Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Wednesday, September 13, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Sempena himpunan PH utk menolak politik toksid, ada beberapa gambar wanita PH tersebar bergambar bersama dengan Siti Kasim yang sememangnya dikenali umum, pembawa agenda liberalism di Malaysia.

Wanita PH berbangga bergambar dengan perosak agama dengan tujuan tidak lain untuk menyebarkan dakwah. Kata mereka. Penasihat agama PH sendiri menyetujui perbuatan tersebut dengan menganggap orang yang melarang hal demikian bajet suci.

Ini kepincangan yang berlaku dalam pemikiran pendakwah PH menurut hemat saya. Analogi mudah yang saya ingin gambarkan keadaan tersebut adalah sedemikian :

Seorang wanita bertuduh labuh menurup aurat sempurna hendak ke pasar membeli barang. Dipertengahan jalan, wanita tersebut terserempak dengan geng mat rempit dan penghisap dadah yang terkenal di kawasan perumahannya cuba untuk mengusiknya.

Lalu wanita tersebut mendekati geng tersebut untuk menyeru mereka ke arah kebaikan. Sambil-sambil berdakwah, geng tersebut menyelpi diri dengan wanita tersebut. Dan wanita tersebut juga tersenyum riang. Orang ramai melihat kejadian tersebut dengan perasaan bercampur baur.

Oleh kerana jalan ke pasar tersebut dipenuhi dengan orang yang bermacam ragam. Maka ada antara anak gadis melihat agenda tersebut dari jauh dan menganggap 'boleh menyelpi dengan geng tersebut', lalu anak gadis tersebut melihat kejadian itu sebagai perkara yabg dibolehkan.

Di pihak geng tersebut pula menularkan gambar mereka dengan wanita tersebut lalu dengan caption, 'ayuh sama2 kita berjuang menuju kemaksiatannn'. Dan di'like' beribu kawan fesbuknya. Dan dikongsi pula sehingga berjuta ahli fesbuk melihatnya.

Begitu juga orang awam lain yang mempunyai perasaan bercampur baur dengan ada yang melihat perbuatan tersebut baik dan ada yang melihat perbuatan tersebut sebaliknya.

Bertudung labuh menutup aurat sudah betul, menyampaikan dakwah dengan menyelpi di kalayak ramai akan mudah dieksploitasi oleh musuh. Maka adakah cara dakwah kita sesuai dengan keadaan yang sedemikian?

Adapun kita selaku yang memahami tuntutan dakwah mengetahui matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang menghampiri fitnah sedemikian hendaklah dijauhi.

Seorang wanita baik bertujuan mulia untuk mendampingi seorang lelaki yang tidak solat, tidak salah. Tetapi menjadi kesalahan wanita tersebut apabila menyampaikan rasa cinta Islamik dengan menjadi pasangan couple Islamik dengan lelaki tersebut.

Sekian, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Wallahua'lam.

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak