Masa itu Cinta
Allah
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Surah Ali Imran, ayat :31
Blogger templates
Blogger news
Followers
^_^
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN7 years ago
-
One Step Closer8 years ago
-
testing9 years ago
-
B.E.R.K.A.T10 years ago
-
Menangis air mata darah sekalipun....11 years ago
-
-
^_^
-
Paket Umroh Padang Murah Dan Berkualitas5 years ago
-
Ahmad Luth Bin Mohd Nazimi5 years ago
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN7 years ago
-
The Broken Promise8 years ago
-
-
One Step Closer8 years ago
-
Allah Meneguhkan Orang Yang Beriman8 years ago
-
sirna.9 years ago
-
Sabar9 years ago
-
Memborong di Air Hitam9 years ago
-
-
Kerana cinta itu di dalam hati9 years ago
-
-
ToLd StOrY10 years ago
-
-
Aku Sayang Kau CeCoNeT10 years ago
-
-
B.E.R.K.A.T10 years ago
-
Para Pencinta Sejati11 years ago
-
Hujah 3 : Menyingkap Topeng Syiah11 years ago
-
entri yang tak bertajuk.11 years ago
-
-
#FastabiqulKhairat11 years ago
-
INILAH MAKNA BAHAGIA...11 years ago
-
Kisah Ummu Sulaim ( Rumaysa )12 years ago
-
Manusia dan Air….12 years ago
-
Membakar Jambatan12 years ago
-
sambungn mkn mlm PSM..12 years ago
-
~~dussssttttt~~~~12 years ago
-
Hampa!!12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anak 1 (1)
- cinTA (30)
- Cinta Allah (7)
- dakwah? (1)
- diam (1)
- Doa (2)
- Dosa (2)
- hati (1)
- HiDUp (37)
- HiDUp deN (10)
- ilmu (2)
- Islam (2)
- Jual beli halal (3)
- Kecantikan (9)
- kesihatan (6)
- kiamat (1)
- Mati (2)
- muqaddimah (1)
- PeiNgataN (30)
- pergi jalan la (1)
- PeriNgataN (2)
- PerkongsiaN (11)
- puisi (7)
- Raja (1)
- Sahabat (1)
- Selamat (1)
- Selamat Hari Raya (1)
- Siasah (7)
- syukur (1)
- taQwa (2)
- Tragedi (2)
Blogroll
Assalamualaikum w.b.t
Ya Allah, nak balik kat Mu.
Tolong la Ya Allah.
Ak x ser hidup kt dunio hok penuh ngan nipu ni.
Banyak sangt nyakit dunio,
Aku cepat terpedaya.
Ya Allah nak balik kat Mu.
Nak hidup dengan Mu.
Ya Allah bagi aku kekuatan untuk hidup sini,
Bantulah aku untuk hadapi hidup ni,
Jauhkanlah aku dari kemurkaan Mu.
Tolong la Ya Allah,
Aku nak balikk.
Ya Allah,
Kalu bukan masa aku untuk balik,
Bantulah aku Ya Allah,
Tolong lah aku ya Allah.
Tolong jadikan aku hamba Mu hok soleh.
Tolong jadikan aku ikut segala suruhan Mu.
Tolong Ya Allah tolong.
4.19 a.m
28 Aug 2017
6 Zulhijjah 1438H
Telaga Mas.
Assalamualaikum w.b.t,
Resah & Gelisah ku rasa,
Hidup penuh pancaroba,
Roda masa pantas bertukar,
Menduga iman di dada..
Atas tu bait-bait lagu In-Team,
Sebuah kumpulan nasyed yang terkenal,
Suatu ketika dahulu,
Lagu Nasyed dulu-dulu memang begitu.
Semalam hati aku gundah,
Seolah-olah kematian menghampiri,
Sesak dada sesak fikiran,
Mungkin ianya amaran Tuhan.
Semalam hati aku gundah,
Tidak selesa untuk hidup,
Seolah-olah izrail menyeru,
Masa aku sedang tiba.
Ku tenung ku renung diriku,
Apa masalah hidup aku?
Apa mungkin kerana aku penganggur,
Yang menjadikan jiwa aku sesak itu?
Ku renung ku tenung jiwaku,
Ada apa dengan hidupku?
Mungkin kerana tiada apa?
Lalu aku resah dan gelisah?
Teringat aku tentang tanda-tanda kematian,
Resah gelisah itu sama dengan tanda mati,
Itulah penyebab resah dan gelisah,
Iaitu aku lupa pada mati.
Kini aku belum mati,
Tapi aku ingat mati,
Resah dan gelisah hati,
Adalah kerana mati.
6.41 a.m
25 Aug 2017
2 Dzulhijjah 1438H
Telaga Mas.
Assalamualaikum w.b.t
Orang hidup dengan bahagia,
Kita hidup dengan gundah gulana,
Dulu hidup kita juga bahagia,
Tapi kenapa kini tidak lagi bahagia?
Dulu kita hidup dengan semangat,
Kini kita hidup dalam kelesuan.
Apa beza dulu dan sekarang?
Dulu kita begitu sekarang kita begini.
Dulu dulu dulu,
Al-Mathurat pagi dan petang,
Qiamullail setiap malam,
Al-Quran wajib sebahagian,
Solat nawafil sentiasa dilakukan,
Ceramah kuliah selalu mencuci hati kelam,
Puasa sunat setiap minggu tidak jarang.
Sekarang??
Al-Mathurat hilang entah pagi entah petang,
Qiamullail, apa itu bangun malam?,
Al-Quran tunggu bulan Ramadhan,
Solat nawafil langsung tidak berkesempatan,
Ceramah kuliah hanya dalam rakaman,
Puasa sunat sekadar dalam bayangan.
Apa dulu hidupmu dikelilingi kawan-kawan yang memesan?
Sekarang ini kau hidup sorang-sorang?
Apa dulu imanmu segantang,
Kini imanmu sekadar picisan?
Apa dulu hidupmu untuk akhirat,
Sekarang hidupmu untuk makan?
#kembalilah sang durjana kembalilah kepada Tuhan. Moga hidupmu yang suram kembali terang benderang.
Assalamualaikum w.b.t
Apa yang orang rasa,
Tak sama dengan apa yang kita rasa.
Loni banyak sangat kes jinayat,
Merompak meragut mencuri membunuh,
Berlaku kat area kita-kita jah.
Bilo ado berita demikian lalu kt wall,
Kita baca dan kita scroll cerita lain plok,
Rasa gerun ada tapi biasa-biasa sahaja,
Orang trauma kita kata 'apa la meroyan, x cukup iman ke?'
Melainkan bila sesuatu terjadi kat kita (nau'zubillahiminzaalik),
Mulalah rasa apa yang mereka rasa,
Bukan masalah iman x cukup rasa,
Tapi masalah apa yang kita rasa,
Tidak sama dengan apa yang orang rasa.
Jangan sedap mulut kata hal jinayat biasa-biasa,
Kalu kena kat kita baru mulut terkatup juga,
Dunia sekarang bukan aman sentosa.
#berdoalah setiap masa, saat dan ketika. Untuk keselamatan dunia akhirat kita. Pray4Ruu355.
10.34 p.m
25 Aug 2017
4 Dzulhijjah 1438H
Telaga Mas.
Assalamualaikum w.b.t
Ada seorang pemuda pergi merantau membawa diri untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrawi.
Pemuda itu mecari ilmu di sebuah program international iaitu di ijtima A'lami 2015 di Rusila.
Setelah 3 hari di sana, pemuda berkenaan balik ke Kelantan.
Setibanya di stesen bas kota bharu, pemuda tersebut baru perasan dia tiada duit tambang.
Lalu pemuda tersebut berdoa kepada Tuhan berbekalkan keyakinan bahawa hanya sedeqah yang boleh mengkayakan.
Berbekalkan duit RM1 yang ada di dompetnya, pemuda itu memberikan RM1 kepada peminta sedeqah di tepi masjid yang kebetulan lalu di sebelahnya.
Allahuma solli ala syaidina Muhammad.
Pemuda itu menelefon kawannya yang ada di sekitar Kota Bharu untuk meminjamkan sedikit wang tambang. Beberapa kali di dail tiada yang angkat.
Lalu pemuda berdoa dan terus berdoa agar dipermudahkan urusan.
Allah itu Maha Mendengar.
Kawannya tadi menelefonnya kembali, lalu pemuda itu menceritakan masalahnya dan ingin meminjam sedikit wang.
Kawannya yang baik hati itu, terus datang ke stesen bas untuk membantu pemuda itu.
Lalu di hulurkan sekeping wang kertas RM50 ke tangan pemuda itu.
Pemuda itu berjanji akan membayarnya kembali tetapi kawannya menolak dan meninggalkan pemuda itu.
Allahurabbi. Menitis air mata kerana punya kawan seperti itu.
Lalu pemuda itu mendoakan kebaikan kepada kawannya tadi.
Lihatlah, betapa berkat sedeqah RM1.
Assalamualaikum w.b.t
Kehadapan kekasihku yang berada nun jauh di sana, ku harap kau khabar baik-baik sahaja.
Aku coretkan warkah ini agar kau tahu aku setia kepadamu.
Wahai kekasih, walau kita tidak pernah berbicara tapi kau perlu tahu aku terlalu ingin berbicara denganmu.
Wahai kekasih, agama kita melarang untuk kita bermesra-mesra selagi belum disahkan dengan akadmu. Kau pun tahu itu.
Maka aku ikut agama kita untuk tidak berbicara denganmu.
Wahai kekasih, agama kita terlalu suci untuk kita menodai dengan bunga-bunga di hati yang merindu. Lalu aku membiarkan mu tanpa khabar berita, agar Tuhan lebih meredhai kita.
Wahai kekasih, walaupun kita tidak pernah saling mencintai tetapi kau perlu tahu bahawa aku saling mendoakanmu. Ku harapkan kau juga mendoakan aku. Agar kita saling diberkahi dengan rahmat Tuhan.
Wahai kekasih, mereka hairan mengapa kita sepasang kekasih tetapi tidak pernah berbicara walau sepatah kata melainkan soalan-soalan mengenai nikah di pesan fbmu.
Wahai kekasih, aku hanya menurut Tuhanku supaya sentiasa menjaga hati agar tidak memakan diri.
Wahai kekasih, usahlah engkau turutkan kata orang sekelilingmu mengenai kita tetapi turutlah kata Nabi SAW kita yang sentiasa bersama kita andai kita menuruti sunnah baginda.
Wahai kekasih, jangan kau robohkan ikatan keberkahan ini dengan memalingkan wajahmu dari sunnah Rasulullah SAW.
Wahai kekasih, andai di hari pernikahan kita tiada pelamin berkelipan di rumahku, tiada mekap yang merah di pipiku, tiada baju yang cantik di tubuhku, tiada apa-apa di sisiku..terimalah aku seadanya agar pelamin, mekap, baju itu bukan ukuran kasihmu padaku.
Wahai kekasih, aku hanya bermimpi dan cuba bermimpi untuk jadikn suratku ini menjadi realiti.
Wahai kekasih, bantulah aku supaya aku dan engkau sentiasa dirahmati Allah sentiasa. Bantu aku dalam doamu.
La haula wala quwwata illabillah. Aminn.
22 Aug 2017
29 Dzulkaedah 1438H
1.01 a.m
Di bawah bumbung biru.
Assalamualaikum w.b.t
Kebenaran akan menghantui orang yang bersalah.
Walaupun 19 tahun walaupun 32 tahun berlalu,
Selagi kebenaran tersembunyi,
Ianya akan menghantui,
Yang bersalah.
Lihat diri kita sahaja,
Jika terbuat salah,
Adakah hidup dengan tenang?
Lihat diri kita sahaja,
Jika berdosa dengan Tuhan,
Adakah boleh hidup dengan aman?
Orang yang dilihat tenang dan aman,
Belum tentu dalam dirinya bahagia,
Belum tentu hidupnya gembira.
Allah bersifat Pemaaf bagi orang yang bertaubat,
Selagi kita tidak bertaubat,
Selagi itulah maaf Tuhan bukan untuk kita.
Api kebenaran Islam tidak akan mati,
Walaupun sang kuffar cuba memadamkannya,
Itu janji Allah yang pasti.
Kebenaran adalah Islam,
Islam adalah kebenaran,
Sesiapa yang tinggalkan Islam,
Mereka meninggalkan kebenaran.
Wahai diri-diri yang bersalah,
Kembalilah pada Tuhan,
Supaya kebenaran tidak lagi menghantui kita.
Persoalannya,
Kita benar atau salah?
Kita tenang atau gundah?
#hanya diri sendiri yang mengetahui, namun Allah lebih mengetahui. Untuk tenang..buangkan ego kita, kembalilah kepada ajaran Islam. Walau hanya tidak pakai stokin kaki dan tangan.
18 Aug 2017
Jumaat
1.09 p.m
Dzulkaedah 1438H
Assalamualaikum w.b.t
Adik beradik tempat bergantung,
Adik beradik saling menggantung,
Adik beradik tempat bertahan,
Adik beradik saling menjahanam.
Atuk -nenek tinggalkan pusaka,
Harta tak banyak cuma s3kangkang kera,
Adik beradik berbalas muka,
Hanya kerana seorang berperangai kera.
Hidup di dunia hanya sementara,
Akhirat sana kekal abadi,
Kalau hidup rasa miliknya semua,
Tanah orang dia nak miliki.
Adik beradik memang gila,
Akibat dari kurang agama,
Adik beradik tambah gila,
Akibat dari gilakan harta.
Semoga kita s3lamat semuanya,
Mengharapkan keselamatan dari Yang Esa,
Berbahagialah bonda di tempat sana,
Ada hikmahnya ke kampung juga.
Abah menangis 'di telan mati Isteri, di luah mati Abang'. Abang paranoid.
Day 1
16 Aug 2017
24 Dzulkaedah 1438H
9.06 a.p
RUU 164 : TRAGEDI MALANG BUAT UMAT ISLAM DI NEGARA INI
(10 Ogos 2017)
1. Parlimen Malaysia mencatat sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang semalam. 9 Ogos 2017 akan tertulis dalam memori mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah dibahaskan selama beberapa jam di Parlimen.
2. Di pihak PAS, 13 orang Ahli Parlimennya telah mengambil bahagian dengan memberi peranan sepenuhnya membahaskan RUU 164 ini. Mereka ibarat benteng terakhir umat Islam yang mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mereka telah laksanakan amanah mereka dengan baik, dan Parlimen telah membuat keputusannya, dan yang pasti kesemua mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
3. Tidak timbul PAS hanya bersikap pilih kasih dan hanya menjadi ‘penyokong’ kerajaan UMNO-BN. Ianya jelas dan bersuluh untuk dilihat. Bagi PAS, jika sesuatu perkara itu baik untuk Islam dan negara ini, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, PAS akan menyokongnya. Sebaliknya, jika ia bertentangan dengan Islam dan rakyat di negara ini, tidak kira siapa yang mencadangkan usul ini, PAS tetap akan menentangnya. Kami ada prinsip, dan prinsip kami mudah difahami, iaitu Islam adalah matlamat tertinggi perjuangan PAS.
4. Dalam usul semalam, PAS menentang usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. PAS berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, dalam keadaan pihak pembangkang lain tidak bersatu dan bersepakat dalam menyatakan pendirian. Bahkan, ahli parlimen pembangkang sanggup pula bersekongkol dengan Ahli Parlimen BN dalam meranapkan hak umat Islam di negara ini.
5. Apa yang menyedihkan, daripada sejumlah 141 Ahli Parlimen bergama Islam, baik pihak kerajaan (UMN-BN) mahupun pembangkang, tidak ada suara yang membangkang usul ini. Lebih pelik apabila Ahli Parlimen beragama Islam dari parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaku berjuang Islam tidak turut sama mengambil bahagian dalam membantah usul ini. Speaker Parlimen dengan mudah menolak bantahan MP PAS yang berjumlah 13 orang tanpa perlu mengundi kerana tidak cukup korum untuk membuat belah bahagi.
6. PAS ada sebab yang kukuh untuk menentangnya, dan bukan bangkit menentang secara semberono atau untuk meraih kepentingan politik demi populariti semata-mata. RUU 164 ini perlu ditarik balik dengan alasan yang sangat jelas dan kuat, iaitu ianya bercanggah dengan undang-undang persekutuan sedia ada seperti Seksyen 46 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2003 dan juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan.
7. Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
8. Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
9. Dengan meluluskan Akta RUU 164, bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini. Selepas ini, satu demi satu hak umat Islam terlucut, ditarik, ditukar dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjgaan hak terhadap anak-anak.
10. Semoga tragedi di Parlimen pada 9 Ogos 2017 membuka mata rakyat bahawa kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak boleh diharap untuk membela agama Islam. Selama mereka memerintah, selama itulah umat Islam akan terus tergadai dan terabai. Di sisi yang lain, kelihatan jelas parti-parti pembangkang bukan pembela Islam sejati, sebaliknya hanya menjadikan Islam sebagai bahan pelaris produk mereka sahaja. Ketika sempit, Islam dijulang dan ketika ingin mencapai sesuatu, Islam dibuang! Bayangkan kalau mereka memerintah kelak, apa akan jadi kepada nasib umat Islam di negara ini?
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Assalamualaikum w.b.t
7.01 a.m
8 ogos 2017
15 Dzulkaedah 1438H
Telaga Mas
Assalamualaikum w.b.t
8.8.1988 tarikh masihi sy dilahirkan pada 8.45 p.m (surat beranak) sepatutnya 8 lebih sikit, di rumah lama kampung Telaga Mas.
Masa tu abah baru lepas solat maghrib di balasoh dekat rumah. Abe Le g turut. Mok Teh Ye yg sambut. Terima ma sebab beranok kkito.
Siapa yang pernah dilahirkan pada tarikh ini akan rasa sangat bertuah. Kata orang cina ada ONG. Aminn.
Terima kasih pada yg wish dan doa utk sy. Betapa doa kalianlah yang akan membentuk hidup sy. Lebih-lebih lagi doa dari orang2 berkat dan soleh-solehah yakni cikgu2, sahabat2, org2 sekeliling sy, sahabat2 fb.
Terima kasih juga pada fb sebab tolong ingatkan friends fb ttg birthday sy. Agak2 orang yang betul2 ingat birthday kita siapa ye. 😘
Kalo ada yang betul2 ingat birthday kita alhamdulillah dan terima kasih banyak2 yer.
Baiknya tarikh birthday ni adalah ada org doa yg baik2 untuk kita. Alhamdulillah.
Cumanya bila birthday sy or siapa2, sy jadi kurang cakna. Jika sy ingat baru sy wish personal, kawan tu. Kalo x ingat, sekadar copy paste org lain punya wish je lah. Ni lah kelemahan sy yg ada. Ampunkan yer.
Kalo sya nak copy paste wish dan doa birthday kawan2, saya akan pastikan sy baca seolah2 saya berdoa. Agar apa yang dicopy paste tu diterima Tuhan Yang Maha Kuasa. Aminn.
Family dan kawan2 sy pun sy jarang wish, kalo teringat baru wish. Tak pun keesokan atau kelusaan harinya baru sy wish. Paling kurang sy doakan je tak ucap pun. Maaf yer semua.
Betapa nikmat Tuhan yakni umur itu adalah berkat bila dipanjangkan umurnya dan dipendekkan umurnya. Dua-dua ni Allah sayang. Cuma bagaimana kita isi umur kita seharian?
Birthday sy tarikh Qomari adalah 24 Dzulhijjah 1408H. 24.12.1408. Tarikh ni hanya sy yg ingat. Moga Allah redha. 😁
7.01 a.m
8 ogos 2017
15 Dzulkaedah 1438H
Telaga Mas
Like3
UStaZ-uSTaz
-
Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim) - Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan beliau membuat p...9 hours ago
-
Nigerian workers strike over cost of living crisis - [ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]1 year ago
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 - 万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...4 years ago
-
Peringatan buat para isteri - Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata belia...14 years ago
-
Popular Posts
-
Bismillahrahmanirrahim, walau ia sepahit peria, Kalau tak sabar, tak dapat JUMPA DIA. ~Sabar untuk esok. ~Sabar walaupun tak layak...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Melihat pada tajuk post ni, macam menakutkan je. Tapi betul-betul nak tahu kan? Nak jadi hamba Allah yang baik...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Tanggal 8 Oktober 2011, seorang budak kecik yang comel macam Anna Altafunnisa telah datang ke rumah saya. Datan...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, ap...
-
Bismillahirahamanirrahim. Salamun 'alaik. Lamo x nulih, istimewo hok nih. Hanyo hok pehe ja, buleh pehe. Tok rajin lagi nulih ko kelate ...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.w. Tadi, ada seorang adik aku, dia mi...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Dah beberapa kali buka bahagian 'edit post ni', tapi hari ni baru sempat mengarang. InsyaAllah akan cuba ...
-
Assalamualaikum. Setahun lebih x nulis. Nikmat nulis kena tarik, Mungkin sbb dosa. Ni nyo mari nok nulis plok.. InsyaAllah nok nulis se...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Cerita dalam cerita akan dikongsi di sini, semoga ianya menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua. (...
-
Bismilllahirrahmanirrahim.. "Ya Allah, kami mohon peliharaan-Mu dan kami mohon mempertaruhkan agama kami dan diri sendiri dan ...