Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Wednesday, October 31, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Hoho, saya jatuh cinta!
Jatuh cinta dengan lagu Harapan, siulan en.Hyper Act.
Well done!
Leh buat saya cair.

:')


Lirik Lagu Harapan – Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali

Aku berimpikan sesuatu, sesuatu yang pasti ada dalam jiwa setiap insan yang bergelar hamba. Mengheret aku untuk kembali. Dalam gelap pekat malam, Dia datang menghulurkan cinta-Nya. Di pinggir laman sejadah cinta. Hangat Kebesaran-Nya menyambut aku untuk kembali pada-Nya. 

Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malam mu mencari kasih ku oohhh

Dan, saat itu aku mengerti mengapa aku masih diberi nyawa dan berdiri di bumi-Nya ini. Walaupun, siang yang bertemankan mentari hadir lagi dan lagi. Di dinihari itu, bertemankan bintang malam, aku mencari kasih dari-Nya.

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya

Harapan dalam sujud menjadi layu, dibuai dosa-dosa lalu. Walhal, diri ingin bahagia bersama-Nya di sana nanti. Semuanya menjadi kenangan dan berterusan menjadi impian yang akan terus ku buru. Untuk bersama, selama-lamanya.

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dalam menyesali dosa-dosa lalu, ada hembusan angin lalu yang membisikkan janji-janji-Nya. Datangnya ia, hadir dan pergi silih berganti. Ketika didatangi rasa cinta-Nya, seolah-olah tidak mahu lagi bangun menempuh dunia ini. Hanya mahu terus bersujud memuji-muji Sang Pencipta Yang Maha Agung. Semuanya bagaikan sempurna dibelai sebegitu.

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu oohhh

Di sejadah itu, semuanya tiada erti dan tiada pegangan seandainya sujud itu dilalui tanpa ada rasa-Nya disisi. Dan, di saat kelalaian tiada rasa apa, aku cuba mencari, menyeru-Nya kembali. Walaupun hanya di detik terakhir dahi di angkat dari sejadah itu. Dan, hasilnya tetap sama. Dia hadir menghadiahkan rasa Kasih-Nya walaupun hanya secebis. Oh, terima kasih.  

Hati ku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita selamanya

Itulah hakikat hati ini, meratap kasih-Nya setinggi gunung. Mencari Zat-Nya Yang Maha Agung, menjadi cahaya penyuluh hidupku. Yang menyinarkan janji-janji impian, mengimpikan pertemuan dengan-Nya untuk hidup dengan-Nya selamanya di sana nanti. Allahurabbi. 

Allahurabbi T_T


~Ampunkanlah aku Ya Allah. 
~Cintailah Allah.

15 Dzul Hijjah 1433H
31 Oktober 2012
Ayer Keroh.
5.04 p.m.
Monday, October 22, 2012
Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah,

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,

Allah mengurniakan rasa cinta kepadaku,
Allah menganugerah rasa kasih kepadaku,

Kepada Baginda Rasulullah s.a.w,
Kekasih Agung Allah s.w.t.

Allahurabbi,
Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi rasa cinta.
Engkaulah Tuhan yang Maha mencinta.

Allah,
Allah,
Allah,

Semoga terdapat keberkatan dari rasa cinta ini.
Amiin.

~ Doakan aku sahabat.

Berkat berada di bumi Melaka yang sangat mencintai keturunan Baginda Rasulullah s.a.w. 

Jujur dari aku, sebelum ini aku tidak pernah mengenali Sang Habib.
Di Melaka inilah aku mengenali perkataan pangkat tersebut, lantas membuka pandangan hatiku yang kabur mengenai Baginda Rasulullah s.a.w.
Terima kasih Ya Allah. 

Alhamdulillah.

~ Moga terdapat keberkatan dari Baginda Rasulullah s.a.w. 

Peace Be Upon Him

1.43 a.m
23 Oct 2012
7 Dzul Hijjah 1433H
Ayer Keroh.

Sunday, October 14, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.
Untuk ingatan bersama, buat sang sahabat yang di luar sana. 

[Semasa Dikurniakan nikmat utk menulis ini]

'Support menyapport' la selagi masih berpeluang untuk melakukannya,
Bila Allah dah tarik nikmat,
waktu tu kita dah x boleh lagi bantu sahabat dengan sebab mati,
ataupun tidak lagi dikurniakan nikmat keinginan untuk membantu,
maka rugilah kita time tu..
kat akhirat nti, masa tu la nk cari Allah, menyesal...
'nape la aku tak tolong sahabat aku dulu..'
cnfm2 nyesal time tu tiada guna..

so, muhasabah semula..

Kenapa ada yang bermuram durja?

Kenapa ada yang terasa jauh denganku?
Kenapa ada yang jauh dari dunia jihad?
Kenapa ada yang dah tiada rasa kebersamaan denganku?
Kenapa ada yang melarikan diri apabila ditanya khabarnya?

Adakah aku punya kata-kata menyakitkan hatimu sahabat?
Adakah sebab aku yang tidak pernah bertanya khabar?
Adakah sebab aku yang tidak pernah bertanya tentang imannya?
Adakah sebab aku yang mewujudkan rasa itu?
Adakah sebab aku dia melarikan dirinya?

Ayuhlah bangkit wahai pejuang2 Allah.
JIka terasa lemah, minta pada Allah.. 'Kuatkanlah aku Ya Allah.'

Minta je apa-apa dengan Allah, dengan syarat minta dengan tulus..
Allah dengar je, cume kita jangan putus asa..

Saling ingat mengingatkan tu Allah suruh..
Maaf bebanyak kepada sahabat-sahabat, sbb tak mampu nak tolong antum.

Ayuh sahabat yang pernah gemilang kerana Islam, kembalikan kegemilangan kita dan agama kita!

Kembalikan tahjudmu!
Kembalikan taubatmu!
kembalikan hajatmu!

~ Kita hanya akan gemilang seandainya, malam-malam kita dipenuhi air mata syahdu, meminta keampunan dan keredhaan dari-Nya. Jika TIDAK, ianya akan tinggal mimpi.

Wallahua'lam.




~Ana Uhibbukum Fillah~

Cintailah sahabat selagi masih dikurniakan rasa cinta!
Cintailah Allah.

29 Dzul Kaedah 1433H
!5 OktoBer 2012
9.22 a.m
Ayer Keroh.
Sunday, September 30, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Rindu masa lalu. Apo boleh buek, den ni manusio jo. Rindu tu datang, den tak leh tahan. Lalu den nuleh kat sini ai. Tadi haa, den tertengok gambar cucu2 cucu tok guru. Alahai. Sume dah besau. Dah tak cam. Cume ingat sorang je nama. Anak ustaz Nik Adli. Nik Aziz namanya. Yang lain den lupo namo. Muka cam skit2 jo. Yang kecik comel, dah jadi kanak-kanak besau. Tu yang den tak cam tu. Padahal selalu jo den usik-usik diorg. Maklumlah. Rumah asrama kat tepi rumah Tok Guru jo. Hoho. Rindu aih.


Rumah warna hijau. 2 langkah jo, masuk laman rumah Tok Guru. Agak-agak, Tok Guru ingat kat den lagi tak ah? Bilo Tok guru lalu tepi rumah kami nak p 'bedil' tupai, den minta nak lada sikit Tok Guru. Katanya, ambik lah. (Berbunga rasa di hati bila dapat cakap dengan Tok Guru). Maklum la, Cik Yah (isteri Tok Guru) suka menanam. Lada beliau tanam, bunga beliau tanam. Sekeliling rumah mereka penuh bunga. Macam-macam bunga ada. Aih, rindu2. Lada kami makan dengan kicap. Huhu. Kegemaran Cikgu Ayu. Cikgu math kami yang dok serumah, tapi lain bilik. Allah, comelnya kenangan lalu. 

Yang den ingat lagi, setiap hari khamis kami terpaksa pergi dengar kuliah maghrib Tok Guru. Semua budak-budak asrama kena turun. Huhu. Dengan keterpaksaan tu la, den jadi manusia hari ini. Terima kasih Allah kerana bagi peluang kat den sekolah kat sana. Maka dengarlah kami kuliah Tok Guru, yang kadang-kadang time iman tak kuat den tersenggut-senggut juga. Pah tu borak-borak dengan Ina, Ain, dan lain-lain. Hoho. Dulu-dulu tak reti nak hargai ilmu lagi. ;p

Yang paling tak leh tahan masa den sofful thani i'dadie. Si syira, dapat kamera. Amboih, kami pun apa lagi rajin la tangkap gambo2. Termasuklah gambo Tok Guru. Dulu kecik-kecik, belajar subjek akhlak tak abih lagi. Bila nampak Tok Guru keluar dari masjid, cepat-cepat p dekat dengan Tok guru minta nak tangkap gambo. Tok guru pun dengan baik hatinya, comel je berdiri untuk den tangkap gambar beliau. Huhu. Seronoknya bukan main. Lepas dapat tangkap gambar Tok Guru, siap melompat-lompat lagi haa. Yea, dapat tangkap gambar Tok Guru!! Tak ingat, den sempat cakap terima kasih atau tak pada Tok Guru. Bila ingat semula, mak aih. Malunya. Tapi, pujuk diri. Tak pa, dulu kecik lagi. Hihi.

Allahurrabbi. Semua tu cuma tinggal kenangan. Den rindu pun, den boleh buat apo. Den dulu tak pandai fikir lagi. Den dok kat sekolah tu 3 tahun jo. Bilo form 4, den pindah sekolah lain. Den sedih. Den tak dapat hayati lagi ilmu Tok Guru. Masa tu, den tak rasa lagi kepentingan ilmu Tok Guru. Ilmu yang tak dapat dicari melainkan hanya di Pulau Melaka. Den harap, suatu hari nanti den berpeluang lagi pergi ceramah Tok Guru macam dulu-dulu. Allah.

Buat sahabat di luar sana, den cerito ni bukan den nak bangga den pernah jumpa Tok Guru. Cume den nak ingatkan ekau, kalau ada peluang untuk cari ilmu kuliah mana-mana Tok Guru, ekau poie lah. Lain tau rasa, bila dengar ceramah Tok Guru dan ceramah ustaz lain. Lain sangat. Den cume nak minto, ekau hargailah tok guru ekau. Kerana keberkatan dari tok guru tu bilo sampai kat kita, insyaAllah kita jadi orang baik hasil ilmu Tok Guru tu. InsyaAllah.

Dulu-dulu kecik, sekarang dah besau.


Terima kasih Allah kerana bagi den peluang sekolah kat tepi rumah Tok Guru.

Cintailah guru kita.
Cintailah Allah.

~ Maaf la, guna bahasa negori tapi tak menjadi. =)

14 Dzul Qaedah 1433H.
30 Sept 2012.
10.12 p.m.


Saturday, September 15, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Melafazkan cinta Ilahi, amat mudah semudah ABC. 

Tetapi apabila ingin mendapatkannya, amat sukar sesukar menaiki Sang Himalaya. 
Pengertian cinta tidak cukup sekadar lafaz, tetapi haruslah diterjemah dengan perbuatan.

Perbuatan yang ingin diterjemah itulah yang sering dihalangi oleh sang musuh. 
Apa usaha kita untuk menterjemah cinta Ilahi?
Tembak musuh dengan senapang taQwa.

Yakinlah cinta Ilahi akan terbalas dengan sendirinya.
Kerana cinta Ilahi itulah yang sejati.

Selamat Hari Malaysia.
16 Sept 2012
29 Syawal 1433H
06.48 a.m.



Sunday, September 2, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Seorang sahabat telah selamat.

1 Sept 2012, 14 Syawal 1433H,

Selamat menunaikan sunnah Rasulullah s.a.w.

Rupa-rupanya yang kecik sudah besar, yang remaja sudah dewasa.

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair.

Tak pasti lagi lepas ni, boleh bersama dia lagi atau x. :')

Salah seorang sahabat menukilkan di fbnya,

alhamdulillah petang tadi sempat menghadiri majlis BigWork (bekwoh) Saidah Nafisa Abdullah dan pasangan beliau hafizi.
rupa2nya 'adikberadik'ku sudah dewasa.

termasuk yg ini 4 orang yg telah mendirikan BaitulMuslim. Mohd Fadhil Mohd Sayuti Firdaus Aus danAimerul Asyraff.

yang akan menyusul Ridhuwan Chemusa Ahmad Razaliyie Mohd Hizami Adnan Firdauz Ali SibramulisiIr Muhammad Hafiz kamarul dan
 — with Atikah Abd Rahman and 4 others.

Post asal
Ibrah yang dapat,

Hidup kita ni dah x lama.

Bila-bila masa, yang datang akan pergi.

Kalau sebelum ini, kita masih boleh berlari bersama-sama main perang-perang kat tepi pantai.

Kini tidak mungkin semua tu berlaku lagi.

Kalau sebelum ini, kita sama-sama berdiskusi di bulatan besar.

Kini semua itu hanya tinggal kenangan untuk dilipatkan.

Walaubagaimana sekalipun kehidupanmu selepas ini sahabat.

Kenangan lalu tidak mungkin akan di lupakan.

Semoga dikau juga begitu.


~ Moga cintamu padanya adalah kerana cintamu pada-NYA.
~ Cintailah Allah.

2.00 a.m
3 sept 2012
16 Syawal 1433H
Friday, August 24, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Terbaca satu post tentang ustaz Yahya Othman, Allahurrabi. Beliau merupakan pejuang yang tersohor di negara Arab. Yang berusaha memenangkan Islam di muka bumi tanpa mengenal erti putus asa walaupun kalah berkali-kali. Atas kekalahannya itu, beliau mencipta sejarah menjadikan kemenangan untuk Islam pada ketika itu menjadi realiti. 

Lantas, terkenang pada ummat kini. Yang tidak mampu memberi apa-apa erti pada Islam. Sangat jauh dengan realiti keIslaman yang ada pada nama di IC. Kalau dulu sang pejuang membanting tulang demi Islam dijulang dengan mencari ilmu untuk dijadikan senjata lisan pada sang musuh. Tetapi kini, sang pejuang leka memberi komen yang lagha di fb masing-masing. Yang terkadang, berusaha menegakkan benang yang basah.

Kalau dulu sang pejuang sibuk memeras idea mencari kelemahan musuh demi melihat kemenangan Islam. Tetapi kini, ramai sang pejuang memeras idea mencari kelebihan diri masing-masing untuk menjadi bandingan di antara mereka samada boleh menjadi zauj atau zaujah kepada pasangan yang mereka idam-idamkan dalam khayalan masing-masing. 

Kalau dulu sang pejuang bermatian-matian mengorbankan keluarga, harta dan jiwa mereka demi Islam yang tercinta. Tetapi kini, ramai sang pejuang yang bermati-matian berusaha demi kepentingan keluarga dan nama masing-masing. Agar diri menjadi sebutan di kalangan mereka-mereka yang kononnya berjuang. 

Walaupun mereka sama dari segi nama 'SANG PEJUANG', yang juga sama bait-bait lafaz janji dihadapan saksi yang menyaksikan ikrar mereka untuk menegakkan Islam DEMI ALLAH S.W.T dan RASULULLAH S.A.W. Tetapi mereka berbeza dari segi mujahadah pejuangan mereka, mereka berbeza dari segi pengorbanan mereka, mereka BERBEZA.

Allahurrabi.. Adakah aku ummat itu? Ampunkanlah kami Ya Allah. Jadikanlah perjuangan kami sebagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w, para sahabat, para tabi' tabi'in dan para pejuang yang ikhlas berjuang menegakkan ISLAM di bumi-MU ini Ya Allah. Ampunkanlah kami. Ampunkanlah kami Ya Allah.


~ Jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berjuang kerana-Mu Ya ALLAH.
~ Cintailah Allah.

6 syawal 1433H
24 Aug 2012
10:24 p.m
Bismillahirrahmanirrahim..

Memulakan langkah pertama selepas Ramadhan 1433H di bumi Parameswara yang menerima Islam dari salahsilah Baginda s.a.w, Sheikh Abdul Aziz. (Sumber : Ustaz Zul, BQ). Membawa seribu cita menjadi yang dirahmati-Nya. Meninggalkan duka lara tanpa ingin menoleh lagi. Menjanjikan untuk diri bayangan syurga yang abadi.

Salahkah kita ingin berjanji dengan diri? Salah! Sekiranya janji itu tidak kita tepati. Dan tidak salah, jika kita berusaha menepatinya nanti. Sekiranya janji itu tidak menjadi, tetap tidak salah selagi kita masih berusaha menepatinya.  Andai kita mati dalam berusaha, tetap menjadi catatan sang Raqib. Jikalau tidak berusaha, tetap akan menjadi catatan sang Atid. 2 malaikat Allah yang ditugaskan mencatat segala amalan anak Adam A.S. 

Allahurabbi..

Bayang-bayang dosa lama terkenang kembali. Tetapi pernah terdengar bicara dari sang Ustaz, Nabi S.A.W tidak menyukai ummatnya mengimbau dosa lama. Lantas, cubalah pujuk dirimu mencari sinar baru seperti yang kita doakan semasa bulan Ramadhan yang lalu. Yakinlah Allah memakbulkan doamu, cuma hanya tinggal kita melaksanakan doa yang akan termakbul.

Ramadhan yang lalu, kau dan aku berdoa. Benar? Ya, benar. Apa yang didoakan adalah semoga Ramadhan kali ini mensucikan kita dari dosa-dosa lalu. Benar? Ya, benar. Adakah doamu dan doaku telah termakbul? Doaku dan doamu akan termakbul atas usaha aku dan kamu. Maksudnya ia belum termakbul? Ya, benar. 

Bagaimana ingin Allah kabulkan segala doa itu? Dengan hanya usaha kita. Ya, dengan usaha kita. Berusaha menepati janji untuk mendapatkan syurga yang abadi adalah salah satu penyebab doa kita dikabulkan Allah S.W.T. Itulah janji Allah, sesiapa yang berdoa, akan dikabulkan-Nya. Dengan sebab kita berusaha agar doa itu dikabulkan.

Benar lagi janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286. Allah akan memberi apa yang kita usahakan. Tinggal lagi kini, hanya perlu berusaha. Ayuh, berusaha sahabat. Moga doa semasa Ramadhan lalu dimakbulkan. Dan keberkatan Ramadhan lalu sama-sama menjadi milik kita.

Allah, kami rindu untuk bertemu dengan-MU. 


~ Cintailah Allah.
~ Makbulkanlah doa kami Ya ALLAH.

6 Syawal 1433H
24 Aug 2012
8:15 p.m

Saturday, August 11, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

20 Ramadhan 1433H
 8 Ogos 2012

Moga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.
Doakan aku istiqamah.

Peringatan pada diri,
Aku bukan 4 tahun lagi.

Kelahiran pemulaan bagi kematian.
..Allahurabbi..

Dik Zul yg Bagi.. Syukran Dik.. 

Nabi s.a.w. yang bersabda: "Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan tentang harta bendanya dari manakah ia perolehi dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya". (HR Tarmizi)

~ Berkatilah umurku ya Allah.
~ Cintailah Allah.
Thursday, August 2, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..


Ingin memulakan hidup baru..?
Apa yang diperlukan?


Duit?


Pasangan?


Jawatan?


Yang diperlukan hanya satu..


TAUBAT!


Mulakan hidup barumu dengan TAUBAT..


Carilah pengampunan di mana sahaja kau berada..
Walaupun di saat kau bermaksiat..


Allah tidak akan mensia-siakan permohonan ampun dari hamba-Nya..
Allah Maha Pengampun segala dosa..
Allah Maha Baik..


Aku percaya,
Ramai yang ingin kembali.
Kembali kepada Allah,
Kembali ke jalan yang diredhai-Nya.


Yang menghalang diri dari kembali adalah DIRI SENDIRI..
Diri yang terlalu menurut hawa nafsu.


Lantas, 
Tenangkan nafsumu..


Jadikan nafsumu, nafsu Mutmainnah..



"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)


Semoga redha Allah mengiringi kita.
Dalam mencari cinta-Nya.

Kepada yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhanmu..

Ayuh, gerakkan jari..
Basahkan bibir..

Menyebut nama Tuhanmu..
Memohon keampunan dari-Nya..

Kembalilah diri..
Kembali kepada fitrahmu..
Mencari Tuhanmu..

Usah kau berpaling lagi..
Rebutlah peluang mencari Tuhanmu..

Mulakan dengan memohon keampunan dari-Nya..
Pasti Dia akan datang menghampirimu..

Usah kau gusar..
Usah kau resah..

Bulatkan tekad..
Kuatkan diri..

Kau akan temui hidup baru..
Kau akan temui cahaya baru..

Dalam Ramadhan kali ini..
BerTAUBATlah sebanyak-banyaknya..

Semoga diakhir nanti..
Diri menjadi putih bercahaya seperti sang bayi..
Yang bebas dari kehitaman dosa-dosa silam..

Bangunlah!
Qum!

TAUBAT!

Jadikan Ramadhan kali ini permulaan hidup barumu..
Pengakhiran bagi dosa-dosa lalu..
Allahurrabbi..

..walau kau sedang dalam dosa..

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kali ini, 
Ramadhan yang kau berkati untuk kami.
Ya Allah, jadikanlah kami, 
Hamba-Mu yang hanya mengharapkan cinta-Mu..

~Cintailah Allah~

14 Ramadhan 1433H
03.00 a.m
3 Aug 2012

Monday, July 30, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..


Tiada kata yang mampu kita ucap bilamana masih lagi di beri nikmat berpuasa pada tahun ini. CUba kenang kembali, selepas Ramadhan tahun lalu.. Apa yg kita niatkan? Ingin menjadi insan terbaik..? Adakah terlaksana niat kita semasa Ramadhan tahun lalu? Kalau belum, apa yang perlu kita lakukan?


Jika dulu kita mencari cinta Allah tetapi terlalai seketika,
Masih ada waktu untuk kita kembali mencari cinta-Nya.

Niat betul-betul.
Tekadkan azam.
Bulatkan usaha.

Jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun lepas.
Carilah keberkatan darinya.
Semoga diRahmati-Nya.


Salam Ramadhan. 
Cintailah Allah.
10 Ramadhan 1433H
30 July 2012
11.16 p.m
Thursday, July 5, 2012
Bismillahirahmanirrahim..

Cerita dalam cerita akan dikongsi di sini, semoga ianya menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua.

(Yang ni sekadar bunga-bunga cerita)
Balik hari tu (ba'da khamsah syahr) tak balik.. Hati penuh berbunga, moga pertemuan dengan kedua orang tua mendapat keberkatan walhal ketika itu dalam musim exam.. Walaupun balik kampung hanya sehari kat rumah (Melaka-Kelantan) 2 hari atas bas, keseluruhan 3 hari masa berlalu..ianya tetap dalam ketenangan selepas bertemu mata dengan ma dan abah. Kurniakanlah keberkatan dan keredhaan itu Ya Allah.

(Yang ni baru betul)
Nak dikongsikan di sini..masa dalam bas nak balik rumah dari KB ke RP, terdengarlah motivasi pagi yang tak dapat dikenali pasti siapa penyampainya, (sekarang ni, dah jumpa siapa..) tetapi pengisian darinya masa itu sangat menyentuh hati ini. Dan diniatkan untuk dikongsi bersama. Maka tercipta la post kali ini setelah beberapa ketika ditangguhkan.

Apa yang nak dikongsi di sini adalah berkaitan dengan kebiasaan kita dalam kehidupan seharian. Seringkali menyalahkan orang, benda, tempat dan sebagainya. 

"Sebab dialah, aku jadi macam ni"
"Sebab batu tu lah, aku jatuh"
"Sebab tempat tu jauhlah, aku lambat sampai"


Kadang-kadang, alasan yang tak masuk akal kita selalu berikan pada orang untuk menyatakan kitalah yang betul.

Allahurabbi..

Moga dijauhkan dari sikap sebegini.

Kembali kepada perbincangan asal, antara kisah-kisah yang menyentuh hatiku iaitu apabila dikisahkan mengenai bagaimana Nabi Muhammad  S.A.W. yang kita sayangi menangis kerana seorang yahudi. Dikisahkan bila Nabi tengok yahudi  mati, Nabi S.A.W menangis. Kenapa nak menangis plak? Nabi kata, walaupun dia yahudi, dia ummat aku..satu orang yang mati tanpa iman, aku akan ditanya di akhirat kelak.

Satu lagi kisah masa zaman Nabi juga, seorang telah dipotong tangannya, tapi Nabi menangis sebab kata Nabi s.a.w, seorang ummat aku telah kehilangan tangannya.

Kisah Syaidina Abu Bakar r.a tersalah bagi tanah, lantas dimarahi oleh Syaidina Umar r.a dan dengan serta merta Syaidina Abu Bakar memeluk Syaidina Umar dan berkata, 'Wahai Umar, aku dah cakap pada mula-mula engkau lantik aku dulu..aku tak pandai nak jadi ketua ni..aku tak pandai nak jadi khalifah ni..kau lah orang yang layak..' Maka Syaidina Umar terus menangis. Allahurrabi..

Lihatlah kawan, bagaimana pemimpin Agung kita menyalahkan dirinya. Lihatlah para sahabat Nabi s.a.w sanggup mengakui salah sendiri. Walaupun orang lain yang salah, kita kena menangis dan kata 'saya salah'. Sebab itu, kita kena sentiasa kata 'saya salah', sebab kita kena ada rasa sifat rendah diri. Kalau tiada rasa rendah diri maka susah kita nak mengaku kita salah.

Kita hari ini, agak-agak macam mana? Jauh sekali untuk menangis sebagaimana Syaidina Umar, lagi jauh dari sikap rendah diri sebagaimana Rasulullah s.a.w. Yang kita tahu, engkaulah yang salah. Nau'zubillahiminzalik.

Ya Allah.. Kurniakan kami sifat rendah diri. Jadikanlah kami orang yang sentiasa mengakui kesalahan.

Jadinya di sini, ingin sekali saya menjadi seperti Junjungan yang mulia.

Sahabat-sahabat : Saya salah, kerana saya..semuanya makin jauh antara satu sama lain. Terutamanya sahabat sekapal. Ukhwah kita renggang. Saya salah.

Segala yang kalian rasa saya salah, sila ampunkan saya. Saya yang salah. Allahurabbi..

..saya salah..

..Klik di sini untuk dapatkan motivasi pagi tersebut..
Ustaz tu namanya Ust. Ebit Lew,
Motivasi pagi untuk 15062012..
di IKIM.FM.

~ Maafkan saya.
~ Cintailah Allah.

Sunday, June 24, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.


Kalimah-kalimah besar hanya kepada Pemberi nikmat yang amat besar untuk ummat di akhir zaman ini. Allah telah memberi kemenangan. Kemenangan yang dinanti-nantikan oleh pencinta Islam. Kemenangan kepada Misro. Dengan izin Allah, setelah terjadinya revolusi besar-besaran dari rakyat Mesir pada 11 Februari 2011, hari ini (24 Jun 2012) sejarah telah mencatatkan suatu keajaiban dengan izin Allah rentetan daripada peristiwa itu apabila dengan rasminya Dr. Muhammad Mursi diumumkan sebagai presiden Mesir yang baru. Allahukbar!


"Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." [Ar-Rum : 1-6]


Kemenangan ini dirasai oleh semua penduduk dunia yang cinta akan Islam dan keadilan. Kemenangan ini diharapkan dapat memberi dan menyediakan jalan untuk kemenangan Islam seluruh dunia untuk masa akan datang. Pengharapan yang ada di dalam setiap jiwa yang inginkan Islam dijulang kembali. Allahuakbar! 

Segala usaha para pejuang dahulu, kini dirasai oleh ummat pada masa ini. Inilah janji Allah bagi orang-orang yang bersabar dalam perjuangan. Nikmat yang besar yang patut disyukuri oleh semua yang bersyahadahkan kalimah tauhid La Ilahaillallah, Muhammadan Rasulullah. Allahuakbar!

Bersyukurlah ummat dengan nikmat ini, dengan sentiasa mendoakan kemenangan untuk Islam. Walau apa cara sekalipun, selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah, lakukanlah apa sahaja untuk kembalikan Islam dijulang. Walaupun sekadar berusaha untuk berubah dan mengubah pemimpin yang zalim kepada yang adil. Allahuakbar!

Rakyat Mesir sudah membukti bahawa mereka cintakan Islam dengan memilih pemimpin yang benar-benar mengamalkan Islam. Tinggal lagi kita yang harus membuktikan sedemikian juga pada dunia, bahawa kita cintakan Islam dan akan memilih pemimpin yang cintakan Islam. Allahuakbar!

Demikian sedikit coretan khusus kepada negara-negara yang ingin memartabatkan Islam. Khususon ila Misra. Dan juga Malaysia amnya. Jom ubah dari yang tidak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Allahuakbar!

Dan juga untuk dijadikan catatan sejarah bagi ummat yang akan datang sebagai penguat dan pemangkin kepada kemenangan Islam. Semoga ianya menjadi bukti di akhirat kelak, aku juga inginkan kemenangan Islam. 

Wallahua'lam.

..Bandar yang bercahaya dengan kemenangan..


Cintailah Allah.
Cintailah Islam. 
Cintailah negara kita.
Wednesday, June 6, 2012
Bismillahirrahmanirrahim,

Kaku.
Kelu.

Teringat akan dosa,
Dalam masa yang sama rindu Pencipta,
Kenapa?
Kerana Allah sangat baik.

DAN,

Saat aku lemah,
Aku lupa,
Aku ada Tuhan yang boleh memberi aku kekuatan.

Saat aku lalai,
Aku lupa,
Aku ada Tuhan yang boleh memberi aku ingatan.

Padahalnya,
Aku hanya perlu minta,
Hanya pinta dari-Nya,
Pasti aku akan dapat kekuatan dan ingatan itu.
Kerana Allah sangat BAIK.

Ingatkan aku pada-Mu ya Allah.


Semuanya dari DIA
















~ Cintailah Allah.


Friday, May 18, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..



TAHUKAH ENGKAU, DIMANA IA BERSEMAYAM?

Tahukah engkau dimana ia bersemayam?

Dialah saudaramu..ke mana ia melangkah?

Sanggupkah matamu memandangnya?

Sedang matanya tak sanggup menatapmu?

Saudaramu hidup laksana sejarah

Berjalan beriringan mengikut langkahmu

Tanpa bahasa yang dapat menyapa

Bercucur air mata jika bersua

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Engkau bermurah hati tanpa pamrih

Memupus duka nestapa yang ia derita

Engkau memikul beban berat tanggungannya

Ketika letih pilu merasuk kedua bahunya

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya

Ketika syaitan datang memperdayanya

Engkau tersenyum bangga dengan ramuan buah akhindit

Engkau bahagia pula dengan kesuburan

Ladang dunia saudaramu

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu




From : Virus-virus Ukhwah
~ Rahmat Allah bersama ukhwah.
~ Cintailah Allah.


Sunday, April 22, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..


2, 3 hari ini berterusan dapat berita mengenai kematian.
Meninggalkan dunia ini.
Pergi menemui Yang Maha Esa.
Hingga membuatkan kita terfikir.
Masa untuk kita bila?


Kenapa Allah tak jemput kita awal?
Teringin untuk jumpa Allah.
Rasa yang tak dapat diungkap dengan sekadar tulisan.
Teringin untuk jumpa dengan Allah juga.


Ingatan buat sesiapa yang teringin juga.
Sangka baiklah dengan Allah.
Allah tahu kita macam mana lebih dari kita kenal kita.
Allah Maha Mengetahui.


Kita rasa kita dah tak mampu untuk sentiasa mengulangi salah yang sama.
Mungkin sebab itu, Allah nak kita hadap hidup ini untuk kita betulkan salah yang sama itu.
Hingga kita benar-benar tidak mengulangi salah yang sama.
Kenapa?


Sebab Allah nak jumpa kita dalam keadaan kita suci dari salah itu.
Jadi, Allah bagi peluang pada kita untuk kita betulkan.
Allah bagi dan terus bagi kita peluang tu.
Untuk kita juga.


Kita kena bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.
Allah sayang kita.
Allah pun 'teringin' jumpa kita.
Tapi mestilah kita dalam keadaan suci dari salah itu.


Kerana itu Allah tidak ambil kita lagi.
Bersabarlah duhai hati.
Betulkan salah itu.
Supaya kita bertemu dengannya dalam keadaan suci.




Bersabarlah.
Allah suka kita sabar.
Kalau kita sabar, dan betulkan salah itu.
Allah akan lebih-lebih lagi suka.


"Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Al-Ankabut : 5]

~Maafkan aku ya Allah.
~ Rindu Bertemu dengan-Nya.
~Cintailah Allah.





Tuesday, April 10, 2012
Bismillahirrahmanirrahim


"Tanggunjawab melebihi masa yang ada." Assyahid Imam Hassan Al-Banna. 

Bila seseorang tu memikirkan tanggungjawabnya yang ada, dia tidak akan berkesempatan untuk bergembira melainkan bergembira sambil melakukan tanggungjawab tersebut.

Tanggungjawab beb. 
Tanggungjawab pastinya akan dipersoalkan kat akhirat kelak. 

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Jelas hadis ini menceritakan mengenai tanggungjawab. 
Dalam Al-Quran apatah lagi.
Manusia-manusia yang tidak berasa bertanggungjawab atas dirinya adalah manusia yang dayus, yang terlalu mengikut hawa nafsu.
Apakah perasaan mereka mengenai tanggungjawab ini?
Tidak adakah perasaan mengenai tanggungjawab dalam diri mereka?

Allahurabbi,
Bantulah kami.
Sedarkanlah kami atas apa yang sepatutnya kami perlu sedar.
Hadirkanlah dalam hati-hati mengenai tanggungjawab ini.
Allhurabbi...

Wajib rasa.
~ Apa-apa yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan.
~ Cintailah Allah.

Friday, March 16, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam mencari erti sebuah keikhlasan, kita sering tersungkur. Kita merasakan diri sudah ikhlas dalam memberi, bercakap, bertugas. Rupa-rupanya tidak. Kalimah ikhlas amat sukar untuk kita merasainya. Bukan calang-calang orang yang berjaya bersifat dengannya.
Sekadar bercakap, 'aku ikhlas memberinya padamu', 'aku benar-benar ikhlas dalam hubungan ini', 'aku sayang kamu seikhlas hati', 'aku ikhlas buat kerja ni', semua itu hanyalah percakapan. Retorik.
Saya bercerita mengenai ikhlas, orang kata 'siapa kau untuk bercerita tentang ikhlas?'. Sememangnya itulah persis orang yang tidak ikhlas. Selalu mempertikai apa yang orang lain buat. Selalu mengungkit apa yang telah dibuat. Mengungkit-ungkit sebolehnya dalam mencari perhatian orang.
Dalam hal ini, saya cuba untuk memahami ikhlas. Mengimbau kembali kata-kata ustaz yang mengajar tentang ikhlas, pesan-pesan sahabat yang mengingatkan tentang ikhlas, dapat saya nyatakan bahawa ikhlas itu melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T. semata-mata.
Definisi ikhlas hanyalah ayat yang pendek, tetapi bagi merealisasikan amatlah memerlukan  proses pentarbiyyah yang panjang. Mana mungkin orang yang tidak diajar tentang ikhlas boleh menjiwai sifat tersebut. Dan proses didikan tersebut bukanlah hanya dengan menyatakan definisinya, kerana di setiap perkara ada ujiannya. Bagi membolehkan kita mendapatkan ijazah ikhlas. Haruslah kita meluluskannya. 
Saya sering berpesan pada diri, sesuatu ujian itu adalah indikator untuk kita menampakkan bahawa kita lulus atau tidak dengan ujian tersebut. Begitu juga dengan ikhlas, kita diuji untuk tidak mengungkit tetapi datangnya sifat inginkan perhatian orang terus meleburkan sifat ikhlas. Bermakna ujian ikhlas pada kali itu, gagal.
Kembali kepada keikhlasan. Ingin saya kongsikan di sini, ikhlas sebenarnya boleh dirasai oleh orang-orang sekeliling kita. Jika seseorang itu ikhlas maka perbuatannya, percakapannya dapat diterima orang. Orang mudah untuk mengikut dan memahami percakapannya. Orang akan merasai izzah bila bersama dengannya.
Si ikhlas sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia. Segala urusan dengannya terasa sangat mudah. Semua kerja yang dilakukan bersama seolah-olah senang sahaja. Sesekali teruji, si ikhlas hanya tersenyum. Hubungannya yang rapat dengan Allah menjadikan si ikhlas begitu. Allah sentiasa di hati.
Begitulah qanaahnya si ikhlas. Melakukan semuanya kerana Allah S.W.T. semata-mata. Yang tidak pernah marasai ikhlas, berusahalah merasainya. Yang sedang berjuang untuk menjadi mukhlisin, teruskan perjuangan. Yang sememangnya sentiasa ikhlas, andalah yang bertuah. 

..try lah..

Surah Al-Ikhlas [1-4]

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


~Ikhlaskanlah dirimu. 
~Semoga menjadi yang terbaik di sisi-sisi-Nya. 
~Cintailah Allah.



Wednesday, February 29, 2012

Bismilllahirrahmanirrahim..



"Ya Allah, kami mohon peliharaan-Mu dan kami mohon mempertaruhkan agama kami dan diri sendiri dan harta benda dan keluarga kami dan tiap-tiap seseuatu yang Engkau berikan kepada kami. 
Ya Allah, jadikanlah kami dalam peliharaan-Mu dan menjadi jiran-Mu dan kami harapkan benar keamanan-Mu dari sekalian kejahatan tiap-tiap syaitan yang ingkar dan kejam serta membesar diri. Dan kami mohon peliharaan-Mu dari penyakit dan dari manusia-manusia yang zalim, juga dari kejahatan tiap-tiap yang menyukai kejahatan, sesesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
Ya Allah, jadikanlah kami dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang tetap pendirian, kami mohon dijauhi dari sebab-sebab yang menjadikan penyesalan, baik di masa ini dan akan datang, sesesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. 
Ya Allah, selamatkan kami dari tiap-tiap bala bencana di dunia dan azab di akhirat dan singkirkan kami dari keburukan dunia dan akhirat, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Penyayang."

Amin Ya Rabbal Alamin.
~ Cintailah Ilahi.
Wednesday, February 15, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.


Melihat pada tajuk post ni, macam menakutkan je. Tapi betul-betul nak tahu kan?


Nak jadi hamba Allah yang baik ni, kena jadi baik.
Nak jadi baik ni, kena ada kebaikan dalam hati.
Nak ada kebaikan dalam hati, kena ada ilmu yang benar.
Nak ada ilmu yang benar, kena cari.
Nak cari ilmu, kena jumpa orang yang berilmu.
Titik.


Kita ni, kalau tiada kebaikan dalam diri, kita tidak akan berfikir macam mana nak jadi baik.
Kalau kita jenis orang yang tidak mencari kebaikan atau kebenaran makanya kita akan rugi.


Bagaimana menjadi hamba Allah yang baik?
Aah.
Macam mana ea?


Mulanya kita kena tahu baik ni apa?
Kenapa perlu jadi baik?


Baik ni apa?
Baik ni,

“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia.”
[Ustaz Pahrol]


Oo.


Kenapa perlu jadi baik?
Allah suka dan Allah suruh.


"Kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka berbuat kebaikan"
-Al-Baqarah(195)

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”
-Surah An-Nahl (90)

Tapi,
Bagaimana menjadi hamba Allah yang baik?

Hmm.

Banyak caranya.

Antaranya, cuba jauhi sifat-sifat mazmumah(yang tercela).
Dengki, buruk sangka, riya', takbur, zalim, malas, tak suka dengar peringatan, dll.


Cuba hayati sifat-sifat mahmudah (yang terpuji),
Redha, tawaduk, tidak cepat marah, sentiasa rasa berdosa, rindu Allah, sayang Allah, cinta Allah, dll.


Senang tak?


Susah la.


Tak de lah.
Susah tu sebab kita tak nak jadi baik.
Kalau kita nak jadi baik, senang je. 


Mulut cakap senang la.


Ala, sebelum fikir tak boleh buat..cuba buat dulu.


Ok.


InsyaAllah. Allah akan memudahkan sesiapa yang nak jadi hamba Allah yang baik.


~..Orang baik suka bertaubat..~


~ Jom jadi baik.
~ Cuba dulu, baru dapat dan rasa.
~ Cintailah Ilahi.  

 4:34 am.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak