Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Thursday, August 24, 2017

Assalamualaikum w.b.t,

Resah & Gelisah ku rasa,
Hidup penuh pancaroba,
Roda masa pantas bertukar,
Menduga iman di dada..

Atas tu bait-bait lagu In-Team,
Sebuah kumpulan nasyed yang terkenal,
Suatu ketika dahulu,
Lagu Nasyed dulu-dulu memang begitu.

Semalam hati aku gundah,
Seolah-olah kematian menghampiri,
Sesak dada sesak fikiran,
Mungkin ianya amaran Tuhan.

Semalam hati aku gundah,
Tidak selesa untuk hidup,
Seolah-olah izrail menyeru,
Masa aku sedang tiba.

Ku tenung ku renung diriku,
Apa masalah hidup aku?
Apa mungkin kerana aku penganggur,
Yang menjadikan jiwa aku sesak itu?

Ku renung ku tenung jiwaku,
Ada apa dengan hidupku?
Mungkin kerana tiada apa?
Lalu aku resah dan gelisah?

Teringat aku tentang tanda-tanda kematian,
Resah gelisah itu sama dengan tanda mati,
Itulah penyebab resah dan gelisah,
Iaitu aku lupa pada mati.

Kini aku belum mati,
Tapi aku ingat mati,
Resah dan gelisah hati,
Adalah kerana mati.

6.41 a.m
25 Aug 2017
2 Dzulhijjah 1438H
Telaga Mas.

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak