Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, September 18, 2017

Tok Guru pesan,

-No 1 di sisi Allah adalah hari Jumaat.
-Jadi, kita kena jadikn hari Jumaat no1,
-Utk taqarub dgn Allah,
1- Puji Allah,
2- Selawat utk Nabi s.a.w,
3- Bertakwa kpd Allah,
-Utk rapat dgn Allah juga, buat apa shj benda fardhu,
-Utk lebih3 rapat, kena buat Fardhu+Sunat,
-Fadhu+sunat= Allah jadi 'telinga', 'mata', 'tangan', 'kaki' kita.
-Telinga: kalau ada benda tak molek kita terdengar, Allah jadikan kita xser dengar,
-Kaki: kalu ada tempat x molek kita kena g, Allah jdikan kita xser g,
-Bila Allah syg kita, krn kita buat benda sunat, tangan sendiri yg jd xser benda2 xbaik,
-Cuba cek tiap2 diri masing2, ada x yg sama?
-Kita berada dalam 4 bulan haram,
-zulkaedah, zulhijjah, muharam, rejab,
-bulan haram: jgn aniaya diri sendiri,
-Kena bersyukur dgn pemberian Allah,
-cth: tak dok ahli sains yg boleh buat telinga,
-kena jaga telinga molek2 tanda bersyukur,
-Dalam byk2 sifat bg Allah, kita sokmo ulang sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim,
-Yg Maha Pemurah, Yg Maha Pengasih,
-Allah Taala marah pada org2 yg x mitok dgn Dia,
-Tuhan Maha Pemurah, kita jgn lawan Dia,
-Merdeka pertama adalah golongan Nabi2 yakni merdeka dari hawa nafsu,
-Merdeka sebenar : merdeka dari hawa nafsu,
-Dalam solat kita sebut nama Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Ibrahim A.s,
-Nabi2 lah pejuang kemerdekaan yg sebenar,
-Ingat balik cerita Nabi Ibrahim A.s dgn Raja Namrud,
-Allah jadikan api jd sejuk sbb Nabi Ibrahim A.s tetap mitok tolong dgn Allah walaupun malaikat nak tolong baginda,
-Sebab tu kita sebut nama Nabi Ibrahim dalam solat,
-Ayat terakhir dalam khutbah2 jumaat tidak dibaca terjemaahannya,
-salah tu..sepatutnya oyak terjemaah,
-Maksud dari ayat Allah itu adalah Allah suruh kita semua berlaku adil dengan semua,
-adil dgn anak, ibubapa, kawan, majikan, guru, dll,
-xde adil yg lebih benar dari Al-Quran,
-Arab kena malu dgn Turki sbb Turki tolong Ghazah.

10 zulkaedah 1435H,

#Mohon doakan kesihatan Tok Guru sentiasa baik. Repost 2014. Al-Fatihah untuk al-Marhum Tok Guru.

Allah susun cantik dah,
Ulama' disemadikan di bumi Amrika,
Nampak jauh dan 'Barak'nya Amrika,
Namun, Amrika pun bumi Allah,
Siapa yang berkuasa?
Allah.

Hikmah Allah siapa tahu,
Mungkin di Amrika Islam kembali dijulang? 

Matinya Ulama',
Terangkatnya ilmu,
Siapa kita akn 'follow' selepasnya?
Teruskan 'follow' ulama' yang masih ada,
InsyaAllah selamat dunia akhirat.

#semoga Allah menempatkan Tuan Guru dalam kalangan orang2 yang soleh. Ya Allah, tetapkanlah kami di jalan-Mu. Allahurrabi. Repost 2016. Al-Fatihan utk TG Harun Din.

Bila kena musibah,
Orang sekeliling pesan,
'Sabarlah...'
Yang bekeng, marah + tak redha,
'Sabar! Sabar! Tak kena kat mu sedap la royak sabar!'

Teringat ayah pelajar Tahfiz yang van terbalik beberapa bulan lalu,
Masuk tv orang interview,
Dia jawab dengan redha dan nampak sangat redha dengan pemergian anaknya,
Itulah beza orang beriman dengan qada & qadar,
Musibah untuk tinggikan darjat orang beriman.

#Semoga ahli keluarga pelajar Tahfiz al-Ittifaqiyyah diberi ketenangan menghadapi musibah yang melanda. La haulawala quwwata illa billah.

Kita sekarang hidup di zaman akhir,
Zaman yang penuh fitnah dan tipu daya,
Peperangan akan berlaku antara kuffar dan muslimin,
Siapa yang pegang Islam berlandaskan al-Quran & as-Sunnah,
Tidak akan sesat selamanya.

Tanda2 akhir zaman sedang kita hadapi,
Antaranya orang yang bukan ahli mengurus urusan Islam,
Sebagaimana liberalism yang cuba guna nama agama,
Terhasillah ism-ism yang menggugat iman ummat yang rapuh.

Mereka memperjuangkan hak mereka menurut nafsu bukan menurut wahyu,
Nama Islam mereka gunakan untuk memperdaya ummat,
Adakala mereka cuba meniru pembawaan Islam di luar negara,
Tanpa memikirkan waqi' atau keadaan setempat mereka duduki,
Bagi mereka nama Islam sudah cukup walaupun bukan isi Islam.

Antara pembawaan Islam di luar negara yang mereka cuba adaptasi,
Post Islamism : Golongan yang cuba untuk tunjukkan Islam itu liberal yang di ambil dari Pemerintahan Turki.
Sosialism Islam : Golongan yang menolak rasuah tapi tidak mahu kepada hukum Islam dilaksanakan.
Dan banyak lagi ism yg merosakkan aqidah ummat Islam.

#Kita sebagai ummat di akhir zaman ini seharusnya kembali kepada ajaran Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Beramallah untuk terus istiqamah.

Asas makna perkata Islam adalah 'Salama' yang bermaksud Selamat,
Apabila tidak ada Islam maka tidak ada selamat,
Cukup dengan tengok asas negara kita,
Pemerintah tidak melaksanakan Islam selengkapnya,
Walaupun masjid ada pejabat agama ada,
Tapi hukum masih berpegang dengan hukum barat.

Maka masyarakat juga tidak lengkap Islamnya,
Ada manusia seperti Siti Kasim yang mempertikai ulama,
Mempertikai betul ke ulama cakap tu benar,
Ada juga manusia yang tiada akhlak Islam langsung,
Walaupun nama dalam ic adalah Islam,
Carut mencarut usah cakaplah..banyak.

Dalam masyarakat itulah wujud keluarga yang tidak amal Islam,
Keluarga yang mencaci anaknya sendiri,
Keluarga yang tidak solat dan tidak puasa,
Keluarga yang hanya tahu hiburan semata-mata,
Tanpa memikirkan hidup selepas mati.

Dalam keluarga yang mempunyai ibu bapa sedemikian,
Maka anak-anak menjadi mangsa kecurangan didikan ibu bapa,
Kurang ajar dengan cikgu perkara biasa,
Dadah mencuri membunuh hobi sahaja,
Hidup tidak pernah tahu matlamatnya ke mana.

Maka dari situ juga keselamatan ummat tidak terjaga,
Orang baik orang soleh difitnah tanpa rasa berdosa,
Anak-anak tahfiz menjadi mangsa,
Untuk hidup di luar kawasan rumah pun tidak selesa,
Akibat dari Tiadanya 'SELAMAT' iaitu ISLAM dalam negara dan dunia.

#kembalilah semua kepada Islam, amallah Islam walau terpaksa. Hanya dengan Islam kita akan selamat sejahtera. InsyaAllah. Kalu susah nak amal Islam sebenarnya, minta dengan Allah kekuatan itu. La haula wala quwwata illa billah.

Wednesday, September 13, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Sempena himpunan PH utk menolak politik toksid, ada beberapa gambar wanita PH tersebar bergambar bersama dengan Siti Kasim yang sememangnya dikenali umum, pembawa agenda liberalism di Malaysia.

Wanita PH berbangga bergambar dengan perosak agama dengan tujuan tidak lain untuk menyebarkan dakwah. Kata mereka. Penasihat agama PH sendiri menyetujui perbuatan tersebut dengan menganggap orang yang melarang hal demikian bajet suci.

Ini kepincangan yang berlaku dalam pemikiran pendakwah PH menurut hemat saya. Analogi mudah yang saya ingin gambarkan keadaan tersebut adalah sedemikian :

Seorang wanita bertuduh labuh menurup aurat sempurna hendak ke pasar membeli barang. Dipertengahan jalan, wanita tersebut terserempak dengan geng mat rempit dan penghisap dadah yang terkenal di kawasan perumahannya cuba untuk mengusiknya.

Lalu wanita tersebut mendekati geng tersebut untuk menyeru mereka ke arah kebaikan. Sambil-sambil berdakwah, geng tersebut menyelpi diri dengan wanita tersebut. Dan wanita tersebut juga tersenyum riang. Orang ramai melihat kejadian tersebut dengan perasaan bercampur baur.

Oleh kerana jalan ke pasar tersebut dipenuhi dengan orang yang bermacam ragam. Maka ada antara anak gadis melihat agenda tersebut dari jauh dan menganggap 'boleh menyelpi dengan geng tersebut', lalu anak gadis tersebut melihat kejadian itu sebagai perkara yabg dibolehkan.

Di pihak geng tersebut pula menularkan gambar mereka dengan wanita tersebut lalu dengan caption, 'ayuh sama2 kita berjuang menuju kemaksiatannn'. Dan di'like' beribu kawan fesbuknya. Dan dikongsi pula sehingga berjuta ahli fesbuk melihatnya.

Begitu juga orang awam lain yang mempunyai perasaan bercampur baur dengan ada yang melihat perbuatan tersebut baik dan ada yang melihat perbuatan tersebut sebaliknya.

Bertudung labuh menutup aurat sudah betul, menyampaikan dakwah dengan menyelpi di kalayak ramai akan mudah dieksploitasi oleh musuh. Maka adakah cara dakwah kita sesuai dengan keadaan yang sedemikian?

Adapun kita selaku yang memahami tuntutan dakwah mengetahui matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang menghampiri fitnah sedemikian hendaklah dijauhi.

Seorang wanita baik bertujuan mulia untuk mendampingi seorang lelaki yang tidak solat, tidak salah. Tetapi menjadi kesalahan wanita tersebut apabila menyampaikan rasa cinta Islamik dengan menjadi pasangan couple Islamik dengan lelaki tersebut.

Sekian, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Wallahua'lam.

Sunday, September 10, 2017

A

Rahmatan Lil Alaminn

Soalan : Ustaz, sekarang ni kita perasan banyak berlakunya amalan yang berbeza mengikut mazhab yang berbeza. Macam mana nak hadapi perkara ni?

Ustaz : Perbezaan mazhab ni berlaku sejak zaman dulu lagi. Berlaku antara golongan muda dan golongan tua. Salaf & khalaf. Macam mana mereka hadapi perbezaan tu? Mereka saling hormat menghormati dan tidak bergaduh semasa sendiri.

Imam Hassan al-Banna royak kita kena bantu membantu dalam perkara i'tiqad (pegangan).

Iaitu uzur menguzurkan dalam perkara khilaf. Memaafkan antara satu sama lain. Tidak memperbesarkan isu-isu ini.

Musuh mengambil kesempatan untuk melihat perbalahan ummat Islam dengan menyuntik jarum permusuhan dengan memperbesarkan perkara khilafiyah.

Soalan : Pastu ustaz, ada yang mengamalkan banyak-banyak mazhab tu macam mana?

Ustaz : Boleh untuk amalkan banyak mazhab tetapi dengan SYARAT, orang tu kena belajar semua ilmu mazhab. +(Belajar talaqqi (berhadapan murid dan guru) bukan gugel/internet/buku).

Adapun orang awam (yang tidak belajar ilmu mazhab), tidak boleh amal macam tu. Orang awam kena ikut mazhab mengikut ketetapan pemerintah, ikut negara masing-masing.

#perbezaan itu satu rahmat. Untuk melihat ummat boleh saling berkasih sayang. Rahmat untuk sekelian alam. InsyaAllah.

Wednesday, September 6, 2017

Kepercayaan dalam hidup ni umpama garam. Tak dok garam, hidup jadi tawar. Cumanya mu percaya cara mu, aku percaya cara aku. Apa yang kita percaya tu terhasil dari apa yang kita tahu dan didikan parent kito.

Sejak kecik mok ayoh tanam dalam diri, umur 7 tahun kena solat. Kalu x solat dosa. Maka kita loni percaya x solat dosa. Adapun masa kecik dulu tu, kita percaya semata-mata. Tapi kini, kita percaya dan kita yakin bahawa kalu tok solat berdosa.

Kepercayaan kena ada untuk setiap perkara, dari perkara kecik hinggalah perkara sebesar alam ni. Kalo orang Islam, kita percaya ada yang Menciptakan dan Mentadbir alam ni iaitu Allah.

Kepercayaan dalam hidup berkeluarga, mok ayoh percaya gapo hok anok dio buat. Walaupun mok ayoh tu x nampak. Kalu mok ayoh tu x percaya dengan gapo hok ank buat maksudnya mok ayoh pun x yakin dengan gapo yang dia didik anaknya sebelum ni.

Kepercayaan orang pjj, walaupun duduk jauh2 laki bini. Tapi masing-masing percaya laki bini diorang akan jaga diri tanpa membelakangi hak masing-masing.

Kepercayaan pada politik, ada ahli politik tu percaya dengan parti yang dia ikut. Dan dia tak percaya dengan parti orang lain. Semua yang parti dia kata dan buat, betul belaka. Itu pilihan dia untuk percaya kepada politik dia. Adapun kita, percaya pada parti politik kita.

Tak perlu la kita paksa untuk orang percaya apa yang kita percaya. Setiap orang berbeza kepercayaan ikut ilmu masing-masing. Allah buat comel doh, 'Mu nak ikut..ikut. Kalu mu tak ser ikut Allah, itu mu punya pasal.'

Semua itu berkaitan dengan kepercayaan. Dalam agama, Allah royak dalam surah al-Kafirunn. 'Bagi kamu agama kamu, bagi aku agamaku'.

Jadinya kalau kita yakin dengan apa yang kita percaya, insyaAllah hidup kita tidak akan tawar. Kalo rasa hidup kelat2 skit, ataupun pahit2 skit..boleh jadi kepercayaan kita tu x sempurna. Untuk sempurnakan kepercayaan, balik pada Allah lah.

#Allah tempat kita serah segalanya. Percaya yang Allah jaga kepercayaan dan keyakinan kita. Hidup pun tak tawar lagi.

7 sept 2017
1.05 p.m
17 zulhijjah 1438H
Telaga Mas

Monday, September 4, 2017

Assalamualaikum w.b,t

Di saat kita boleh menerima kekurangan dan kelemahan orang,
Itu tanda kita sudah mulai redha dengan apa adanya.

Di saat kita melihat orang yang mengkhianati kita dengan kasihan belas,
Itu tanda kita masih ada cahaya keinsafan.

Di saat kita mulai membiarkan kesakitan kita akibat kesilapan orang,
Itu tanda kita sudah pandai memahami erti kemaafan.

Di saat kita boleh melupakan kejahatan orang pada kita,
Itu tanda kita masih ada iman di hati.

Friday, September 1, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Pesan Tok Imam tadi,
Kita ummat Islam dilanda ujian perpecahan. Ubat ujian tersebut adalah memperbaiki akhlak dalam diri masing-masing. Hanya dengan ukhwah Islamiyyah yang akan menyatukan ummat Islam yang diumpamakan seperti buih-buih dipantai.

Selami pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup berkorban anaknya demi cinta Ilahi. Pengorbanan Nabi Ismail a.s yang sabar dan sanggup dikorbankan demi Allah SWT. Dan pengorbanan Siti Hajar yang sanggup berlari-lari bagi mencari rezeki untuk anak yang dikasihi.

Tok Imam bertanya, sudahkah kita berkorban? Pengorbanan kita untuk Islam hanya sedikit dan sekecil hujung rambut berbanding dengan pengorbanan para Nabi-nabi. Ayuhlah kita menyeru anak-anak kita dan ummat kita untuk kembali kepada ajaran Islam sebagaimana Nabi Nuh a.s mengajak anaknya untuk naik bahtera kebenaran.

#Olahan dari Khutbah AidilAdha 1438H, Masjid Kg. Telaga Mas. Selamat Hari Raya AidilAdha. Teruskan korban diri baiki akhlak untuk penyatuan ummat.

1 Sept 2017
10 Zulhijjah 1438H
3.12 p.m
Telaga Mas

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak