Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, February 25, 2011
Salamun 'alaik,
Dengan nama Allah yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam untukmu ya Rasulullah s.a.w. Rindu nak menulis. Ada ke patut kan? Rindu nak menulis, ntah apa-apa. Tapi 2,3 menjak ni, aku rasa hobi aku dah bertambah sekarang, kalau sebelum ni hobi aku yang aku sentiasa tulis kat mana-mana borang atau buku-buku biodata orang (masa zaman budak-budak lu..kih3) adalah membaca. InsyaAllah, akanku tambah hobi aku menjadi dua iaitu menulis. Boleh tak? Kalau tak leh pun, ada orang kesah? haha. 

Berbalik semula kepada tajuk asal, perbincangan kita pada hari ini adalah berkaitan satu makhluk Allah ni yang sentiasa kaya dengan air, walaupun musim kemarau, makhluk ini tetap boleh menyediakan air sebanyak yang dia mahu. Iskh3. Skema lak ayatnya. Sori-sori. Macam ni sebenarnya, teman nak crite skit kat kome. (ce cite ce cite) yang aku dok criter kat atas tu pasal air mata sebenarnya. Dan, air mata ni tak leh dipisahkan dengan makhluk Allah yang digelar gadis, wanita, mar'ah, larki, puying dan sebagainya. Maknanya satu je iaitu perempuan. Kenapa ya? Jap lagi kita tengok, siapa yang kena! Dan kadang-kadang proses pengeluaran air mata ni berlaku secara tiba-tiba, bermusim, sengaja dan tak sengaja. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Secara saintifiknya, ceh macam aku lak nak crite kan. Korang baca kat sini je la. Yang aku nak crite ialah kat bawah ni. Sila baca dengan sabar. &_&

Setakat pengetahuan dan pandangan aku yang tak seberapa ni, Kenapa aku katakan ianya belaku tiba-tiba? Kerana kita sedih secara tiba-tiba. Contohnya, dulu-dulu korang tengok criter hindustan kan? Tetiba hero mati, nangis tak? haha. Orang yang tak de perasaan je yang tak nangis. Contoh-contong lain, korang wat sendiri la yer. Masuk lak, bab nangis bermusim. Menangis bermusim ni sangat2 lazim dengan wanita normal. Pasai apa? Lor, pasai tu laa. Tetiba Allah bagi cuti, dan hormon-hormon pun berkeliaran la. Bila dah banyak hormon berkeliaran ni, orang nyakat sikit je dah nangis. Orang tegur skit je nangis. Orang belasah skit je, lagi la dia nangis. Macam tu la wanita. Emosi jadi tak terkawal. Jadinya, kalau tetiba hang terjumpa dengan makhluk ni menangis, jangan tegur. Layan jer. Haha. 

Seterusnya, menangis dengan sengaja. Bila yer, aku pun tak pasti. Tapi yang aku tahu, menangis dengan sengaja ni adalah untuk orang-orang yang tengah berlakon dan gedik je. Dan yang tak sengaja ni adalah bila seseorang tu ada masalah. Tak sengaja menangis kerana masalahnya. Betul ke ayat aku ni? Suka hatilah. Masalahnya adalah kerana hati yang disakiti. Masalahnya adalah kerana kawan yang mengikat hati kita dengan hatinya. Masalahnya adalah kerana masalah, masalah dan masalah. Maka, dengan adanya masalah itu makhluk air mata itupun menangis. Adapun demikian tangisannya mungkin di bawah bantal. Tangisannya mungkin di bilik air. Tangisannya mungkin di bahu kawan dan tangisannya mungkin ni atas sejadah. 


Makhluk air mata itu berterusan memproses air mata. Apabila ditimpa masalah, air matalah yang menjadi peneman setia. Apabila menerima teguran dari Allah, air mata lah yang jadi saksi samada kita menerima teguran tersebut atau tidak. Kalau air mata mengalir ikhlas kerana teguran Allah tersebut maknanya kita menerima teguran tersebut. Apa lagi yang mampu kita laksanakan selain berserah dan berterima kasih kepadaNya atas segala masalah yang dihadapi. Hanya mampu menangis kerana bersyukur. Jadinya, beruntunglah sesiapa yang mendapat gelaran makhluk air mata. 


Macam tu la pandangan aku tentang makhluk air mata. Walaupun pada awalnya aku bercerita tentang makhluk ini adalah berkaitan dengan puying, tetapi apabila dikaitkan air mata dengan masalah semestinya ar-rijal juga layak digelar makhluk air mata apabila mereka menangis dan mengadu kepada Allah tentang masalah mereka. Hebatkan mereka yang digelar makhluk air mata. Tapi jangan sesekali labelkan ar-rijal ini lembut macam sutun sebab mereka menangis. Kerana, mereka yang menangis kerana Allah adalah yang terbaik. Tidak ego dengan Allah. Tidak sombong dengan Allah. Malah mereka yang menangis ini adalah lebih baik daripada mereka-mereka yang mentertawakan ar-rijal yang menangis. Menangis kerana mereka ini bersifat kehambaan. Mereka hanya menganggap Allahlah segala-segalanya bagi mereka. 



Cantikkan sunnatullah mengenai makhluk air mata ni. Aku berharap sangat setiap kali aku tersedar dari dosa, aku menangis dan menyesalinya. Ya Allah, jadikan aku makhluk air mata yang hanya harap dan takut kepadaMu. Ya Allah, jadikan mereka-mereka yang berhati batu menangis kerana takutkanMu. Ya Allah, jadikan kami makhluk air mata yang Engkau redhai. Ya Allah, bukalah pintu hati orang-orang yang aku sayangi untuk sama-sama menangis mengharapkan redhaMu. Mengharapkan keampunanMu. Mengharapkan kecintaanMu. Amin ya Rabal 'alamin. Wallahua'lam.


~ Menangislah dan terus menangis.
~ Jangan sesekali menangis bukan kerana Allah.
~ Allah mencitai orang-orang yang berkasih sayang keranaNya.






Tuesday, February 22, 2011
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w. yang tercinta. Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Tak sempat aku nak menulis kat sini. Ni pun curi masa skit sebelum ke induk. Apa yang berlaku? Semua orang tahu. PRK. Banyak pengalaman yang aku dapat melalui PRK ni, maklum la tak pernah laluikan. Walaupun dah 2 tahun, aku kat sini. Tapi tahun pertama, aku adalah mahasiswi yang buta. Buta bila masa orang sibuk-sibuk PRK, aku wat dek jer. Tak de kesedaran langsung. Tu pun, nasib baik Allah bagi kesedaran untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi. Kalau tak, maksudnya aku tergolong dalam kalangan mahasiswa yang tak sedar diri. 

Kenapa aku katakan, tak sedar diri? Ye la, pelajar-pelajar yang tidak mahu tahu dan tidak ambil peduli tentang PRK adalah mahasiswa yang tersangat sedikit pengetahuannya. Walaupun dia adalah seorang yang dapat dekan, tapi dia malas untuk memahami PRK, dia bukanlah orang yang cemerlang. Penting sangat ke PRk ni? PRK adalah Pilihan Raya Kampus. Yang mana calon akan menjadi wakil pelajar untuk membawa suara pelajar ke pihak pentadbiran. Jadinya secara ringkas dan padatnya (sebab aku nak kena naik bas kul 9) sesiapa yang tak turun mengundi, bermaksud dia tak de hati pun untuk fikir pasal masalah yang dihadapi pelajar. Maksudnya lagi, bila dah tak de hati, dia adalah orang yang ikut jer pentadbiran buat tanpa ada sedikit pun perasaan bertanggungjawab apabila berlaku situasi yang tidak memihak kepada pelajar. Bila orang bagi A, dia amik. Bila orang suruh terjun bangunan, dia ikut. Macam tu la lebih kurang dengan ayat aku. Nanti kalau terlebih kasarkan banyak plak, aku yang kena. 

Oh tidak! nak kejar basssss. Nanti aku sambung lagi ek, cite pasal aku pun tak abih lagi. 


~Sambung skit lagi..25-2-2011


OK salamun alaik, 
Tak kira, nak sambung gak kisah ni. Tak elok tangguh. Nanti hilang idea aku. Cite ape dah? TOink3.. @_@ PRK! ya PRk. Tak nak la cite apa itu PrK, sebab semua orang dah tahu kan. Yang tak tahu lagi tu, kena tahu lah. InsyaAllah. Bertambah-tambah ilmu nanti kalau kita nak tahu. Udah-udah. TAk nak cakap pasal ni, tapi nak cite apa sebenarnya yang telah berlaku sepanjang keterlibatan aku dalam PrK kat sini. JOm ciTe!


Ape yer, macam ni la. Sebenarnya jadi penggerak ni tak de la letih pun. Seronok. Best bila stepler, gantung2, masukkan poster dalam plastik, dan tampal-tampal gambar diorang. Kerjanya tak memenatkan langsung. Tapi kerja ni, sangat-sangat menguji keimanan. Kenapa aku cakap macam tu? Mana taknya, balik rumah pukul 3, 4 pagi. Bila dah balik lambat, diri ini sangat-sangat tidak terurus. Aku pun tak faham. Pergi kampus pukul 8, balik rumah kul 3 pagi. Keesokkannya pun macam tu. 



Aku silap masa tu. Dan harapnya tak berlaku lagi. Kesian kat diri. Tak banyak masa pun dengan Allah. Sepatutnya setiap saat tu Dia ada bersama. Tapi kali ni, Allah nak uji aku. Ujian pasal aku ingat tak kat Dia. Ternyata aku gagal dalam ujian ni. Kesibukkan dengan urusan PRk, aku jauh dengan Allah. Allah sengaja buat aku lupa, sebab Allah nak sedarkan aku. Saat bila dah sedar dari kesilapan tu, peritnya di hati hanya Allah yang tahu. Aku minta maaf Allah. Aku minta maaf Allah. Aku minta maaf Allah. 


Itu kesilapan aku, aku harap sesiapa yang terlibat dengan kesibukkan dunia jangan jadi macam aku. Walau kita sibuk tahap gaban pun, ingat lah Allah. Ingatlah Allah. Allah ingat kita bila kita ingat Allah. Cuba bayangkan, urusan seharian kita yang pelbagai tu menyebabkan kita lupa padaNya, oh yA Allah. Saat tu Dia tak ingat kita. Kita pun jadi orang yang lalai. Bila kita jadi orang lalai, macam mana kita nak dapat keredhaan Dia? Cuba bayangkan, hari tu Dia tak redha pun apa yang kita buat. Ma makna zalik? Tak dapat apa. Dapat letih jer. 


Tapikan, Allah tu baik. Baik sangat. Saat kita lalai tu, tetiba Dia datang dalam hati. Betapa baiknya Dia. Dia tak kan biarkan kita terus lalai kalau kita benar-benar inginkan keredhaan Dia. Allah baik. Baik sangat. Terima kasih kerana ingatkan aku padaMu sentiasa. 


Itulah sedikit sebanyak cerita PRk dengan aku yang dhoif ni. 

Wallahua'lam


~ Waktu untuk bersiap sedia berjumpa denganNya, masa'ulkhair!
Wednesday, February 16, 2011
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.w. Tadi, ada seorang adik aku, dia minta aku tulis. Tapi dik, maaf sangat-sangat, k.cheah tak sempat nak menulis. Tapi tak nak mengecewakan adik, k.cheah post puisi ini untuk adik. Mungkin pernah baca, tapi sebagai ingatan sekali lagi. Ini puisi lama aku, masa tengah jiwang-jiwang dulu. Tapi, harapnya sedikit sebanyak dapat berkongsi apa yang tersembunyi di dalam tulisan ni. InsyaAllah. Maafkan aku semua. 

Ketika itu,
Aku lupa,
Aku leka dengan duniaku,
Berfoya-foya,
Bermain-main dengan waktu,
Bergelak ketawa dengan gembiranya,
Tanpa menghiraukan masa yang berlalu.
Ketika itu,
Sekali lagi aku lupa,
Aku lalai dengan dunia,
Sehingga kawan-kawanku juga terleka,
Bermain-main dengan masa,
Bersama bergelak ketawa,
Tanpa mengingatiNya.
Ketika itu,
Aku tidar sedar,
Betapa aku telah menempah tiket ke neraka,
Untukku dan kawanku,
Untuk ibubapaku dan ibubapa mereka,
Untuk ummat Rasulullah umumnya.
Dalam keadaan terleka itu,
Aku menghadapkan wajahku padaNya,
Dalam solat itu,
Dia hadir penuh kasih sayang,
Dia hadir penuh kecintaan,
Dia hadir penuh kerinduan,
Aku jadi malu,
Malu denganNya,
Apa yang sudah aku lakukan?
Bekalan apa yang telah aku sediakan?
Tapi Dia tetap sama,
Melihatku dengan penuh kasih sayang,
Mendamaikanku dengan penuh kecintaan,
Menjelaskan lagi maksud kerinduan,
AntaraNya dengan aku,
hambaNya,
Hamba yang sentiasa diselaputi dengan dosa-dosa,
Hamba yang sentiasa lupa kepadaNya,
Hamba yang hina lagi dina.
Dalam solat itu,
Perasaanku bergetar lagi,
Mengingatkan akan balasanNya,
Akan setimpal dengan apa yang telah aku lakukan,
Di kala itu,
Air mata itu menjadi saksi,
Betapa aku butuhkan keampunanNya,
Betapa aku inginkan keredhaanNya,
Betapa aku mahukan cintaNya.
Dalam solat itu,
Dia mendamaikanku dengan janji-janjiNya,
Dia menyakinkanku masih ada waktu,
Dia mengingatkanku Dia Maha Pengampun,
Aku tersentak,
Aku tersedar,
Betapa baiknya Dia,
Betapa hebatnya Dia,
Betapa tinggi cintaNya,
Kepada hamba-hamba yang datang kepadaNya,
Kepada hamba yang mencari kecintaanNya.
Saksi cinta itu terus mengalir deras,
Allah,
Aku malu padaMu,
Malu untuk mengucap cinta,
Malu untuk mangaku hambaMu,
Malu bila teringat kejahatan itu,
Tetapi Engkau Ya Allah,
Masih lagi dengan pemberian nikmatMu,
Masih lagi pemurah dengan hamba sepertiku,
Allah,
Dalam solat itu,
Aku datang mencari keampunan,
Untukku terus mencari cintaMu,
Tapi layakkah aku,
Layakkah aku,
Bermimpikan syurgaMu?
Layakkah aku,
BertemuMu dan RasulMu?
Layakkah aku,
Mengatakan cinta kepadaMu?
Dalam solat itu,
jawapanMu tetap sama,
jawapanMu mendamaikanku,
selagi aku hambaMu datang kepadaMu,
Kau tetap dengan cintaMu yang setia,
Kau tetap dengan kasih sayangMu yang hebat,
Kau tetap dengan rinduMu kepadaku,
Allah,
Izinkan aku mencintaiMu,
Izinkan aku mengucapkan kata rindu,
Walau ku tahu ku tak layak untuk itu,
Tapi Kau lebih berhak untuk memutuskan untukku,
Yang pasti,
JawapanMu tetap sama,
JawapanMu menyenangkanku,
JawapanMu cintaMu,
Terima kasih ya Allah,
Tiada bandingan dengan nikmatMu,
Tiada kata yang sesuai untuk diucapkan,
Betapa nikmat cintaMu,
Dalam solatku itu...
Allah cintaku.


~keranaMu cintaku, ku hadiahkan puisi ini untuk mereka yang mencari cintaMu,
untuk sama-sama merasa betapa hebat cintaMu. T_T

dari,

~sang Helang Putih~ 

Saturday, February 12, 2011
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha pengasih. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan mulia. Tadi jalan-jalan ke rumah orang tu, dia dah abih belajar rupanya. X tau pun. Jahatnya aku, xtau pasal dia. Nak dijadikan cerita, aku bila lagi nak abih? 2 tahun lagi pakcik. Untung orang macam dia dah habis belajar. Tapi masalah orang dah habis belajar ni, satu je. Nak sambung belajar atau kerja? HmM. Susah gak nak buat pilihan yer. Xlah. Xsusah pun, tanya Allah jer. Pastu tambah sikit minat belajar atau kerja. Tapi kalo bila dah tanya Allah, tetiba Allah tunjuk suruh belajar padahal masa tu tengah minat kerja, macam mana? Ikut la petunjuk Allah, jangan ikut suka hati. Kes naya nanti, cayalah kat Allah. Dia lebih tahu dari kita-kita ni. Siapalah kita ni di sisiNya. (Aku cakap macam aku lak yang abih belajar). Sori dear. @_@

Kembali pada yang asal. 2 tahun lagi kot. 2 tahun? Mengikut perkiraan tahun hijrah, xlama pun. Tahun masihi pun. Kejap je Allah bagi masa. Tanda-tanda kiamat, masa makin singkat. Menyeramkan bila dengar pasal kiamat. Ye ke. Tak caya lah. Nape lak? Ye la, kalau seram dengar kiamat, nape masih xbersedia? Opss. Tak terkata. Ni semua pasal masa lah. Ada ke patut dia cepat sangat. Jangan. Jangan cakap macam tu. Masa tu makhluk Allah. Dia hanya menjalankan tugasnya sahaja. Tak lebih dari tu. Kita ni yang bermasalah sebenarnya. Selalu je tak guna masa dengan betul. Padahal, tentang masa Allah dah sumpah awal-awal. As-syahid Iman Hasan Al-Banna pun ada pesan. Kewajipan melebihi masa yang ada. Selalu diberi peringatan tentang itu.


Tapi manusia ni selalu je lupa. Kalo boleh hari-hari orang lain  kena ingatkan. Nak harapkan diri sendiri? Agaknya, masa malaikat maut datang baru tak lupa. Nauzubillah. Habis tu, nak buat macam mana? Jom yop. Bak kata dia. Istiqomah wa istimror. (huhu..sori amik ayat awak) Tapi betullah. Dan, istiqomah tu susah. Susah ke? Ntah. Bergantung pada individu dan iman seseorang. Kalau tak lupa dan selalu orang ingatkan, insyaAllah boleh istiqomah. Tapi tu la, sampai bila nak harapkan orang. Alahai masa. Aku minta maaf. Selalu tak urus engkau elok-elok. Aku harap, bila dah tertulis kat sini. Aku akan sentiasa diingatkan. Besar kemurkaan Allah, kalau ucap apa yang tak dibuat. As-Soff. Ayuh semua, ingatkan aku tentang masa. Aku takut nanti kat akhirat, masa akan dakwa aku. Dan, akan dakwa korang juga sebab tak ingatkan aku.

  •  Ingatkan lagi, buat jadual. 
  • Samada jadual harian mahupun bulanan. 
  • Planning wajib ada. 
  • Bila dah ada tu, ikut jadual. 
  • Buat.
  • Jangan simpan je. 

~ Bekerjalah seperti hidup 1000 tahun lagi, beribadatlah seperti esok mati.
~ Ada sesuatu yang kita rasa berat, sebenarnya ringan bagi kita.
~ "Wa makaru wa makarullah, wallahu khairul makirin" 'perancangan Allah sentiasa yang terbaik' (Sori, amik dari dia lagi..)
~ Wallahua'lam.
Friday, February 11, 2011
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Ya Allah, kebesaranMu ku puji. Selawat dan salam untuk kekasihNya tercinta. Berombak jantung untuk menulis tentang ini. Aku hanya mampu tersenyum apabila melihat artikel-artikel yang telah dipostkan di blog-blog mahupun di FB. Semua bercerita tentang cinta dan hari valentine. Apakah orang yang membaca akan ambil cakna atau tidak? Terpulang pada individu tersebut untuk memilih antara kebenaran dan kebatilan. Semoga Allah merahmati orang-orang memilih kebenaran. Tapi kali ini bukan ingin bercerita tentang itu, tapi sedikit perkongsian tentang kemenangan suara rakyat di Mesir.


Tanggal 11 Februari 2011, bekas timbalan presiden Hosni Mubarak, Omar Suleiman yang dilantik untuk menggantikan Hosni Mubarak (tetapi tetap ditentang) telah mengumumkan,

"Presiden Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden republik".

 "Dia telah memerintahkan Angkatan Bersenjata Supreme Council untuk mentadbir negara. Allah adalah Pelindung dan Penolong kita."

Subhanallah. Setelah perjuangan rakyat Mesir selama 18 hari mengadakan perhimpunan untuk membebaskan Mesir dari kekejaman pemerintah sekular. Mereka berjaya melakukannya. Dalam tempoh 18 hari ini. 300 rakyat tebunuh. Boleh tak, kita katakan mereka yang terbunuh adalah syahid? Pendapat aku, ya. Sekiranya mereka niat perhimpunan itu adalah untuk menegakkan agama Allah. Untuk menghapuskan pemerintahan taghut. Allahuakbar. Mohon jika aku salah, perbetulkan. 

Aku suka untuk berkongsi saat kemenangan mereka, terutamanya mereka-mereka yang bersujud syukur menyembah Allah atas kemenangan ini. Mereka-mereka yang hatinya terdapat rasa syukur atas kemenangan yang Allah berikan. Demi memperjuangkan Islam tercinta. Ada yang menangis tanda kasih kepada Allah. Ya Allah, sampaikan salamku pada mereka yang setia taat padaMu. Ya Allah, ini adalah jalan dan pertolongan yang Engkau beri pada mereka untuk meneruskan perjuangan menegakkan agamaMu. Sucikanlah hati-hati mereka daripada sifat pentingkan diri. Sucikan hati-hati mereka dalam pemilihan pemimpin yang bertaqwa selepas ini. Jika Engkau ingin menguji mereka tentang taqwa itu, letakkanlah dalam hati-hati mereka rasa taqwa kepadaMu. Supaya mereka tidak lagi lalai dalam kehidupan dunia. Tetapkanlah dalam hati kami hambaMu, akan taqwa kepadaMu. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bertaqwa akan dipilih Allah untuk mentadbir negara mengikut agama Allah. 

Ya Allah, sekiranya Engkau menguji mereka dengan pemilihan yang tidak berlandaskan taqwa kepadaMu, ampunkanlah mereka, dan teruslah membantu kami mencari pemimpin yang bertaqwa padaMu. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok tetapi aku yakin dengan janjiMu. Kemenangan pasti akan berlaku ke atas kami hamabaMu yang mencintaiMu dan RasulMu. Itulah sedikit sebanyak gambaran di wayang dunia, dalam mencari apa yang diredhai Allah bersama-sama. Jika kita bersyukur, Allah tambah nikmat, jika kita ingkar kepada Allah, azab dariNya amat keras. Surah Ibrahim ayat 7. Jelas, terang lagi nyata. Sekiranya selepas ini masih ada yang ingkar, tunggulah. Sebagaimana Nabi pesan, kita sama-sama menunggu. 

~ Itu di negara Mesir. Di Malaysia, agak-agak macam mana? Tepuk dada, tanya iman. Siapa yang cinta Allah dan Rasul, tentu akan mengerti. 
~  Hari-hari bersama kekasih. Allah dan Rasulullah s.a.w. 


Tuesday, February 8, 2011
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Aku Sayang Dia.
Aku Cinta Dia.
Wah, meleTuP Tup ayat. 

Semestinya yang pertama2nya cinta Allah, Rasulullah dan Ma Abah. 
Di samping itu, ada juga cinta dan sayang kepada manusia yang bernama sahabat. Sahabat. Kawan. Teman. Saing. Aku suka perkataan tu. Tak dapat dirungkai dengan kata-kata biasa. Kenapa entry aku kali ni akan bercerita tentang sahabat? Entah la, mungkin sengaja Allah timbulkan dalam pemikiran. Untuk menyedarkan aku yang x sedar-sedar ni. Oh Allah. Terima kasih. Sebenarnya semenjak dua menjak ni, aku terasa ada sesuatu yang x kena dengan aku. Apa yer? HmM. 

Pernah x kalian dengar tentang 'ukhwah fillah, abadan abada', 'Uhibbuki fillah', dan apa-apaan lagi. Aku pun x ingat. Pernah x menghayati maknanyer? Pernah x meneliti maksudnya? Arrgh! Aku kaku. Pilu jap. Tetiba aku terasa kembali ke zaman dulu. Dulu, aku sangat menghayati maksudnya. Bersama teman-teman yang sama-sama merasai cinta dan kasih sayang Allah. Dulu, aku punya teman yang sentiasa berkongsi kasih cinta Allah. Dulu, aku merasai sendiri, kasih sayang sahabatku kerana Allah. Aku merasainya, dan sehingga kini aku masih merasainya apa yang aku rasai dulu. Perkongsian cinta Allah itu. Setiap kali berjumpa dengan mereka, kasih sayang itu hadir kerana Allah. Mungkinkan kerana mereka adik-adikku? Mungkinkah kerana mereka menghormati orang tua ini? Mungkinkah kerana mereka adik-adikku, aku boleh berlemah lembut dengan mereka? Aku boleh tunjukkan kasih sayangku pada mereka? (bersangka baik lah cheah) Sebenarnya banyak yang berlegar di fikiran ini.

Betul ya Allah. Dulu. Aku amat merasainya. Adakah itu yang dinamakan bersaudara kerana Allah? Kerana ada yang sudi berkongsi hatinya bercerita tentang kasih sayang Allah. Allahuakbar. Kasih sayangMu Ya Allah. Kini? Kini, aku juga punyai adik-adik yang ramai. Kini, aku punyai saudara yang ramai. Ada yang lebih lama. Ada yang sebaya. Ada yang super lama. Aku gagal untuk berterima kasih padaMu ya Allah. Aku gagal untuk menghadirkanMu dalam persaudaraan ini ya Allah. Aku semakin kasar. Kasar dengan saudara baruku. Aku kasar dengan adik-adikku ya Allah. Akibatnya, tak pernah ada lagi hingga kini perkongsian kasih sayangMu dengan mereka ya Allah. Akibatnya, aku jauh dengan mereka. Bukan kerana mereka jauh di sisi. Tetapi kerana hati-hati mereka tidak pernah ku sentuh dengan kasih sayangMu ya Allah. Akibatnya, mereka jauh. Jauh dari peringatan untuk tahjud kepadaMu. Jauh dari peringatan untuk merasai kasihMu ya Allah. Walaupun kadang-kadang, tersebut di bibir-bibir kami 'sayang kerana Allah'. Tapi, itu hanya retorik semata-mata. Aku tahu, kerana hilangnya perkongsian kasih sayangMu. Aku kini hanya manusia yang kosong dengan kasih sayangMu. Manusia yang tidak punya apa-apa. Kosong.

Hinggalah Engkau pertemukan aku dengan si dia. Dia mengembalikanku ke arah kasih sayangMu. Dia yang membuatkan aku tersedar dari mimpi indah dunia. Dia adalah rantaian kasih sayang dari adikku yang dulu berkongsi kasih padaMu ya Allah. Dan dia yang membuatkan aku terfikir kembali akan kasih sayangMu ya Allah. Betapa setelah sekian lama aku hilang dari perkongsian kasih sayangMu kerana kesilapanku sendiri. Kerana kesilapan itu, aku dihukum tanpa aku sedar. Hilang kasih sayang keranaMu. Tapi kini, kerana kasih sayang Allah itu sendiri, Dia menghubungkan aku kembali. Terima kasih ya Allah. 

~ cinta dan kasih sayang kerana Allah, khusus buat sahabat-sahabat sekolah dulu, adik-adik matrik, dan adik-adik serta saudara-saudara di UTeM. 
~ Teristimewa buat adik dan si dia. 

Monday, February 7, 2011

Salamun alaik, xsempat nak olah sendiri..amik jer ni dari ILUVISLAM. Suka Artikel ni. Agak2, ade x sikap2 di bawah nie terkena dengan kita..? Ataupun separuh2 je..? Ataupun x semuanyer..? Kalo semuanya sebijik macam anda, insyaAllah anda dah boleh dah..haha.. Kalo separuh jer...USAHA lagi. Dan kalo xsemua..sajer je la cari penyakit...Selamat Membaca..! ^_^


  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Artikel iluvislam.com
Saturday, February 5, 2011
Salamun a'laik..
Baru bertateh untuk menulis dengan idea sendiri. Subhanallah, berat juga ya nak kuarkan idea. Kalo bercakap hal-hal biase bleh jer mcm karangan SPM dulu. Berbuih2 mulut. Pom pang, pom pang. Tapi isinya enggak ada. Allahuakbar, siap hb ada gak yang terasa. Ada gak yang pendam dalam hati, akibat dari mulut yang laser ini. Maafkan aku yer sume2. Lain orang, lain pemahaman. Kalo ada yg terasa dengan ak sejak aku lahir, maafkan aku. Kadang2 apa yang aku rasa betul..itulah yang aku cakap. Tp bagi orang lain, aku xtahu..dia faham atau x apa yang aku maksudkan. Abaikan hal ni. Dah lari dari tajuk dah ni. Iskh3!

Jom2, Kembali ke pAngkal jalan. Tajuknyer proses tarbiyyah. Aku sebenarnya ter'kesuk ati' dengan hidup ni. Tadi, aku lawat blog2 sekolah aku. Sekolah2 yang ada kat Kelantan. Bermula dari sekolah A, berpindah ke sekolah B dan C. Aku terkenang kembali, sebenarnya bermula dari aku form 1 lagi Allah ajar aku jd manusia. Baru aku faham, baru aku sedar. Proses tarbiyyah yang panjang yang aku lalui, hinggalah di saat ini. Aku masih lagi melalui pentarbiyahan dari Allah. 

Di sekolah A, aku hanya sempat setahun jer. Kalo la x beriya-iya nak pindah tentu aku dah jadi ustazah sekarang. (Boleh ke cakap mcm tu..? ) Astaghfirullah... Sudah ditakdirkan demikian. Maafkan aku Allah, mempertikai ketentuanMu. Sama juga di sekolah B, 3 tahun aku di sana..jumpa ngan macam2 orang, baik yang baik ataupun yang nakal. Dan aku tergolong dalam kalangan orang2 yang nakal. Tu la sebab aku x naik pangkat sampai la aku pindah. Maklum la, walaupun x lari asrama ataupun xbawa benda2 yang 'diharamkan' (masa tu hp) tapi aku bersekongkol. Penah sekali aku dipanggil ustazah unit didiplin. Menandakan aku ada 'sesuatu'. Iskh3. Patutla x penah dijemput jadi ahli BADADIS (dobitoh), ataupun BALADI. Tu la penangan budak yang xberapa nakal tapi berjinak2 dengan kenakalan. Bukan aku nak salahkan sape2, tapi tu semuanya Tarbiyyah. Aku je x tau. 

Tarbiyyah berlangsung lagi. Tapi aku xpernah menghargainya. Bila pindah ke sekolah C, aku jadi *golongan pertengahan. *Bukan geng2 gengster. *Bukan geng2 alim n skema. Tapi aku dikira orang bertuah kerana Allah beri aku kawan dikalangan org alim n skema ni. Dan ada gak geng2 dari yang pertengahan tentunya. Kalau la..(jgn kerap guna kalo yer..ni pengajaran jer) Kalau la aku xkawan dengan geng2 skema tentu aku bukan aku yang sekarang. Dalam meniti hidup di sekolah C, aku lalui tanpa perasaan sedar diri. Hanya ikut je, ikut semata-mata. Menjadi pengikut semata-mata ni ada gak faedahnya. Bila sekolah wat tamrin, aku ikt. Bila sekolah wat program, aku jd peserta. Kalo tidak, tentu aku jadi orang pertama yang lari dari tamrin dan program. Ya Allah, betapa ada hikmahnya. 

Tarbiyyah lagi, bila aku isi borang BADATI. Borang badan dakwah sekolah aku. Aku isi borang badan dakwah...?? Hahaha. Tergelak je la yang mampu. Giler ke ape..? Masa tu xtau nak isi borang  apa. Tp tu lah yang dinamakan fitrah manusia. Yang sentiasa inginkan kebaikkan. Dan aku tergolong dalam kalangan org yang diberi hidayah. Terima kasih Allah. Apa kaitan ngan borang lak kan..? Tarbiyyah. Dan aku diterima jadi ajk. Kalo xsilap masa tu, susah gak nk jd budak BADATI. (betulkan kalo aku salah, tp tu la yang aku rase).
Tup2 jadi budak badan dakwah. Bermula la hidup aku yang ntah apa2 ni. 

Bila terjadinya bdk2 dakwah ni, banyak yang aku belajar. Belajar jadi org. Kalo dulu teringin je pakai tudung singkat, tapi bila dah biasa dengan tudung labuh. Jadi mcm giler je pakai tudung singkat. Tarbiyyah. Kalo dulu, x hingin pakai stokin n stongan (armsock). Sekarang, memang cari nahas la kalo xpakai. Walaupun demikian, aku masih giler2 yang memang giler (kalo giler2 baik tu ok gak) dan mungkin sebab tu aku x di pilih untuk sama2 jadi 'pendakwah' di sekolah. 

Bila melihat blog2 sekolah kat kelantan tadi. Melihat kepada penggerak-penggerak dakwah yang lama yang digantikan dengan penggerak baru untuk meneruskan agenda perjuangan. Menyuburkan biah solehah di sekolah masing-masing. Aku sayu tetiba. Alangkah baiknya kalo aku menghargai hidayah yang Allah beri masa tu. Kalo dulu, orang yang berada di pentas hadapan sebagai penggerak menghidupkan sekolah dengan biah solehah, aku gelak2 kat belakang. Tiada rasa sayang pada ummat. Bagiku ketika itu. Lantak p lah. Walaupun jauh di sudut hati, alangkah bagus kalo aku tergolong di kalangan mereka. Tapi, kenapa aku xpernah sedar dengan hidayahMu ya Allah..? Sekali sekala, terasa ingin mengajak orang ke arah kebaikan. Tetapi kerana keegoan diri, aku hanya mampu melihat dari jauh golongan yang dicintai Allah. Yang sama-sama bersusah payah mentarbiyyah adik-adik sekolah. 

HmM..kenapa sayu tetiba. Haa, tu la dinamakan proses tarbiyyah yang aku lalui. Panjang lagi sebenarnya. Kalo x lalui panjang2 nih, xde la aku jd mcm hari ni. Bukan nak kata hari ni aku baik, walhal aku xbaik mana pun. Tapi nak katakan, pengajarannya kat sini. Hargailah hidayah Allah, bila Dia dah bagi hidayah. JAngan ego sangat dengan diri tu. Xdapat pe2 pun kalo abaikan nasihat orang. Dapat rugi adala. Alhamdulillah Allah bagi aku hidayah lagi lepas hari2 kelam dulu. Dan ada kesedaran utk minta hidayah dari Allah. Kalo x, x merasa la apa yang aku rasa sekarang. Xmerasa la akn kewujudan Allah di sisi, walaupun tahu Allah yang cipta kita. Hebatnya Allah. Bagi HiDAYAH n TAuFiQ sekali. 

Tu la sikit sebanyak cite tarbiyyah. Dan pastinya hidayah xkan putus kalo kita selalu minta. Lepas solat tu, jangan lupa minta Allah tunjukkan jalan yang lurus. Jalan yang Allah redha. Moga dapat berjumpaNYa di negeri kekal. InsyaAllah. 

* kaitan ng geng2 gengster n geng2 skema ni, hanyalah bahasa aku. xde kaitan yang hidup ataupun mati bagi diorang. Tapi bg aku ya. Maaf kalo ada tersalah. Wallahua'lam.
* boleh lak aku menulis..???
* senyum Selalu yer.. ^_^



Friday, February 4, 2011

sesUAtu yang Anda Pelu tahu dan Ambil Cakna.
bUkan suatu BebanAn..
tApi suaTu KEpastiaN..

SIfat2 orang BertaQwa.

1- Beriman dengan perkara2 yang ghaib
2- Mendirikan solat
3- Menafkahkan sebahagian rezeki
4- Beriman kepada AL-Quran dan kitab2
5- Menyakini adanya kehidupan di Akhirat
6- Menepati janji apabila berjanji
7- Bersabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan, dan peperangan
8- Menahan api kemarahan daripada menguasai diri
9- Mamaafkan kesalahan orang Lain
10- Segera mengingati Allah tatkala melakukan perbuatan keji
11- Memohon keampunan Allah setelah melakukan perbuatan2 doasa dan berazam tidak akan meneruskan perbuatan2           tersebut
12- Sentiasa beristighfar
13- Berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman dalam kalangan manusia
14- Mengagungkan syiar2 Allah
15- Tidak bersifat sombong dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi
16- Memandang kehidupan akhirat yang kekal dan hakiki berbanding dunia

~ Dipetik dari Solusi 27

Jadinya, adakah kita mempunyai sifat2 ini..?

Kalau ada alhamdulillah. Tapi kalo xde jOm lah kite sama2 berusaha mempunyai sifat2 ini..yop!

Kalo x berusaha, x kan merasalah nikmat SyurgA..

x Percaya..? Tunggulah akibatnya di saNA..

saya x nak saya dan anda terlibat Sama..

Jom beruSaha!

DAPATkANNYA..

Gambate!
Chaiyok2!
aja2 fighting..
apa lagi da.. 
Thursday, February 3, 2011
Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com



Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah


~ Lagu Blog aku..pinjam ea Saujana..Yg penting lirik Tuh..dengaR, Hayati n ta'Ammul.. ^_^

Dimulakan dengan Bismillah,
Assalamualaikum sume..!!
pagi..!!
Allahuakbar..
Try tuk menulis..
Ade adik2 minta..
'kak, ade blog..?'
hehe..
kiteb pun jawab..
'dulu ade, skrg xde'
tp buat adik tu..
ni ha..
da buat dah..
utk adik2..
kakak2
abang2..
sahabat2..
sedara mara..
umat Nabi umumnya..
selamat yer sume..
moga diredhai Allah sokmo..
wt benda ni, kna jd org matang la skit..
huhu..
ade bc blog adk tuh..
katanya..
matang nih,
pandai guna masa, wang, dan lain2 sebaiknya..
cde pembaziran kat situ..
insyaAllah..
aku try..
^_^
disudahi dgn alhamdulillah...
begitulah sehari dalam hidup kita..
mudah2an dirahmati Allah..
=)

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak