Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, September 1, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Pesan Tok Imam tadi,
Kita ummat Islam dilanda ujian perpecahan. Ubat ujian tersebut adalah memperbaiki akhlak dalam diri masing-masing. Hanya dengan ukhwah Islamiyyah yang akan menyatukan ummat Islam yang diumpamakan seperti buih-buih dipantai.

Selami pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup berkorban anaknya demi cinta Ilahi. Pengorbanan Nabi Ismail a.s yang sabar dan sanggup dikorbankan demi Allah SWT. Dan pengorbanan Siti Hajar yang sanggup berlari-lari bagi mencari rezeki untuk anak yang dikasihi.

Tok Imam bertanya, sudahkah kita berkorban? Pengorbanan kita untuk Islam hanya sedikit dan sekecil hujung rambut berbanding dengan pengorbanan para Nabi-nabi. Ayuhlah kita menyeru anak-anak kita dan ummat kita untuk kembali kepada ajaran Islam sebagaimana Nabi Nuh a.s mengajak anaknya untuk naik bahtera kebenaran.

#Olahan dari Khutbah AidilAdha 1438H, Masjid Kg. Telaga Mas. Selamat Hari Raya AidilAdha. Teruskan korban diri baiki akhlak untuk penyatuan ummat.

1 Sept 2017
10 Zulhijjah 1438H
3.12 p.m
Telaga Mas

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak