Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Tuesday, February 22, 2011
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w. yang tercinta. Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Tak sempat aku nak menulis kat sini. Ni pun curi masa skit sebelum ke induk. Apa yang berlaku? Semua orang tahu. PRK. Banyak pengalaman yang aku dapat melalui PRK ni, maklum la tak pernah laluikan. Walaupun dah 2 tahun, aku kat sini. Tapi tahun pertama, aku adalah mahasiswi yang buta. Buta bila masa orang sibuk-sibuk PRK, aku wat dek jer. Tak de kesedaran langsung. Tu pun, nasib baik Allah bagi kesedaran untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi. Kalau tak, maksudnya aku tergolong dalam kalangan mahasiswa yang tak sedar diri. 

Kenapa aku katakan, tak sedar diri? Ye la, pelajar-pelajar yang tidak mahu tahu dan tidak ambil peduli tentang PRK adalah mahasiswa yang tersangat sedikit pengetahuannya. Walaupun dia adalah seorang yang dapat dekan, tapi dia malas untuk memahami PRK, dia bukanlah orang yang cemerlang. Penting sangat ke PRk ni? PRK adalah Pilihan Raya Kampus. Yang mana calon akan menjadi wakil pelajar untuk membawa suara pelajar ke pihak pentadbiran. Jadinya secara ringkas dan padatnya (sebab aku nak kena naik bas kul 9) sesiapa yang tak turun mengundi, bermaksud dia tak de hati pun untuk fikir pasal masalah yang dihadapi pelajar. Maksudnya lagi, bila dah tak de hati, dia adalah orang yang ikut jer pentadbiran buat tanpa ada sedikit pun perasaan bertanggungjawab apabila berlaku situasi yang tidak memihak kepada pelajar. Bila orang bagi A, dia amik. Bila orang suruh terjun bangunan, dia ikut. Macam tu la lebih kurang dengan ayat aku. Nanti kalau terlebih kasarkan banyak plak, aku yang kena. 

Oh tidak! nak kejar basssss. Nanti aku sambung lagi ek, cite pasal aku pun tak abih lagi. 


~Sambung skit lagi..25-2-2011


OK salamun alaik, 
Tak kira, nak sambung gak kisah ni. Tak elok tangguh. Nanti hilang idea aku. Cite ape dah? TOink3.. @_@ PRK! ya PRk. Tak nak la cite apa itu PrK, sebab semua orang dah tahu kan. Yang tak tahu lagi tu, kena tahu lah. InsyaAllah. Bertambah-tambah ilmu nanti kalau kita nak tahu. Udah-udah. TAk nak cakap pasal ni, tapi nak cite apa sebenarnya yang telah berlaku sepanjang keterlibatan aku dalam PrK kat sini. JOm ciTe!


Ape yer, macam ni la. Sebenarnya jadi penggerak ni tak de la letih pun. Seronok. Best bila stepler, gantung2, masukkan poster dalam plastik, dan tampal-tampal gambar diorang. Kerjanya tak memenatkan langsung. Tapi kerja ni, sangat-sangat menguji keimanan. Kenapa aku cakap macam tu? Mana taknya, balik rumah pukul 3, 4 pagi. Bila dah balik lambat, diri ini sangat-sangat tidak terurus. Aku pun tak faham. Pergi kampus pukul 8, balik rumah kul 3 pagi. Keesokkannya pun macam tu. 



Aku silap masa tu. Dan harapnya tak berlaku lagi. Kesian kat diri. Tak banyak masa pun dengan Allah. Sepatutnya setiap saat tu Dia ada bersama. Tapi kali ni, Allah nak uji aku. Ujian pasal aku ingat tak kat Dia. Ternyata aku gagal dalam ujian ni. Kesibukkan dengan urusan PRk, aku jauh dengan Allah. Allah sengaja buat aku lupa, sebab Allah nak sedarkan aku. Saat bila dah sedar dari kesilapan tu, peritnya di hati hanya Allah yang tahu. Aku minta maaf Allah. Aku minta maaf Allah. Aku minta maaf Allah. 


Itu kesilapan aku, aku harap sesiapa yang terlibat dengan kesibukkan dunia jangan jadi macam aku. Walau kita sibuk tahap gaban pun, ingat lah Allah. Ingatlah Allah. Allah ingat kita bila kita ingat Allah. Cuba bayangkan, urusan seharian kita yang pelbagai tu menyebabkan kita lupa padaNya, oh yA Allah. Saat tu Dia tak ingat kita. Kita pun jadi orang yang lalai. Bila kita jadi orang lalai, macam mana kita nak dapat keredhaan Dia? Cuba bayangkan, hari tu Dia tak redha pun apa yang kita buat. Ma makna zalik? Tak dapat apa. Dapat letih jer. 


Tapikan, Allah tu baik. Baik sangat. Saat kita lalai tu, tetiba Dia datang dalam hati. Betapa baiknya Dia. Dia tak kan biarkan kita terus lalai kalau kita benar-benar inginkan keredhaan Dia. Allah baik. Baik sangat. Terima kasih kerana ingatkan aku padaMu sentiasa. 


Itulah sedikit sebanyak cerita PRk dengan aku yang dhoif ni. 

Wallahua'lam


~ Waktu untuk bersiap sedia berjumpa denganNya, masa'ulkhair!

2 comments:

nurhidayah091 said...

mmg best kak cheah...penat tapi seronok x leh beli that experience....nak menang x sesusah hendak mengekalkan kemenangan

Fasihah Cintailah Ilahi said...

best sgt kan...hehe..
nok kekalkan kemenangan tu susoh..?

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak