Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, September 18, 2017

Asas makna perkata Islam adalah 'Salama' yang bermaksud Selamat,
Apabila tidak ada Islam maka tidak ada selamat,
Cukup dengan tengok asas negara kita,
Pemerintah tidak melaksanakan Islam selengkapnya,
Walaupun masjid ada pejabat agama ada,
Tapi hukum masih berpegang dengan hukum barat.

Maka masyarakat juga tidak lengkap Islamnya,
Ada manusia seperti Siti Kasim yang mempertikai ulama,
Mempertikai betul ke ulama cakap tu benar,
Ada juga manusia yang tiada akhlak Islam langsung,
Walaupun nama dalam ic adalah Islam,
Carut mencarut usah cakaplah..banyak.

Dalam masyarakat itulah wujud keluarga yang tidak amal Islam,
Keluarga yang mencaci anaknya sendiri,
Keluarga yang tidak solat dan tidak puasa,
Keluarga yang hanya tahu hiburan semata-mata,
Tanpa memikirkan hidup selepas mati.

Dalam keluarga yang mempunyai ibu bapa sedemikian,
Maka anak-anak menjadi mangsa kecurangan didikan ibu bapa,
Kurang ajar dengan cikgu perkara biasa,
Dadah mencuri membunuh hobi sahaja,
Hidup tidak pernah tahu matlamatnya ke mana.

Maka dari situ juga keselamatan ummat tidak terjaga,
Orang baik orang soleh difitnah tanpa rasa berdosa,
Anak-anak tahfiz menjadi mangsa,
Untuk hidup di luar kawasan rumah pun tidak selesa,
Akibat dari Tiadanya 'SELAMAT' iaitu ISLAM dalam negara dan dunia.

#kembalilah semua kepada Islam, amallah Islam walau terpaksa. Hanya dengan Islam kita akan selamat sejahtera. InsyaAllah. Kalu susah nak amal Islam sebenarnya, minta dengan Allah kekuatan itu. La haula wala quwwata illa billah.

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak