuran kasihmu padaku.

Wahai kekasih, aku hanya bermimpi dan cuba bermimpi untuk jadikn suratku ini menjadi realiti.

Wahai kekasih, bantulah aku supaya aku dan engkau sentiasa dirahmati Allah sentiasa. Bantu aku dalam doamu.

La haula wala quwwata illabillah. Aminn.

22 Aug 2017
29 Dzulkaedah 1438H
1.01 a.m
Di bawah bumbung biru.

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak