Masa itu Cinta
Allah
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Surah Ali Imran, ayat :31
Blogger templates
Blogger news
Followers
^_^
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN9 years ago
-
One Step Closer10 years ago
-
testing10 years ago
-
B.E.R.K.A.T12 years ago
-
Menangis air mata darah sekalipun....13 years ago
-
-
^_^
-
Paket Umroh Padang Murah Dan Berkualitas7 years ago
-
Ahmad Luth Bin Mohd Nazimi7 years ago
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN9 years ago
-
The Broken Promise10 years ago
-
-
One Step Closer10 years ago
-
Allah Meneguhkan Orang Yang Beriman10 years ago
-
sirna.11 years ago
-
Sabar11 years ago
-
Memborong di Air Hitam11 years ago
-
Tersimpan rapi11 years ago
-
Kerana cinta itu di dalam hati11 years ago
-
-
ToLd StOrY11 years ago
-
-
Aku Sayang Kau CeCoNeT12 years ago
-
-
B.E.R.K.A.T12 years ago
-
Para Pencinta Sejati12 years ago
-
Hujah 3 : Menyingkap Topeng Syiah13 years ago
-
entri yang tak bertajuk.13 years ago
-
-
#FastabiqulKhairat13 years ago
-
INILAH MAKNA BAHAGIA...13 years ago
-
Kisah Ummu Sulaim ( Rumaysa )14 years ago
-
Manusia dan Air….14 years ago
-
Membakar Jambatan14 years ago
-
sambungn mkn mlm PSM..14 years ago
-
~~dussssttttt~~~~14 years ago
-
Hampa!!14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anak 1 (1)
- cinTA (30)
- Cinta Allah (7)
- dakwah? (1)
- diam (1)
- Doa (2)
- Dosa (2)
- hati (1)
- HiDUp (37)
- HiDUp deN (10)
- ilmu (2)
- Islam (2)
- Jual beli halal (3)
- Kecantikan (9)
- kesihatan (6)
- kiamat (1)
- Mati (2)
- muqaddimah (1)
- PeiNgataN (30)
- pergi jalan la (1)
- PeriNgataN (2)
- PerkongsiaN (11)
- puisi (7)
- Raja (1)
- Sahabat (1)
- Selamat (1)
- Selamat Hari Raya (1)
- Siasah (7)
- syukur (1)
- taQwa (2)
- Tragedi (2)
Blogroll
Assalamualaikum w.b.t
Orang hidup dengan bahagia,
Kita hidup dengan gundah gulana,
Dulu hidup kita juga bahagia,
Tapi kenapa kini tidak lagi bahagia?
Dulu kita hidup dengan semangat,
Kini kita hidup dalam kelesuan.
Apa beza dulu dan sekarang?
Dulu kita begitu sekarang kita begini.
Dulu dulu dulu,
Al-Mathurat pagi dan petang,
Qiamullail setiap malam,
Al-Quran wajib sebahagian,
Solat nawafil sentiasa dilakukan,
Ceramah kuliah selalu mencuci hati kelam,
Puasa sunat setiap minggu tidak jarang.
Sekarang??
Al-Mathurat hilang entah pagi entah petang,
Qiamullail, apa itu bangun malam?,
Al-Quran tunggu bulan Ramadhan,
Solat nawafil langsung tidak berkesempatan,
Ceramah kuliah hanya dalam rakaman,
Puasa sunat sekadar dalam bayangan.
Apa dulu hidupmu dikelilingi kawan-kawan yang memesan?
Sekarang ini kau hidup sorang-sorang?
Apa dulu imanmu segantang,
Kini imanmu sekadar picisan?
Apa dulu hidupmu untuk akhirat,
Sekarang hidupmu untuk makan?
#kembalilah sang durjana kembalilah kepada Tuhan. Moga hidupmu yang suram kembali terang benderang.
Assalamualaikum w.b.t
Apa yang orang rasa,
Tak sama dengan apa yang kita rasa.
Loni banyak sangat kes jinayat,
Merompak meragut mencuri membunuh,
Berlaku kat area kita-kita jah.
Bilo ado berita demikian lalu kt wall,
Kita baca dan kita scroll cerita lain plok,
Rasa gerun ada tapi biasa-biasa sahaja,
Orang trauma kita kata 'apa la meroyan, x cukup iman ke?'
Melainkan bila sesuatu terjadi kat kita (nau'zubillahiminzaalik),
Mulalah rasa apa yang mereka rasa,
Bukan masalah iman x cukup rasa,
Tapi masalah apa yang kita rasa,
Tidak sama dengan apa yang orang rasa.
Jangan sedap mulut kata hal jinayat biasa-biasa,
Kalu kena kat kita baru mulut terkatup juga,
Dunia sekarang bukan aman sentosa.
#berdoalah setiap masa, saat dan ketika. Untuk keselamatan dunia akhirat kita. Pray4Ruu355.
10.34 p.m
25 Aug 2017
4 Dzulhijjah 1438H
Telaga Mas.
Assalamualaikum w.b.t
Ada seorang pemuda pergi merantau membawa diri untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrawi.
Pemuda itu mecari ilmu di sebuah program international iaitu di ijtima A'lami 2015 di Rusila.
Setelah 3 hari di sana, pemuda berkenaan balik ke Kelantan.
Setibanya di stesen bas kota bharu, pemuda tersebut baru perasan dia tiada duit tambang.
Lalu pemuda tersebut berdoa kepada Tuhan berbekalkan keyakinan bahawa hanya sedeqah yang boleh mengkayakan.
Berbekalkan duit RM1 yang ada di dompetnya, pemuda itu memberikan RM1 kepada peminta sedeqah di tepi masjid yang kebetulan lalu di sebelahnya.
Allahuma solli ala syaidina Muhammad.
Pemuda itu menelefon kawannya yang ada di sekitar Kota Bharu untuk meminjamkan sedikit wang tambang. Beberapa kali di dail tiada yang angkat.
Lalu pemuda berdoa dan terus berdoa agar dipermudahkan urusan.
Allah itu Maha Mendengar.
Kawannya tadi menelefonnya kembali, lalu pemuda itu menceritakan masalahnya dan ingin meminjam sedikit wang.
Kawannya yang baik hati itu, terus datang ke stesen bas untuk membantu pemuda itu.
Lalu di hulurkan sekeping wang kertas RM50 ke tangan pemuda itu.
Pemuda itu berjanji akan membayarnya kembali tetapi kawannya menolak dan meninggalkan pemuda itu.
Allahurabbi. Menitis air mata kerana punya kawan seperti itu.
Lalu pemuda itu mendoakan kebaikan kepada kawannya tadi.
Lihatlah, betapa berkat sedeqah RM1.
Assalamualaikum w.b.t
Kehadapan kekasihku yang berada nun jauh di sana, ku harap kau khabar baik-baik sahaja.
Aku coretkan warkah ini agar kau tahu aku setia kepadamu.
Wahai kekasih, walau kita tidak pernah berbicara tapi kau perlu tahu aku terlalu ingin berbicara denganmu.
Wahai kekasih, agama kita melarang untuk kita bermesra-mesra selagi belum disahkan dengan akadmu. Kau pun tahu itu.
Maka aku ikut agama kita untuk tidak berbicara denganmu.
Wahai kekasih, agama kita terlalu suci untuk kita menodai dengan bunga-bunga di hati yang merindu. Lalu aku membiarkan mu tanpa khabar berita, agar Tuhan lebih meredhai kita.
Wahai kekasih, walaupun kita tidak pernah saling mencintai tetapi kau perlu tahu bahawa aku saling mendoakanmu. Ku harapkan kau juga mendoakan aku. Agar kita saling diberkahi dengan rahmat Tuhan.
Wahai kekasih, mereka hairan mengapa kita sepasang kekasih tetapi tidak pernah berbicara walau sepatah kata melainkan soalan-soalan mengenai nikah di pesan fbmu.
Wahai kekasih, aku hanya menurut Tuhanku supaya sentiasa menjaga hati agar tidak memakan diri.
Wahai kekasih, usahlah engkau turutkan kata orang sekelilingmu mengenai kita tetapi turutlah kata Nabi SAW kita yang sentiasa bersama kita andai kita menuruti sunnah baginda.
Wahai kekasih, jangan kau robohkan ikatan keberkahan ini dengan memalingkan wajahmu dari sunnah Rasulullah SAW.
Wahai kekasih, andai di hari pernikahan kita tiada pelamin berkelipan di rumahku, tiada mekap yang merah di pipiku, tiada baju yang cantik di tubuhku, tiada apa-apa di sisiku..terimalah aku seadanya agar pelamin, mekap, baju itu bukan ukuran kasihmu padaku.
Wahai kekasih, aku hanya bermimpi dan cuba bermimpi untuk jadikn suratku ini menjadi realiti.
Wahai kekasih, bantulah aku supaya aku dan engkau sentiasa dirahmati Allah sentiasa. Bantu aku dalam doamu.
La haula wala quwwata illabillah. Aminn.
22 Aug 2017
29 Dzulkaedah 1438H
1.01 a.m
Di bawah bumbung biru.
Assalamualaikum w.b.t
Kebenaran akan menghantui orang yang bersalah.
Walaupun 19 tahun walaupun 32 tahun berlalu,
Selagi kebenaran tersembunyi,
Ianya akan menghantui,
Yang bersalah.
Lihat diri kita sahaja,
Jika terbuat salah,
Adakah hidup dengan tenang?
Lihat diri kita sahaja,
Jika berdosa dengan Tuhan,
Adakah boleh hidup dengan aman?
Orang yang dilihat tenang dan aman,
Belum tentu dalam dirinya bahagia,
Belum tentu hidupnya gembira.
Allah bersifat Pemaaf bagi orang yang bertaubat,
Selagi kita tidak bertaubat,
Selagi itulah maaf Tuhan bukan untuk kita.
Api kebenaran Islam tidak akan mati,
Walaupun sang kuffar cuba memadamkannya,
Itu janji Allah yang pasti.
Kebenaran adalah Islam,
Islam adalah kebenaran,
Sesiapa yang tinggalkan Islam,
Mereka meninggalkan kebenaran.
Wahai diri-diri yang bersalah,
Kembalilah pada Tuhan,
Supaya kebenaran tidak lagi menghantui kita.
Persoalannya,
Kita benar atau salah?
Kita tenang atau gundah?
#hanya diri sendiri yang mengetahui, namun Allah lebih mengetahui. Untuk tenang..buangkan ego kita, kembalilah kepada ajaran Islam. Walau hanya tidak pakai stokin kaki dan tangan.
18 Aug 2017
Jumaat
1.09 p.m
Dzulkaedah 1438H
Assalamualaikum w.b.t
Adik beradik tempat bergantung,
Adik beradik saling menggantung,
Adik beradik tempat bertahan,
Adik beradik saling menjahanam.
Atuk -nenek tinggalkan pusaka,
Harta tak banyak cuma s3kangkang kera,
Adik beradik berbalas muka,
Hanya kerana seorang berperangai kera.
Hidup di dunia hanya sementara,
Akhirat sana kekal abadi,
Kalau hidup rasa miliknya semua,
Tanah orang dia nak miliki.
Adik beradik memang gila,
Akibat dari kurang agama,
Adik beradik tambah gila,
Akibat dari gilakan harta.
Semoga kita s3lamat semuanya,
Mengharapkan keselamatan dari Yang Esa,
Berbahagialah bonda di tempat sana,
Ada hikmahnya ke kampung juga.
Abah menangis 'di telan mati Isteri, di luah mati Abang'. Abang paranoid.
Day 1
16 Aug 2017
24 Dzulkaedah 1438H
9.06 a.p
RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI
(10 Ogos 2017)
1. Parlimen Malaysia mencatat sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang semalam. 9 Ogos 2017 akan tertulis dalam memori mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah dibahaskan selama beberapa jam di Parlimen.
2. Di pihak PAS, 13 orang Ahli Parlimennya telah mengambil bahagian dengan memberi peranan sepenuhnya membahaskan RUU 164 ini. Mereka ibarat benteng terakhir umat Islam yang mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mereka telah laksanakan amanah mereka dengan baik, dan Parlimen telah membuat keputusannya, dan yang pasti kesemua mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
3. Tidak timbul PAS hanya bersikap pilih kasih dan hanya menjadi ‘penyokong’ kerajaan UMNO-BN. Ianya jelas dan bersuluh untuk dilihat. Bagi PAS, jika sesuatu perkara itu baik untuk Islam dan negara ini, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, PAS akan menyokongnya. Sebaliknya, jika ia bertentangan dengan Islam dan rakyat di negara ini, tidak kira siapa yang mencadangkan usul ini, PAS tetap akan menentangnya. Kami ada prinsip, dan prinsip kami mudah difahami, iaitu Islam adalah matlamat tertinggi perjuangan PAS.
4. Dalam usul semalam, PAS menentang usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. PAS berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, dalam keadaan pihak pembangkang lain tidak bersatu dan bersepakat dalam menyatakan pendirian. Bahkan, ahli parlimen pembangkang sanggup pula bersekongkol dengan Ahli Parlimen BN dalam meranapkan hak umat Islam di negara ini.
5. Apa yang menyedihkan, daripada sejumlah 141 Ahli Parlimen bergama Islam, baik pihak kerajaan (UMN-BN) mahupun pembangkang, tidak ada suara yang membangkang usul ini. Lebih pelik apabila Ahli Parlimen beragama Islam dari parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaku berjuang Islam tidak turut sama mengambil bahagian dalam membantah usul ini. Speaker Parlimen dengan mudah menolak bantahan MP PAS yang berjumlah 13 orang tanpa perlu mengundi kerana tidak cukup korum untuk membuat belah bahagi.
6. PAS ada sebab yang kukuh untuk menentangnya, dan bukan bangkit menentang secara semberono atau untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas dan kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 dan juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan.
7. Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
8. Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
9. Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak umat Islam terlucut, ditarik, ditukar dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjgaan hak terhadap anak-anak.
10. Semoga tragedi di Parlimen pada 9 Ogos 2017 membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak boleh diharap untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah umat Islam akan terus tergadai dan terabai. Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukan pembela Islam sejati, sebaliknya hanya menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika sempit, Islam dijulang dan ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan kalau mereka memerintah kelak, apa akan jadi kepada nasib umat Islam di negara ini?
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Assalamualaikum w.b.t
7.01 a.m
8 ogos 2017
15 Dzulkaedah 1438H
Telaga Mas
Assalamualaikum w.b.t
8.8.1988 tarikh masihi sy dilahirkan pada 8.45 p.m (surat beranak) sepatutnya 8 lebih sikit, di rumah lama kampung Telaga Mas.
Masa tu abah baru lepas solat maghrib di balasoh dekat rumah. Abe Le g turut. Mok Teh Ye yg sambut. Terima ma sebab beranok kkito.
Siapa yang pernah dilahirkan pada tarikh ini akan rasa sangat bertuah. Kata orang cina ada ONG. Aminn.
Terima kasih pada yg wish dan doa utk sy. Betapa doa kalianlah yang akan membentuk hidup sy. Lebih-lebih lagi doa dari orang2 berkat dan soleh-solehah yakni cikgu2, sahabat2, org2 sekeliling sy, sahabat2 fb.
Terima kasih juga pada fb sebab tolong ingatkan friends fb ttg birthday sy. Agak2 orang yang betul2 ingat birthday kita siapa ye. 😘
Kalo ada yang betul2 ingat birthday kita alhamdulillah dan terima kasih banyak2 yer.
Baiknya tarikh birthday ni adalah ada org doa yg baik2 untuk kita. Alhamdulillah.
Cumanya bila birthday sy or siapa2, sy jadi kurang cakna. Jika sy ingat baru sy wish personal, kawan tu. Kalo x ingat, sekadar copy paste org lain punya wish je lah. Ni lah kelemahan sy yg ada. Ampunkan yer.
Kalo sya nak copy paste wish dan doa birthday kawan2, saya akan pastikan sy baca seolah2 saya berdoa. Agar apa yang dicopy paste tu diterima Tuhan Yang Maha Kuasa. Aminn.
Family dan kawan2 sy pun sy jarang wish, kalo teringat baru wish. Tak pun keesokan atau kelusaan harinya baru sy wish. Paling kurang sy doakan je tak ucap pun. Maaf yer semua.
Betapa nikmat Tuhan yakni umur itu adalah berkat bila dipanjangkan umurnya dan dipendekkan umurnya. Dua-dua ni Allah sayang. Cuma bagaimana kita isi umur kita seharian?
Birthday sy tarikh Qomari adalah 24 Dzulhijjah 1408H. 24.12.1408. Tarikh ni hanya sy yg ingat. Moga Allah redha. 😁
7.01 a.m
8 ogos 2017
15 Dzulkaedah 1438H
Telaga Mas
Assalamualaikum w.b.t
Nama panggilan ataupun gelaran tertentu..
Bagi sesetengah orang sensitif,
Lebih2 lagi dengan org puang.
Kalo jate x kisah sangat benda2 gini, yo dok?
Tpi Lee Si An (Deabak) kesah. 😍😍😍
Kalu sy plok bukan kesah dan bukan tak kesah,
Start dari kecik hingga besar,
Macam-macam nama ore panggil,
Kalu kt rumah ore panggil kak,
X kira tua muda jate tino panggil sy kak belako,
I luv my kampung people. 😘😘😘
Bilo g darjah kt sekolah jadi 2 nama,
Saing2 panggil Siti,
Cikgu panggil Fasihah.
Bila g sekolah menangah 3 buah tu,
Di DQ panggil Fasihah,
Di Mada panggil Abe Ha, Sehah, Fasihah,
Di MMP/RP panggil Fasih, Fasihah,
Naik darjah tinggi skit kat Matrik,
Tahun 1 pdt panggil Fasih ngn Fasihah lagi,
Bila tahun 2 pdt ado saing start panggil Cheah,
Lekat la sapa naik utem.
Kat Utem tak dok sero nok tukar lagi,
Saing2, senior, junior UTeM kenal dgn nama cheah/ kak cheah.
Sejarah la..ore tak kenal nama Fasihah. 😞😳
Bila abih utem kelek dok rumah,
Jadi sero nok ore panggil Fasihah semula,
Sampai ko hari ni,
Kalu kenalkan nama panggilan mitok panggil Fasihah,
Dio jaddi sdiri..
Jadinya nak royak bui,
Sejak setat tua ni mitok tolong panggil la Fasihah. 😊
Selesa lagu tu.
Ado juga saing2 utem dgn matrik la kebanyakan panggil cheah,
Jadi lekat pah lidoh,
Bekalih lidoh keras doh tak leh panggil Fasihah,
Tabiat jadi panggil cheah,
Ho tak po la nok buat guano kea,
😅😅😅
Cumanya pada yang panggil Fasihah tu terima kasih banyok la,
Sebab usaha panggil Fasihah,
Jadi tak tahu nak kato,
Mampu ssnyum jah sebab suka telajok.
Alhamdulillah.
Kalu ore kata ado gapo gak dengan nama panggilan,
Kita tak leh nak kata ado emas perak,
Tapi kita boleh rasa suko kalu ore panggil dengan nama hok kita suka.
Ho satu lagi,
Tabiat ore kelantan suka panggil namo pendek2,
Hok Fasihah jadi fasih,
Kalu buleh nak pendek lagi,
Bekalih untuk senang. Huhu
Tapi gak bilo dok koya2,
Tak po lah,
Lebih baik panggil nama hok ado maksud,
Sebab gapo2 panggilan atau hok tubik mulut tu doa.
Kat akhirat kekgi pn,
Allah dan malaikat tak panggil cheah/sehah/seha,
Tapi panggil nama penuh Fasihah.
Praktikal panggilan akhirat, 😁😁
Biar tak ikut tabiat Kelantan pun,
Asal ikut tabiat akhirat.
😄😄😄
8 Julaai 2017
15 Syawal 1438H
4.31 p.m
Kg. Telaga Mas
Assalamualaikum w,b,t
2 tahun lepas, aku ada bela hampir berbelas ekor ayam hutan. Selepas diram oleh maknya, aku amik bela dalam kotak letak dalam rumah. Maka membesarlah mereka dengan sihat dan gebu. Cuma masa remaja, ada seekor dua yang meninggal sbb pendek umur.
Ayam-ayam aku ni tersangat la manja. Kalo ikutkan perangan sebenar ayam hutan, mereka ni liar. X boleh tengok org, nampak org mendekat dari jauh lagi dah lari. Tapi sangat berbeza dengan ayam-aayam aku ni. Mungkin sebab dah terbiasa dengan manusia sejak kecil, maka diorg sangat2 jinak.
Bila dah besar sikit, aku letak kat reban. Tapi kalo lepaskan je dari reban, diorang akan masuk dalam rumah cari nasi macam kecil2 dulu. Kenangaan diorang dalam rumah memang banyak. Hingga la diorang besar umur setahun dah, tetap masuk dalam rumah cari makanan. Padahal dh boleh bertelur. 😁
Disebabkan mereka ni sangat2 manja, aku dan family selalu puji diorang. Manja, baik, terbaik. Maklum la dah terlalu sayang. Hinggakan parent aku minta nak sembelih, aku tak bagi sebab tak sanggup. Bela dari keci, belai macam kucing tetiba nak sembelih. Ko rasa? 😅
Namun, satu ketika tu..masa diorg pun tiba. (Rumah aku tepi bendang sawah, masa tu pesawah menyembur racun untuk elak serangan rumput kat padi yang nak membesar). Macam biasa ayam2 aku pergi cari makan kais pagi makan pagi, tapi... 😢
Diorang meningal satu persatu. Akibat pergi cari makan kat sawah beracun. Menyesal sebab tak masukan diorang dalam reban. Tapi nasi sudah jadi bubur. Dari 10 ekor, tggal 2 ekor. Sedih woo. Bangun pagi2 intai diorang, diorang tak de. 😞
Dari 2 ekor, sekarang dah tggal 1 ekor. Yg tu meninggal sebab lain. Alhamdulillh masih tinggal sekor. Dan bila aku fikir2 balik, apasal Allah amik diorang dgn cara tu? Tanpa sempat aku makan diorang. Boleh jadi sebab puji-pujian.
2, 3 menjak ni aku terbaca satu artikel usttaz mana ntah, artikel (pujian pada babyi) tu cakap setiap pujian kita ni terhadap sesuatu benda haruslah disertai dengan pujian kepada Allah. Kalo tak, pujian tu akan jadi penyakit.
Aku pun teringat akan ayam2 aku, aku selalu puji diorang manja, baik, terbaik..tapi aku lupa sebut nama Allah. Maka dengan sebab itu aku simpulkan kenapa ayam aku mati tanpa sempat aku makan diorg. 😣😣😣
Oleh itu wahai kawan2, tolong la puji disertakan dengan nama Allah. Sebab yang mencipta sesuatu itu Allah, maka makhluk yang kita puji itu harus dipuji Pencipta makhluk itu. Allahuakbar.
26 Ramadhan 2017
21 June 1438
Rabu
7.33am
Assalamualaikum w.b.t
'Umur hang bapa?'
'Tak tau.'
'Eleh umuq ja pun, tu pun nak berkira ka?'
(Padahal umur mu baru 24)
^^,
Umur mu berapo?
29
Aku pun 29. Hua hua.
^^,
~~~~~
Sensitif ye dengan umur. Ada yang tak mau cakap, ada yang mau cakap. Why?
Why so sensitif?
Tu la, manusia ni mcm macam. Yang tak mau cakap tu, barangkali malu dengan umurnya mencecah angka 2 di depan.
Yang mau cakap tu barangkali kurang rasa malu walaupun umurnya hampir mencecah 30-an.
20 ka, 30 ka.. umur tetap bertambah. Kenapa rasa malu? Tidak mau terima kenyataan umur bertambah? Tidak mau terima kenyataan kau bakal mati?
Aku tak faham..kenapa perlu rahsiakan umur.
Siapa yang tahu, mohon bgtau aku.
Ada apa dengan umur sehingga perlu dirahsiakan?
Dengan umur mu demikian2, tetap tidak mengubah takdirmu kawan.
Jika malu kerana terlalu tua dan belum berjodoh, jodohmu bukan asbab umurmu.
Jika malu kerana umur sudah dewasa, ya itu kenyataannya.
Jadi kenapa mau malu dengan umurmu sehingga dirahsiakan umurmu?
Sehingga sekarang aku masih tidak tahu punca ataupun fadhilat merahsiakan umur.
Aku fikir2, Nabi s.a.w tidak mengajarkan untuk merahsiakan umur. Kalo ada sabda Baginda mengenai umur patut dirahsiakan, tolong maklum padaku.
Allahurabbi.
25 Ramadhan 1438H
20 June 2017
Selasa
T.mas
Assalamualaikum w.b.t
Ramadhan 12 hari ni, selamat berpuasa. Semoga diberkati dan diampunkan dosa2 kita. Amin.
Berapa orang yang pernah hadir dalam hidup kita? (Selain family) Cuba kira. Bermula zaman kanak2 hgga skrg.
Masa Pasti, x ingat berapa tapi anggaran dalam 20 orang kut. Pastu sekolah rendah. Kat Skkp dr darjah 1 hgga darjah 6, ada 2 kelas. Jd dalam 60 orang. Tambah cikgu2 yang terbaik Skkp 20 maybe?
Ok, pindah sekolah menengah Darul Quran, Rusila. 1 kelas 30+, tambah kakak2 senior kat asrama yg rapat dalam 20+ maybe? Tambah ustaz ustazah yg terbaik, 20+ maybe?. Masuk pulak Darul Anuar, dr sofful Thani 1 kelas 30+, senior2 asrama 30+. Tambah cikgu2 yang terbaik 20+ maybe?
Pindah pulak ke sekolah Mmp KB, 1 kelas 30+ tambah 2 tahun kelas lain2 30+, kawan2 asrama 30 +? Cikgu, ustazah terbaik 20+. Masuk pulak matrik N9, 1 kelas -30 + cikgu2 terbaik 20+ maybe? Pergi ke UTeM 4 tahun, 1 kelas 40+, kawan2 kelas sebelah tepi kiri kanan, 20+, dengan ahli kelab dalaman dan luaran 100+? Pensyarah2 terbaik 30+.
Mula kerja kt Tadika Pemintar 5 bulan..cikgu2 dan ank2 semua 30+. Balik kampung cikgu tuisyen Skkp darjah 4 & 5, jumpa ank2 50+ kot? Setahun kemudian, dpt cikgu ganti 2 bulan kt SMKB, Pasir Mas, anak2 semua dengan cikgu2 yg dekat2, 150+ maybe?
Akhir tahun bulan 9, pergi upsi dapat plak kawan2 upsi dan kawan2 serumah 40+-... pensyarah2 trbaik -20. Semua kawan2 yang kita pernah jumpa dan kenali tu akan kita jumpa lagi di sana nti. (Belum kira org yg secara x langsung hadir dalam hidup kita, tukang kebun, guard, makcik kantin, pakcik kafe, orang kampung, orang yg pernah tegur walau sekali dalam hidup, pak cik bas, mak cik cleaner...dll...) akan kita jumpa di sana nanti.
Keseluruhan yg kita congak dapat 314?? Dan yang tak terkira beribu2 maybe? Apa kita bagi pada mereka dan apa yang mereka dapat dari kita? Semua akan di kira. Bagaimana pula kalo kita ada dosa dengan mereka? Allahurrabi.
Ya Allah ampunkanlah kami ya Allah.
7 jun. 2017
Rabu
Telaga Mas
12 Ramadhan 1438 H
Assalamualaikum w.b.t
Bila kita belum pasti beritanya,
Lebih baik kita diam.
Bila kita sudah pasti beritanya,
Tetapi empunya tidak merestuinya,
Wajib bg kita diam.
Assalamualaikum w.b.t.
Berdoalah walaupun kita jahat.
Dengan doa tu, kita akan jadi baik.
Asalkan kita berdoa,
Allah akan perkenankan.
Nak cuba rasa mcm mana Allah perkenankan doa?
Cuba berdoa untuk seseorang,
InsyaAllah akan dapat hasil doa kita.
Cantikkan nikmat ni.
Doa ni satu nikmat.
Ada manusia yg diberi nikmat untuk berdoa,
Ada manusia yg tidak diberi nikmat doa,
Kenapa yer?
Sebab nikmat berdoa untuk org yg dekat2 dengan Allah,
Kalau manusia tak dekat dengan Allah,
Macam mana dia nak berdoa.
Usahalah untuk dekat dengan Allah.
Dengan cara berdoa pun boleh.
Bila terlintas dihati kita utk dekat dengan Allah,
InsyaAllah,
Allah bagi kita doa untuk dekat dgn Dia.
😢😢😢
Nikmat Allah itu,
Mintalah nikmat Allah itu.
Nikmat DOA.
20 Rejab 1438H
17.4.17
Isnin
Rumah kelabu
T.malim.
Assalamualaikum w.b.t
Banyak grp wasap yer?
Sama la kita.
Grp wasap berjujuk, berpuluh2, naseb baik x sampai seratus.
Grp wasap family 2, 3 doh. Grp wasap saing2 sejak sekoloh rendah, sekoloh menengah, sekoloh universiti 8,9 grp. Grp wasap jemaah 9, 10 grp. Grp wasap kerja, 2,3 grp.
Perlu ke grp wasap banyak2?
Tengok balik kehidupan kita loni, perlu ke x dengan grp wasap?
Grp wasap ni untuk gapo?
Group bahasa omputih, bahasa melayu kumpulan, bahasa arab jemaah. Istilah ambo, grp untuk perkumpulan ramai orang dengan tujuan silaturrahim, menyampaikan ilmu, bergerak kerja, menyebarkan maklumat umum dan paling penting berkasih sayang.
Tidak cukup ke kasih sayang kita dalam kehidupan seharian sehingga perlu wujidkan grp wasap?
Ok, tengok deh. Tengok org2 sekeliling kita yg kita berinteraksi seharian. Adakah org tu akan duduk dengan kita 24 jam? Dok kn? Ada yg balik rumah masing2, ada yg dok jauh dengan family, ada yang nk luah masalah dgn saing2 sbb saing2 je faham kita.
Makanya kita x cukup kasih syg atau meme kita perlu ada grp wasap banyak?
Kalo betul kita cukup kasih syg, cukuplah skdr grp dengan org seliling shj. Grp family 1, grp kerja 1, grp sekoloh 1, grp jemaah 1. Ok, cukup 4 grp. Kita pun x perlu fikir banyak dengan karenah org dlm grp yg macam2. Betul dok?
Betul2.
Tapi teringat plok dengan apa yg kita belajar selama hidup ni. Nabi ajar, kasihlah saudara2 kamu melebihi kamu kasih pada diri sendiri. Menangis x berlagu kalo kita betul2 faham maksud hadis ni.
Berbalik pada grp wasap. Ok, kita nk 4 grp tu jah dlm wasap kita. Grp lain, lantak diorg lah.
Agak2 kena x dengan apa yg Nabi s.a.w ajar pd kita?
Kena kot sbb (alasan kita) kalo kita tidak terlibat dengan diorg maksudnya kita bukan tidak kasih pada diorg. Kita kasih dan kita bawa kasih kita dalam doa kita. Tidak perlu amik tahu hal diorg. Tidak perlu terikat dengan diorg. Cukup sekadar kita doa. Ok apa.
Ya, sangat ok. Harap doa kita pun diterima. Ok lah. Kalo macam tu alasan kita.
Tapi tengok pula alasan bagi orang yang rasa x kena dengan apa yang Nabi s.a.w ajar.
Nabi ajar kena kasih melebihi kasih pada diri sendiri. Maksudnya biarlah kita terbeban asalkan kawan kita bahagia, biarlah mereka tidak amik tahu hal kita asalkan kita amik tahu hal mereka. Kita buat semua tu kerana kasih kita. Bukan sekadar dalam doa2 kita tapi sekali dengan tindakan kita.
Tindakan kita tidak left grp semata2 untuk menjaga hati org dlm grp. (Menepati dengan melebihi kasih saudara kita). Tindakan kita mencelah sekali sekala (semata untuk tidak terus putus dgn ahli grp yg ada). Tindakan kita apabila ahli buat salah (kita boleh tegur dan amik ibrah dari kesalahannya). Tindakan kita menerima teguran ahli grp (dengan lapang hati dan terbuka).
Dan banyak tindakan2 kita untuk kita mengamalkan ajaran Nabi s.a.w agar mengasihi saudara kita melebihi kita mengasihi diri sendiri. Ini alasan untuk org yg rasa x kisah dengan banyak grp.
Walaupun kadang2 agak rimas dengan noti yg penuh dan bising, kita boleh buat pilihan untuk tutup notification msg2.
Dan kalo kita rimas sebab terlalu banyak grp, maka hiduplah kita dengan dunia kita. Hal aku adalah hal aku. Dan hal kamu adalah hal kamu. Go to hell sendiri2.
Tapi yang masuk syurga adalah untuk orang yg ajak orang masuk syurga juga.
Kesimpulannya, banyak atau sikit grp adalah pilihan. Seperti kita memilih untuk hidup sendirian atau hidup berjemaah. Alasan akan sentiasa ada. Cuma untuk mencipta alasan biarlah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Wallahua'lam. Wa Ila lliqo'.
9.21 a.m
14 Jamadilakhir 1438H.
Isnin.
13 march 2017.
🌵 : Assalamualaikum 🍁 busy ke?
🍁: Wslm w.b,t
🍁: Dok bizi pon
🌵 : Rano nk v hilg perasan benci dgn ahli kuarga sendiri..benci dgn mak dia..benci dgn adik dia..sbb perangai(malas, xsuka tolong, semua benda kena suruh) dia xdisenangi oleh ahli kuarga dia... 😅😅😅
🌵 : Lebih kure gitu la masalah dia
🍁: Ooh
🍁: Perasan biasa ni
🍁: Dia akn rasa mcm
'bakpo aku yg kena buat sokmo?'
'Bakpo mok ak malas eh, padahal dio mok kot'
'Bakpo puok dio x suko ak eh?'
🍁: Perasaan ni hadir sbb dio x rasa lagi nikmat pahala
🍁: Dia tak rasa lagi nikmat doa
🍁: Dia x rasa lagi lagumano ikhlas
🍁: Macam mana nak rasa semua ni?
🍁: Pertama
1. Usia, muda2 rasa ni akan hadir sbb x matang lg. Bila dah matang, dia tidak akan rasa benci walaupun org buat jahat ko dio.
2. Ilmu, usaha cari ilmu tentang berbuat berbuat baik kepada kedua ibu bapa, adik beradik, family.
Dengan ilmu ni, dia akan rasa nikmat pahala. Yakni, bila mana buat baik kpd ibu bapa dan family akn diberi ganjaran surga. Cth : kisah ibu bapa jd babi, tapi anak dia jaga molek.
Selagi dia buat kerja tapi merungut, pahala akan berkurang. Kalo nk pahala penuh, buat jah kerja tanpa merungut walaupun dia rasa kerja tu mcm kerja hamba.
Teruskan cari ilmu, bermula dengan ilmu ibu bapa. Imbas balik bagaimana ibu bapa melahirkan dia, bagi makan minum, jaga pakaian, bg duit bekal higga dia besar ke usia sekarang ni.
Ilmu buat baik pada family jangan berkira walaupun kerja mcm hamba sbb setiap gapo yg kita buat dan rasa mcm hamba tu akan diberi ganjaran syurga kalo ikhlas.
3. Doa. Nikmat doa adalah bila dapat istiqamah berdoa bagi kebaikkan pada org. Bila nampak adik malas, doa je 'ya Allah, jadikan adik ak rajin'. Doa sampai dpt lihat perubahan. Doa untuk ibu bapa, 'ya Allah, kasihi ibu bapaku sebagaimana mereka jaga ak masa kecik'. Doa untuk diri sendiri, 'ya Allah, jadikan aku anak yg soleh, hamba-Mu yg soleh'. Doa je apa2 yg buat kita ras bergantung pd Allah semata. Bila hadir rasa tak puas hati dgn family, cepat2 doa 'Ya Allah, tolong ak ya Allah..hindari ak dr sifat terkeji'. Doa je mitok xser bg ada rasa x puah hati tu.
4. Ikhlas. Tanda ikhlas kita buat kerja ialah bila buat kerja kita tidak merungut. Buat kerja rasa happy. Walaupun nampak mcm diri kita seorang je buat kerja tetap buat juga. Buat je kerja tu sbb set dalam kepala 'apa yg ak buat ni akan dpt ganjaran yg besar dr Allah.' 'Yang ak nak adalah pandangan Allah pada ak, bukan pandangan manusia.' Biarlah manusia royak gapo pun, janji Allah bangga dengan aku.
InsyaAllah bila dah rasa nikmat2 tersebut, perasaan tu akan hilang dgn sendirinya. Yang penting diri sendiri tu ada usaha untuk hilangkannya.
🌵 : Dia jenis xsuko keno suruh..dia jenis suko buat kijo time xdop ore.. cth, kerja di rumoh, jemur kain basuh kain..klu xdop ore rumoh dio, dio boleh buat..tpi klu mok, adik dio ado dio rso mcm malas
🌵 : Tmbh plok, dio ngan mok dio xbrpo mesra sgt..mok dio mcm xambik peduli pasal dio..pasal ank2 dia hok lain..Law dgn anok org lain, mok dio mesra, rapat.
🌵 : Cth keadaan: mok dio tgh buat kijo ambik temphan sarung meja utk katering..keno motong, kelim tepi..anok dio boleh sgt tlg kelim@ potong kain.. kbetulan jiran sebeloh rumoh ado, mok dio oyk la..'kito buat kijo sore jah..esok nok keno ata dh kain nie..xtaw la dey ko dop'..depey jiran n anok2 dio...sdgkan ank dia nok tlg sgt tpi mok xminta sruh tlg pun..
Anok dio terasa hati la dgn mok dio..nok maroh pun ado ko mok dio..
wajar ke kak klu anok dio maroh ko mok dio?
🍁: Yo lo doh tu belako
🌵: 😪😪😪
🍁: Rasa malas nk buat kerja depe ore tu buleh masuk kategori riyak khafi
🍁: Riyak khafi ni x termasuk dlm bab ibadah semaye be jah
🍁: Buat baik pun jd ibadah, dan bila malas nk buat kerja depe ore tu lah riyak
🍁: Riyak2 ni syirik
🍁: Harap dia maklum
🍁: Kalu dia ngaji sekoloh arab harap lg maklum
🍁: Huhu
🍁: Bakpo nk tggu ore xdop? Sebab xser bg ore nganyi ko dio,
'Oloh rajinnyo dioo..?'
Gitu?
X patut
🍁: Buat je lah kerja baik tu depe ore ko belake ore ko
🍁: Supaya xtimbul riyak khafi takdi
🍁: Mok mesra x mesra x perlu amik kisah, yg penting kita ni mesra dok dgn mok kita?
🌵 : Oh jatuh ke riyak khafi deh.. ingtkan buat kijo depey org tu jah jdi riyak..
🍁: Loni fikir hak kita terhadap mok. Hak mak terhadap kita tu, biar mak yg tanggung.
Ingat dok ayat tu, 'dosa mu mu tanggung, dosa aku, aku tanggung' ...waziratun wizra ukhra...
*hak : tanggungjawab
🍁: Dalam belajar madah akhlak ada bab ni
🍁: Bab hak
🍁: Yg contoh keadaan tadi, patut ke dok anak maroh?
🍁: Anak maroh sbb anak x rasa cukup kasih syg mok
🍁: Sbb tu dia kena study balik, kasih sayg mok dia masa dia kecik mulo
🍁: Nk banding dgn sakit beranok, cari pitih nk bg anak sekoloh
🍁: Semua tu x terbanding
🍁: Tak terbanding
🍁: Bagi anak, biar lah mok kata huduh sekali pun.. sabar lah anak. Dengan sabar, akan dpt kemanisan selepas tu. Yg penting hak kita terhadap mok settle.
Jadinya, tak perlu lah rasa maroh kat mok kita.
Rasa marah tu dari setan. Setan suko sgt anak tak puah hati dgn mok. Mok x puah hati dgn anak. Tujuan setan mmg nk pecah belah manusia.
Kalu kita dok ikut ere setan dgn rasa marah tu, pah mano hok kita ikut Nabi pesan 'la taghdob?'
Mu nak ikut setan ke nak ikut Nabi s.a.w?
🌵 : Susah jgk klu dey ego duk depey..Ngan mok sdri xleh nok ngaloh deh..
🌵 : Minta izin copy paste deh..hehe
🌵 : Jelas molek penerangan 🍁 ..senang nk terang pahnie ko dio...👍🏾👍🏾👍🏾 Terima kasih 🍁 sudi layan soalan2 🌵 nie... Syg 🍁 ketat2.. 😘😘😘
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌸
Ingatan untuk diri sendiri.
Moga bermanfaat.
Assalamualaikum w.b,t
Hidup berfasa,
Kita hidup berfasa bermula tidak tahu kepada tahu.
Masa kecil kita tidak tahu baik buruk sesuatu,
Masa remaja kita tahu tapi kita tidak dapat menentukan yang terbaik,
Masa dewasa kita tahu dan dapat menentukan apa yg terbaik,
Namun,
Ada yang diberi nikmat dapat menentukan pilihan yang terbaik semasa remaja lagi,
Dengan iman dan amal yang telah disalurkan semasa kecil,
Maka fasa hidup seseorang adalah berbeza,
Si A bijak mengatur hidup semasa dewasa,
Si B bijak mengatur hidup semasa remaja,
Setiap perbezaan itu ada persamaannya,
Yakni sama2 mengatur hidup ke arah yang lebih baik,
Adapun yang tidak mahu melalui hidup yang lebih baik adalah orang2 yang rugi,
Mereka hanya mengikut flow ataupun aturan hidup yang sama setiap hari tanpa ada perubahan menjadi lebih baik,
Terutamanya dari segi iman dan amal,
Maka dengan sebab itu golongan yang rugi ini sentiasa memandang masalah hidupnya sebagai sesuatu yang menyesakkan hati,
Golongan yang rugi ini akan memandang sekelilingan dengan pandangan yang negatif,
Maka mereka tidak dapat melalui fasa hidup yang sempurna.
Adakah kita golongan demikian?
Telitikan!
Dulu masa PR, kn ada keputusan 3 pimpinan (agree to disagree).
Masa ni dap masih lg terima keputusan tu.
Sbgaimana pas nk bawa pindaan ni, ok xpe. Bawa lah. Kami x setuju. (Ikut konsep agree to disagree).
Diorg tak tentang. Aman damai PR.
Tapi lama2, dap menampakkn penetangan secara halus dengan x ser bbaik dgn presiden. (Isu nk bawa ruu plg nampak, sebelum tu isu2 prk masa tu 2014,2015)
Nk berbaik dengan Pas, tapi x nak berbaik dengan presiden. Benda ni kecoh menyebabkn pas amik keputusan putus hubungan dgn dap.,
Bermula la kehidupan solo pas untuk terus bawa ruu. Hgga la skrg.
Dlm solo2 pun ada gak la nk pakat dgn parti2 yg boleh terima ruu355 ni.
Siapa yg x leh terima ruu355, pas tolak terus.
💕💕💕
Rang undang2 je pun, gege nk gaduh.
Belum masa lagi.
Suasana tak kondusif.
Ramai lg x faham.
Bukan hudud pun.
Perkara2 di atas antara sbb ramai yg x terima ruu355.
Sefahaman kak la, kita memang wajib bawa hukum islam yg dlm quran tu.
Tu je tujuan kita hidup.
Tp masalah skrg, perkara2 di atas tu yg jd halangan ore nk faham.
Kalo diorg faham konsep ilmu wahyu, iaitu kena ikut jah arahan Allah dlm al-Quran, buat la lagumana cara sekali pun. InsyaAllah diorg sokong ruu ni.
💖💖💖💖
Kita loni hidup zaman macam2 ilmu, ilmu logik, ilmu tekno, ilmu pendidkn, hingga kadang2 kita lupa kita patut ikut ilmu wahyu.
Tp sbb terlalu ikut logik, ilmu wahyu x ser ikut.
Macam x yakin la dengan ilmu wahyu tu.
Allahurrabi.
😢😢😢
Assalamualaikum w.b,t
Tengok org kahwin nk kahwin juga,
Tengok org suap anak nk suap anak juga,
Tengok org keluar dating nak keluar dating juga,
Fitrah kita.
Tak boleh tengok orang senang nak senang.
Fitrah kita.
Tak pa, rasakanlah, tengok lah, lihat lah org sekeliling.
Fitrah kita.
Orang yang tengok kita mcm tu,
Dia cakap 'org tak kawin boleh berbakti pada family',
Fitrah dia.
Dia cakap 'org tak de ank kena bersyukur sbb dah ada suami',
Fitrah dia.
Dia cakap apa yg dia rasa.
Fitrah dia.
Jadinya kita dan dia sama fitrah.
Tetapi kalo kita doakan orang yg tak kahwin supaya kahwin?
Lebih baik kan?
Kita doakan mereka dapat anak.
Lebih baik kan?
Kita doakan mereka ada family bahagia.
Lebih baik kan?
Pointnya, doakan lah utk org sekeliling kita.
Jangan banyak cakap!.
😒😒😒
Assalamualaikum w.b,t
Bila kita berada di lautan dosa,
Bagaimana utk kembali ke daratan pahala?
1. Ingat Allah
2. Doa minta utk kembali pada Allah
3. Istighfar atas segala dosa
4. Solat dengan zuknya
5. Berhenti buat dosa
6. Jika tidak mampu berhenti
7. Ulang langkah pertama
8. Sehingga mati menjelma
#ampunkanlah kami ya Allah
Like3
UStaZ-uSTaz
-
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah - “Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and Political The...7 months ago
-
Nigerian workers strike over cost of living crisis - [ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]3 years ago
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 - 万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...6 years ago
-
Peringatan buat para isteri - Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata belia...16 years ago
-
Popular Posts
-
Bismillahrahmanirrahim, walau ia sepahit peria, Kalau tak sabar, tak dapat JUMPA DIA. ~Sabar untuk esok. ~Sabar walaupun tak layak...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Melihat pada tajuk post ni, macam menakutkan je. Tapi betul-betul nak tahu kan? Nak jadi hamba Allah yang baik...
-
Assalamualaikum. Setahun lebih x nulis. Nikmat nulis kena tarik, Mungkin sbb dosa. Ni nyo mari nok nulis plok.. InsyaAllah nok nulis se...
-
Alhamdulillah, 17 Februari 2019, jam 10.30 malam, Telah lahir seorang mujahid kecil untuk ibu dan abi, InsyaAllah mujahid kecil diberi nam...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, ap...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Tanggal 8 Oktober 2011, seorang budak kecik yang comel macam Anna Altafunnisa telah datang ke rumah saya. Datan...
-
Bismillahirahamanirrahim. Salamun 'alaik. Lamo x nulih, istimewo hok nih. Hanyo hok pehe ja, buleh pehe. Tok rajin lagi nulih ko kelate ...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.w. Tadi, ada seorang adik aku, dia mi...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Dah beberapa kali buka bahagian 'edit post ni', tapi hari ni baru sempat mengarang. InsyaAllah akan cuba ...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Aku Sayang Dia. Aku Cinta Dia. Wah, meleTuP Tup ayat. Semestinya yang pertama2nya...

