Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, December 30, 2011


Buat teman yang dikejauhan,
Aku bukanlah sang sasterawan,
Yang bisa menyusun ayat,
Menjulang semangat,
Buat kau kuat.

Tapi aku cuma mahukan,
Kau sentiasa kuat,
Walau apa jua badai,
Yang menggoncang iman,

Buat teman yang dikejauhan,
Kau jangan gusar,
Dengan segala kepayahan,
Yang kau alami sekarang,

Dan akan datang.
Segala yang berlaku,
Pasti ada yang tersembunyi,
Disebaliknya hikmah,
Yang berpanjangan.

Buat teman yang dikejauhan,
Kita tidak tahu,
Musibah apa yang sedang terjadi,
Tapi kita tahu,
Yang menjadikannya,
Adalah Allah.

Kita cuma perlu yakin,
Dengan semangat keimanan,
Yang dikurniakanNya,
Kita harus sabar.

Buat teman yang dikejauhan,
Jangan sekali kau lemah,
Jangan sesekali kau gundah,
Sabarlah,
Allah suruh kita sabar.

Buat teman yang dikejauhan,
Ingat lagi janji Allah?
Allah tolong kita,
Sebab kita gerakkan agamaNya.

Yakin ye teman,
Usah gelisah,
Usah gentar,
Allah ada di sisi.

~ Cintaku buatmu teman..~
~ Ingat lagi tak hadis Nabi s.a.w, pasal cinta saudaranya? :)
~ Cintailah Ilahi.
Monday, December 26, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam,
Segala kerja semuanya tidak bermakna.
Segalanya menjadi tidak kena.

Yang baik nampak samar.
Yang buruk jelas diminda.

Tercari-cari kenapa.
Adakah ini petanda?
Adakah ini petaka?
Kiamat sudah tiba?

Hati yang baik.
Mula berbicara.
Kau sebenarnya.

Kurang beramal.
Banyak mainnya.
Kau buat aku kelam.
Yang putih jadi hitam.

Begitukah ceritanya?
Lantas apa yang harus ku buat?

Kau punya Tuhan yang baik.
Tuhan kau sentiasa ada.
Kembalilah padaNya.

Apakah ini suatu rahmat?
Seringkali terleka,
Seringkali juga diingatkan.

Setiap kali diingatkan.
Bersyukurlah.
Bersujudlah.












" (yaitu) orang-orang yang takut (azab) Tuhan-Nya, sekalipun tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari Kiamat."
Surah Al-Abiyya' [21:49]

~ Cintailah Ilahi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya yakin, ramai di kalangan kita sekarang ni dalam mood exam. Apa-apa pun, ingat Allah jangan lupa. Hidup hanya akan ceria kalau kita ingat Allah. Orang yang rasa dirinya ceria tanpa mengingati Allah, ceria itu bukanlah ceria yang benar.

Cuma satu nak ingatkan pada diri buat kali ini. Ingat Allah bukan hanya pada waktu kita kesempitan. Teringat suatu keadaan di mana si dia tersangatlah mengharapkan pertolongan Allah. Tetapi hanya ketika si dia kesempitan. Ketika kegembiraan, si dia lupakan Allah.

Jangan jadikan itu suatu ikutan, kerana Allah memberi kita setiap waktu. Tetapi kenapa kita tidak membalas pemberian Allah untuk sentiasa mengingatiNya. Jom ingat Allah selalu. Ingat Allah ketika duduk, baring, berdiri, bercakap, ketika tidur. 

Dan, untuk exam ni. Teruskan berusaha supaya kita tidak kecewa di kemudian hari. Disamping buku pelajaran, buku dari Allah jangan dilupa. Moga setiap yang dipelajari diberkatiNya.

~ Orang beriman itu, di hatinya ada Allah.
~ Cintailah Ilahi.
Monday, December 19, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Cuba untuk berkata pada diri. Hati yang sakit merupakan hati yang hidup. Sakit kerana nafsu cuba menggoda kita untuk melakukan segala jenis sifat buruk. Hati menjadi hidup, apabila kita berusaha melawan godaan nafsu tersebut. Apa kaitankan? Sesiapa sahaja pernah ada dalam hatinya sifat-sifat mazmumah (tercela). Cuba tanya pada diri sendiri, semasa wujudnya sifat-sifat tersebut contohnya rasa nak menunjuk-nunjuk (riya'), apa yang kita telah lakukan? 

Kita tunjuk barang tersebut kepada kawan sambil cakap (..dengan bangganya mempersembahkan...yuhuu..)?


Ataupun,


Kita cakap kepada mereka, (..aku ada hp android, ko hp buruk je..apa kelass..)


Dan lain-lain..
Kita lakukan dan dengan penuh bangga diri, tanpa merasakan semua itu milik Allah. Kita telah menjerat diri kita untuk ke neraka. 

Tetapi bagaimana pula dengan situasi ini, kita hanya terlintas di hati nak menunjuk-nunjuk? (tak tunjuk pun lagi). Dan kita menyedari apa yang terlintas itu adalah sifat mazmumah. Kemudian kita tidak jadi untuk menunjuk. Dan kita berusaha untuk tidak menunjuk. Oleh itu, kaitannya adalah hati yang hidup adalah hati yang  masih sedar akan perkara baik dan perkara buruk dan memilih akan kebaikkan. Dan hati yang mati adalah hati yang tidak sedar apa yang dilakukan itu adalah perkara jahat dan bertindak melaksanakan kejahatan tersebut.


Ada orang tanya, bagaimana hendak kita menilai sesuatu tersebut samada baik atau buruk? Nilaian baik buruk sesuatu perkara itu berdasarkan ilmu yang dimilikinya. Ada orang, merasakan yang baik itu buruk dan yang jahat itu baik. Orang itu adalah orang yang jahil. Mana mungkin seorang yang berilmu tidak tahu akan sesuatu kebaikkan dan keburukan. 

Jika ada yang mengatakan, akulah orang yang berilmu. Tetapi masih lagi melakukan kemaksiatan. Maka baginya adalah ilmu yang belum cukup-cukup lagi. Adakah kita ini baik, ataupun jahat? Kalau kita masih melakukan maksiat, maknanya kita jahat. Dan sebaliknya. Ingat, orang baik adalah orang yang melaksanakan perintah Allah.

Oleh itu, bilamana terdapat lintasan untuk melakukan kejahatan. Maka cepat-cepatlah kita kembali mengingati Allah. Nescaya Allah akan menghapuskan segala kejahatan yang ada dalam diri kita. Kalau kita tidak dapat mengingati Allah saat itu? InsyaAllah. Allah Maha Peyayang. Bila diberi keizinan untuk ingat padaNya, banyakkanlah beristighfar dan memohon keampunan dari Allah. Mudah-mudahan di lain masa, kita antara orang yang Allah jaga untuk tidak melakukan kemaksiatan kepadaNya. Amin.

Lintasan                                                                                     
~ Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. [Ar-Rad: 28]
~ Lintasan hati menjamin kesejahteraan ummah :)
~ Jauhkan diri dari sifat tercela.
~ Cintailah Ilahi.
Tuesday, December 6, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.

Allah,
Hadirlah sentiasa di hati ini,
Ku seru namaMu untuk Kau sentiasa di sisi,

Allah,
Andai beberapa ketika ku terlupakanMu,
Kau ingatkanlah aku kembali,
Kembali mengingatiMu.

Allah,
HadirMu di kala ku keterlupaan,
Menterjemahkan keHebatanMu,
Hebat dalam mengingati hambaMu.

Allah,
Aku hanya mampu bermadah,
Usaha dan dayaku adalah dariMu,
Ingatkan aku padaMu sentiasa,
Semoga aku dapat menatapMu di sana.

Allah,
Terima kasih atas kehadiranMu,
Setiap saat kuharapkanMu,
Aku sangat memerlukanMu.

Allah 
~ Siapalah aku di sisiMu.
~ Cintailah Ilahi.
Saturday, November 26, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Semua orang akan bercerita tentang tahun baru pada hari ini. Saya pun nak ucaplah juga, selamat tahun baru. Dah niat belum? Niat jap. ~_~ Dah, semoga dipermudahkan semua urusan untuk tahun ni. InsyaAllah. Nak bagi soalan ni, sape leh jawab tinggalkan jawapan ea? Hadiah tu, insyaAllah berbaloi-baloi iaitu ilmu. Soalannya macam soalan tadika, tapi jawapan kome pasti tepat. Pesanan awal, untuk mengelakkan ketidakadilan, jangan cari kat google ea. Nak tahu gak, adakah anda memang tahu atau anda masih ragu.

Soalannya,

Bilakah bulan Nabi s.a.w mula berhijrah?

Soalan dibuka sekarang! :)

Sambil-sambil layan otak cari jawapan, kat bawah ni ada satu puisi (kononnya) yang terjumpa dalam buku baru tadi, sesaje nak kongsi.

Apa yang kau tahu?
Senyum ^_^v
Senyum =)
Senyum :(

Hati berat bila membenci,
Membenci tidak = tak suka,
Kenapa tak suka?
Kerana ikhlasnya tiada,
Oh,
Tiada ikhlas ke mana?
Ke tempat yang tersembunyi di dalam hati.

Ikhlas!
Keluar kau dari sana!!!
Paksa ikhlas keluar.

Jangan mudah mengalah!
Kenapa nak mengalah?
Kerana apa nak mengalah?
Hah!
Mengalah?

Sudah-sudah,
Kamu hanya tahu menyoal.

Sediakan jawapannya.

Jawapannya cuma satu,
Ikhlas!

Dan di mana ikhlas itu?

Persoalan lagi, huh!

Oh ikhlas,

Senangnya kamu,
Paksa senyum,
Paksa terima walaupun sakit,

Gila.

Kalau dah paksa,
Bukan dinamakan ikhlas.

Kalau tak paksa,
Ikhlas datang ke?

Ikhlas adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah s.w.t.

Perlu ke paksa untuk melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t.

Sebelum sesuatu yang baik dan berat itu dilakukan,
Pastinya ada yang bukan diniatkan kerana Allah,

Oleh itu,
Paksalah diniatkan kerana Allah,

Sebab ikhlas akan datang,
Setelah pemaksaan tersebut.

   

~ Bersama-samalah, niatkan di awal tahun ini agar kita dijadikan Allah salah seorang daripada hamba-hambaNya yang bertaqwa.
~ sURAH aL-IKHLaS
~ Cintailah Ilahi.
Sunday, November 13, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Saya suka perkataan BAIK. Saya suka pada keBAIKkan. Saya suka pada orang BAIK. Saya sangat berminat untuk jadi BAIK. Ada apa dengan BAIK? Hanya 4 huruf yang bercantum menjadi satu perkataan BAIK dapat memberi kebahagiaan pada semua orang. Sesiapa yang tidak menyukai perkara BAIK adalah seseorang yang pelik lagi tidak bersyukur.

Adakah saya salah dalam memberi kenyataan terakhir pada perenggan di atas? Fikir-fikirkan. Kenapa la saya ni suka sangat dengan baik? Rasa macam nak jadi orang baik, tapi tak mampu. Hanya berharap pada usaha yang berterusan dan berdoa semoga kebaikkan sentiasa bersama kita. Susah sangat ke nak dapatkan kebaikkan ni? Hanya orang yang diuji dengan kejahatan yang dapat menjawabnya.

Apalah yang ada pada baik. Pada saya, bila melakukan kebaikkan segala masalah hilang. Tidaklah pula diketahui apa yang orang kebanyakkan rasa bila mereka melakukan kebaikkan. Apa-apa je bila berlaku kebaikkan, akan memudahkan segala cara. Tak percaya? Acu cubo try test sediri. Paling best bila berada di puncak kejahatan. Masa tu kalau kita buat kebaikkan, berganda-ganda keberkatan dari Allah.

Ada satu ayat cinta Allah yang sangat best. Allah cerita pasal kebaikkan. Saya lupa surah apa. Nanti saya letak kalau jumpa. Allah cakap, bersama dengan kebaikkan itu ada rahmat. Ya Allah, setiap kebaikkan yang kita lakukan ada kasih sayang Allah sebenarnya. Rasa sangat benda tu. Tak tahu nak kongsi macam mana. Hebatkan Allah.

Sebelum-sebelum ni saya ada tercari-cari dalil pasal setiap kejadian pasti ada hikmah. Tapi tak terjumpa. Tapi Allah ganti apa yang saya cari selama ni dengan ayat tu. Ayat tu buat saya terfikir, setiap kejadian ada hikmahkan? Pastukan, ayat tu kata bersama dengan kebaikkan tu ada rahmat. Jadinya, apa yang saya dapat setiap kejadian tu ada hikmah dan hikmah tu adalah datang dari rahmat Allah. Maha Suci Allah.

Comelkan. Sweet sangat dengan peringatan yang Allah bagi pada kita. Kalaulah semua orang faham sebagaimana saya faham, bestnya hidup ni. Kasih sayang Allah ada di mana-mana. Tak kira apa yang berlaku tu dalam keadaan musibah ataupun nikmat ada rahmat Allah. Allah Maha Hebat. Hebat sangat. Tak ternilai. Dan semestinya yang pasal kebaikkan tadi tu, ada kaitan juga dengan kasih sayang Allah. 

Buatlah baik, cintailah kebaikkan. Allah. JAdikanlah aku dan seluruh orang Islam tergolong dalam kebaikkan dan sentiasa dengan kebaikkan. Dari kebaikkanlah datangnya ketenangan. Allahurabbi. Segala kejahatan akan terbatal tatkala kebaikkan itu ada. Nah, cantikkan kebaikkan. 
BAik Itu CAntik.
~ Cintailah kebaikkan.

~ Cintailah Ilahi. 
Bismillahirrahmanirrahim..


X berkesempatan utk wat ayat sendiri,


Oleh itu saya ingin kongsikan ayat Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Copy skit,



“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.” [Ustaz Pahrol]


~ Cintailah Ilahi.
Friday, November 4, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz di wall FB beliau,



‎"Saya sering memikirkan peringatan-peringatan untuk disebut kepada rakyat jelata dan dilaksanakan di Kelantan. Kadang-kadang sedar tengah malam jika terlintas sesuatu terus ambil pen dan tulis. Idea ini umpama hujan yang turun, sewaktu ia turun kita perlu terus tadah jika ingin menggunakannya. Jika kita gagal menadah, ia akan kering begitu sahaja sekalipun ia turun dengan lebat. Jika menadah hujan dengan tempayan dan bekasnya, maka menadah idea ialah dengan menulis..."

Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar.

Berkesinambungan dengan blog kak Sufi yang meng'link'kan saya di fb beliau, tetiba saya terfikir apa je yang ada di blog saya? Cuba bayangkan sahabat kak Sufi baca post kak Sufi dan ter'klik' link ke blog saya, bila dah sampai ke sini. Macam tak de apa-apa je. Hanya tulisan-tulisan biasa yang tak mampu menolong mereka menambah pengetahuan. Kecewakah mereka. Maafkan saya bagi semua yang singgah secara ter'klik'. Apa-apa pun, terima kasih kak Sufi. 

Bila dikaitkan apa yang Tok Guru cakap dengan semua ni, semestinya perkaitannya adalah perihal penulisan. Betapa tinggi nilai penulisan dan idea. Tok Guru tersedar tengah malam lantas menulis kerana idea yang datang mencurah-curah. Dikatakan lagi, jika tidak ditadahnya, maka idea akan hilang. Nah, tinggi bukan nilai idea? 

Sesuatu yang berharga akan susah untuk didapati. Jadi, beginilah hal penulisan. Setiap bait ayat yang tertulis pada hari ini tidak akan sama dengan penulisan yang akan datang atau sebelumnya walaupun mempunyai maksud yang sama. Untunglah bagi sesiapa yang sentiasa menulis dan mengeluarkan idea-idea mereka melalui penulisan. 

Tapi bagaimana pula dengan penulisan saya? (Nak juga kaitkan) Tulisan yang tak seberapa. Hanya pandangan yang memang hadir tatkala rasa ingin menulis. Isinya kebanyakkan berkaitan dengan hati dan perasaan. Dan apa-apa yang terjadi disekeliling yang ingin saya ambil pengajaran, saya akan nukilkan di sini. Bolehlah dikatakan blog ini adalah blog peribadi penulis. Jadi apalah nilai penulisan saya.

Berbalik kepada kata-kata Tok Guru, idea umpama air hujan. Jika ingin menggunakannya, kita akan menadahnya. Jika kita tidak menadahnya, maka ia akan kering. Saya terkesan sebenarnya dengan kata-kata ni. Betullah, apa yang kita tulis sebelum-sebelum ni adalah peringatan untuk kita pada masa hadapan. 

Yeah, penulisan adalah satu peringatan. Pada saya itulah yang dimaksudkan Tok Guru 'jika ingin menggunakannya'. Kadang-kadangkan, bila kita baca semula penulisan kita. Kita akan dapat apa yang kita nak dari penulisan tu. Oo, sebenarnya begini-begini. Itulah peringatan, peringatan dari Allah.

Oleh itu, tidak apalah blog ini blog peribadi ke apa ke. Yang penting inilah penulisan saya. Setakat ni je yang mampu saya tulis. Tidak boleh lebih-lebih, kerana ilmu saya hanya setakat ini. Oleh itu, bagi yang kecewa dengan penulisan saya, tidak mengapa. Carilah penulisan lain yang lebih afdhal. Contohnya Al-Quran yang kita cintai. 
Allah punya kerja.
Apa-apa pun, untuk menulis ni niat kena betul. Jangan jadikan niat utama menulis adalah nak orang baca tulisan kita. Pastikan niat UTAMA kita untuk menulis adalah ingin mencari keredhaan Allah. Sebabnya dengan redha Allah lah yang mengizinkan orang membacanya. Kita tak minta semua tu, tetapi sebab Allah yang meredhakan bahawa tulisan yang di tulis kita atau si polan bin si polan akan dibaca oleh si polan bin si polan ini. 

Perlu diingatkan sekali lagi, apa-apa yang kita buat, kita fikir dan kita tulis semuanya dari Allah. Jadinya, apalah sangat harga kita menulis. Sebabnya kita ni pengantara je. Dan yang pastinya semua tu kerja Allah.  Samada penulisan kita ni sampai ke tak pada orang, Allah punya kerja. Kalau Allah tak izinkan makna penulisan tu sampai kepada pembaca, sekalipun kita menggunakan ayat bombastik, penulisan kita tetap tidak akan sampai. Wallahua'lam.


"Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentang(mu) - akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)." [29:48]
   


~ Nilai penulisan hanya pada Allah.
~ Penulisan yang sampai kepada pembaca yang membawa kita mengingati Allah adalah penulisan yang diberkati.
~ Cintailah Ilahi. 
Saturday, October 29, 2011
Bismillahirrahmannirrahim,

Cuba mengambil masa yang singkat untuk menulis akan hal ini. Manusia dan kata-kata. Tak boleh dipisahkan. Bercakap untuk berseronok, bercakap untuk menyampaikan isi hati, dan yang paling penting bercakap untuk menegakkan kebenaran. Hari ni nak sentuh sikit je pasal ni, lama terpendam dalam hati. 

Macam semua pernah dengar, 'Lidah lebih tajam dari mata pedang', (lebih kurang la) dan boleh membunuh jiwa orang yang mendengarnya. Menyebabkan jiwa orang mati walaupun masih bernyawa. Gara-gara lidah, ada yang bahagia, ada yang berduka dan ada yang jadi gila.

Ada apa dengan kata-kata? Disebalik kata-kata tersimpan seribu makna. Hanya dengan satu ayat, orang boleh mentafsirkan ayat tersebut dengan pelbagai maksud. Dan hanya orang yang berilmu yang dapat mentafsirkan makna sebenar dari kata-kata yang keluar. 

Kata-kata juga ada kaitan dengan hati. Kata-kata yang menggambarkan isi hati. Melihat kepada jenis percakapan orang cukup untuk kita mentafsirkan orang itu bagaimana. Samada dengan nada yang lembut, tegas, gurauan, perli dan keras. 

Orang yang sensistif tidak dapat menerima kata-kata yang kasar. Orang yang keras, berasa tidak selesa denagn kata-kata yang lembut. Hanya orang yang berjiwa kental yang dapat menelan semua jenis kata-kata. Yakni, orang yang sentiasa berlapang dada dan bersangka baik.

Perlu diingat, kita perlu merai setiap baris kata yang terucap. Sesiapa yang tidak boleh terima dengan kata-kata yang tidak menjiwai dirinya menandakan dia masih belum merai kata-kata kawannya. Yang berasakan hanya dirinya sahaja yang betul dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan bahawa, manusia punyai pandangan yang berbeza-beza. Dan pandangan tersebutlah yang membentuk setiap jawapan yang khusus untuk setiap permasalahan. Bezanya adakah cara penyampaian itu betul atau sebaliknya.

Untuk akhirnya, berhati-hatilah dengan kata-kata anda. Gunakan cara yang sesuai untuk berdepan dengan orang yang berlainan. Terimalah setiap kata-kata dengan memikirkan apa yang cuba disampaikan oleh pemberi ucapan.

kecek molek2 gak..
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.[An-Nahl : 125]

~ Kecek yang baik2 sahaja.
~ Cintailah Ilahi.


Monday, October 10, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Tanggal 8 Oktober 2011, seorang budak kecik yang comel macam Anna Altafunnisa telah datang ke rumah saya. Datangnya membawa seribu harapan, ingin berjumpa dengan saya yang telah lama kehilangannya. Tak de lah, kitorang bercadang nak wat liqa' dengan permata-permata baru di tempat lama kami. Tempat yang banyak mengajar erti hidup, erti kasih sayang sahabat, erti ukhwah kerana Allah dan lain2. 

Si budak kecik ni turun dari JB semata-mata untuk liqa' ini. Hebatkan. Maklumlah, hanya masa ni je kami mampu berbuat demikian. Masa depan belum tentu. Dan si kecik ni pun datanglah ke rumah saya, bermalam 1 malam. Pastinya, sayalah orang yang berbahagia pada hari itu. Segala yang tercatat pada hari itu adalah antara kenangan akan diingati. 'Riadah' (maklumlah berjalan p carik lauk utk masak), masak sama2, makan ramai2 dll.

Nak disimpulkan sebenarnya, sepanjang perjalanan hidup selama 2 hari bersama dengan si kecik ni. Kami banyak muhasabah diri. Imbau kenangan yang boleh dijadikan pengajaran. Antara yang paling penting yang disampaikan oleh beliau ialah AQIDAH TU PENTING! Dan saya mengakuinya. Satu perkara yang terkesan dari muhasabah diri tersebut adalah KEBERKATAN hidup. 

Bercerita tentang keberkatan ni, bila kita melihat kepada kehidupan kita seharian. Adakah selari dengan kehendak Allah s.w.t. Jika selari, maknanya hidup kita berkat. Kalau belum lagi, cuba2 cari jalan untuk mendapatkannya. Kerana, bila kita dah tak dapat keberkatan dari Allah. Kita yang rugi. Rugi di dunia dan akhirat. 


Apa yang saya nampak, keberkatan tu Allah tak akan bagi kalau kita tak jaga hidup kita ni elok-elok. Contohnya bermula dari kita buka mata, kita buat perkara-perkara yang sia-sia sehinggalah kita tutup mata pada malamnya. Kita langsung tak beri peringtan pada orang, kita langsung abaikan hal di sekeliling kita. Hanya buat hal sendiri. Solat sendiri, buat kerja sendiri, tak fikir pun orang lain, rumah pun kita abaikan. 


Apa yang kita buat tu langsung tidak memberi manfaat pada orang lain. Dan pada diri sendiri juga. Terukkan. Apa yang di buat hanyalah mengikut hawa nafsu semata-mata. Nafsu kata tak perlu la tolong dia tu, pandai-pandai la dia buat sendiri. Kita pun ikut. Nafsu kata cuba ko tengok video awek cun kat FB tu, kita pun tengok. Nafsu kata, tak perlu la solat sunat nawafil, banyak assignment nak kena hantar. Ada exam lagi. Kita pun tak wat yang sunat.


Nampakkan apa yang saya nampak? Kehidupan kita ni macam tak de apa2. Bangun tidur, makan, lepak jap, mandi, FB, study, malam tu tidur semula. Tak pernah nak fikir, umat Islam yang buat maksiat kat luar sana. Kalau tengok gambar orang buang bayi pun, sekadar tengok je. Oh kesiannya, jahat la mak budak ni wat macam tu. Bla, bla, bla. Lepas tu, kita masih wat benda sama. Esok pun macam tu.

Agak-agaknya, kalau Allah tak bagi kita ujian macam yang orang luar sana rasa, macam tu lah kita selamanya. Ulang benda sama. Tu kalo tak insaf la. Masyarakat kita dah makin jauh dengan Allah. Kita wat dono je. Kita yang tahu sikit-sikit tentang Allah ni pun macam tu. Memang hidup tak berkatlah. 



Hidup jadi malas nak fikir masalah ummat, hidup hanya nak tahu seronok je, hidup kalau tak rasa seronok hari-hari macam jadi masalah lak. Di situlah keberkatan hidup tu hilang. Ingat tak masa kecil-kecl dulu, kita baik sangat. Tapi bila dah besar, kitalah orang yang selalu leka. Sebab tulah, sebab hidup tak berkat.


Masa kecil dulu, awal-awal masuk sekolah. Semua arahan kita ikut je, selalu buat baik. Selalu tolong kawan. Sebab tu hidup berkat. Bila Allah bagi ilmu, tapi kita abaikan ilmu Allah. Langsung kita tak kongsi ilmu kita untuk tegakkan kebenaran. Macam mana nak berkat hidup ni? Buat baik pun susah. Masalah hati tak pernah settle. Sah, hidup kita tak berkat. 


Jadi, macam mana nak berkat hidup ni? Kalau nak berkat, perbanyakkanlah buat baik. Buat apa yang boleh bagi manfaat pada semua orang. Walaupun hal yang kecil, contohnya senyum. Buatlah apa-apa yang orang lain pun boleh rasa, hasil dari kita. Terutamanya, bagi peringatan pada orang. InsyaAllah, dipermudahkan segala rasa. 


Bila ujian diberi, kita tahu ujian tu dari Allah. Hadap je dan bersyukurlah sebab diberi ujian. Sedih, pilu, dengki, hasad, gelisah semua tu tak akan wujud dalam istilah hidup kita sebab keberkatan tu ada. Hal yang berat bagi orang lain, akan menjadi senang bagi kita. Sebab apa? Sebab hidup kita BERKAT. Wallahua'lam.



~ Buat perkara-perkara yang bermanfaat deh..

~Ya Allah, berkatilah hidupkun sahabat2ku, kelurgaku ini.
~ Bagilah peringtan, nescaya peringatan tu akan balik pada kita.. Sweet kan? ^_^

                   

~ Cintailah Ilahi. 
Wednesday, October 5, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.

Betul ke kita sayang Allah?
Bilamana,
Kita masih lagi kotorkan rumah,
Kita masih lagi sepah-sepahkan pakaian,
Kita masih lagi tak susun rak dengan kemas,
Padahal Allah sukakan kecantikan dan kebersihan.

Betul ke kita sayang Allah,
Bila mana,
Kita masih lagi buat perkara yang lagha,
Kita masih lagi mendengar lagu-lagu lagha,
Kita masih lagi menonton movie2 lagha,
Sedangkan Allah tak pernah menyukainya.

Betul ke kita sayang Allah,
Bila mana,
Kita masih lagi dengki dengan orang,
Kita masih lagi bercerita tentang orang,
Kita masih lagi tak puas hati dengan orang,
Tapi kita tahu Allah sangat pantang dengannya.

Betul ke kita sayang Allah,
Bila mana,
Kita masih lagi merungut letihnya,
Kita masih lagi boleh sebut malasnya,
Kita masih lagi memberi alasan dengan banyaknya,
Dan kita tahu Allah yang memberi setiap kerja-kerja dakwah.

Betul ke kita sayang Allah?
Kita sayang Allah ke?
Sayang Allah?
Apa tu?

Mengharapkan kita semua tidak tergolong dalam kalangan mereka-mereka ini..

Sebab kita kenal Allah siapa,
Apa hubungan kita dengan Allah,
Kita buat kerja kerana Allah,

Kita bukan orang yang lemah,
Kita bukan orang yang jauh dari Allah,
Kita bukan orang yang mendatangkan fitnah pada agama,

Kita adalah hamba Allah.

Sayanglah Allah sentiasa.
Niatlah di hati hati agar kita akan bertemu denganNya,
Semoga redha Allah bersama kita. 

Kita sayang Allah, atau Allah sayang kita?
"Daripada Abu hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, daripada keindahan Islam adalah seseorang yang meninggalkan sesuatu yang tidak bermanafaat terhadap dirinya" 

"Dan berilah peringatan kerana peringatan itu adalah bermanafaat bagi orang yang beriman." [Az-Zariyat : 55] 

 ~ Cintailah Ilahi.
Sunday, September 25, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Pembebelan kali ni, masih mengenai hati. Best woo cite pasal hati pada diri sendiri, muhasabah diri. Masa Ramadhan hari tu, hati masih lagi berfungsi dengan baik. Bila Ramadhan sudah berlalu, hati masih lagi meneruskan fungsinya dengan semakin baik. Hati yang halus lagi tulus seringkali terasa jauh dengan Allah. Kenapa terasa jauh itu datang? Sebab hati masih lagi berfungsi. Hati-hati bila bercerita tentang hati. =)

Macam mana hati berfungsi? Pandangan ini hanyalah terbit dari otak saya, dan x de kena mengena dengan yang yang hidup ataupun yang mati deh. Bagi saya, hati akan berfungsi bila hati tu bersih. Macam mana nak tahu hati tu bersih atau kotor? Haa, meh nok oyak. Pernah rasa kosong tak? Tetiba, "apesal dengan aku ni?  Tak de perasaan pun, tak rasa pun nak menangis, tapi tak juga rasa gembira." Pernah rasa tak? Kalo kamu dah pernah rasa macam tu, maksudnya kamu pernah rasa hati kosong. =)

Bila hati kosong, biasanya masa tu hati kita tak berapa nak bersih. Maksudnya, adalah tu dosa-dosa yang kita buat, tapi tak perasan. Dan seterusnya, bila dah tak rasa apa-apa ni, mula la perasaan-perasaan jahat merasuk. Tengok orang tu, ada je yang tak betul kat orang tu. Dengar je orang tu cakap, pasti ada yang tak berkenan. Apa yang orang tu buat semuanya salah. Timbul la penyakit hati pulok, abih bernanah la hati tu bila perasaan jahat merasuk. Takabbur, hasad, ujub, sum'ah dan sebagainya datang silih berganti. Jadilah hati tu, busuk dan berulat.

So, macam mana nak grab hati kita yang kosong dan jahat tu kembali pada Allah? Hanya Allah yang Maha Memberi yang boleh bagi kat kita. Hmm. Senang ke susah? Tengoklah pada pemilik hati itu, adakah dia berusaha untuk menjaga hatinya ataupun dia hanya membiarkan sahaja hatinya itu jadi buruk. Hati rosak. Hati cedera. Hati luka. Dan sebagainya.

Dalam hati ini, ada nama-Mu
Siapa yang berusaha menjaga hatinya akan disayang Allah sentiasa. Tapi macam mana ye? Pertama-pertamanya, kembalilah pada Allah. Kalau saat ni rasa kosong, cepat-cepat beristighfar. Cepat istighfar!!! Dah istighfar dah? Bagus2. Pastu, jom kenang kembali apa yang kita dah buat sehingga menyebabkan rasa kosong tu hadir dalam diri. Ada tak? Tak de! Hah, tak de? Bagusnya hang. Ok, bagi sesiapa yanga ada termasuklah saya yang tak berapa baik ni, eloklah kita cuba cari apa yang ingin Allah sampaikan melalui keburukan yang telah kita buat selama ini. 

Ingat!! Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sebab Allah akan bagi apa yang kita sangkakan pada Dia. Ok, bila kita dah nampak apa yang Allah ingin tunjukkan melalui kelakuan buruk kita tu, cepatlah2 ambil pengajaran darinya. Jangan ulang kesalahan yang sama. Yang mana kita rasa menyampah, menggeli, meluat dengan orang tu cepat2lah buang. Yang mana kita terbunuh, tersepak, terpenyek binatang tu, cepatlah mohon ampun dengan Allah sebab menyiksa makhluk-Nya. 

DAn yang paling best, hadirkanlah dalam hati kita-kita ni satu perasaan yang tidak boleh ditandingi dengan perasaan lain. Perasaan inilah yang akan membuat kita semua bahagia. Perasaan inilah yang mengisi kekosongan hati kita. Perasaan inilah yang akan membantu manusia jadi baik. Sesiapa yang menginginkan kebaikan hendaklah dihadirkan dalam hatinya dengan perasaan ini. Apakah dia? Perasaan yang semestinya wujud dalam hati setiap manusia tetapi tidak digunakan dengan betul. Iaitu SAYANG! 

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang cinta. Apapun yang kita buat atas dasar cinta, nescaya kita akan selamat di dunia dan akhirat. Ayuh sahabat, hadirkanlah rasa cintamu dan rasa sayangmu pada semua makhluk di dunia ni. Isilh kekosongan itu. Dan yang paling masyuk sekali adalah diisi dengan kasing sayang Tuhan. Kasih sayang Allah yang tidak ternilai dengan apa pun. Hanya orang yang dikehendaki yang merasainya dan hanya orang yang mencari yang akan dapat merasainya. KASIH SAYANG ALLAH.

Setelah membebel panjang-panjang pada diri ini, maka  dengan ini saya ingin menyimpulkan hati yang kosong itu wajib diisi. Jangan biarkan ia kosong lagi dan lagi. Sekali kita diberi taufiq dan hidayah, peganglah ia. Jangan biar ia pergi lagi. Sesiapa yang masih mencari taufiq dan hidayah, teruskan mencari. Anda akan ketemunya nanti. Dan bagi sesiapa yang berasa tidak perlu mencari taufiq dan hidayah, maka anda telah termasuk ke dalam golongan orang2 yang rugi. Wallahua'lam.

(31) Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang. [ Surah Al-Imran : 31]

~ Bersihkanlah hati.
~ Isilah hati yang kekosongan dengan kasih sayang.
~ Paling penting dalam hidup ini, carilah Cinta Allah.
~ Cintailah Ilahi.
Tuesday, September 6, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni nak wat ayat x skema. Apa pun boleh, blog kawe..meme la. Kawe yang tulis and kawe yang baca. Hmm. Tetiba terfkir, wat pe la tulis2 kat blog nie. Ntah apa-apa dop? Aiyyo, ape guna tajuk blog besar tebeng kat atas tu? Melihat, mendengar, berfikir dan mentafsir.. Ooo.. tu tujuannye tulis2 ni yer.. Maklum la, dah lama x menulis. X pasai2 kena ingatkan semula. Saya karang setiap post adalah untuk ingatan buat saya. Bukan untuk siapa2. Tetapi awat x tulis jer kat kitab? Hmm. Jadinye, sape2 yang terbaca apa2 yang saya tulis ni kira taqdir la yer. X rancang pun, Allah yang tetapkan. 

Jadinye, ni apa kes nie? Kes kali ni nak habiskan tulisan untuk tajuk yang ada part2 tu. Yola2. Lupakanlah masa kelammu. Masa terfikir tajuk nie, apa yang terbayang adalah hidup zaman2 muda dulu. Sungguh x disangka akan jadi mcm ni. Dari budak hingusan, hingga meniti zaman remaja yang penuh gila2 dan masuk zaman dewasa yang x dewasa2 nie. Oo Ya Allah. Engkau maha pengampun segala dosa.

Zaman budak saya x kesah. Masing2 pasti akan punyai kenangan manis dan pahit. Yang pasti masa tu x tanggung dosa sendiri lagi. Moga Allah ampunkan dosa kita yang mak ayah tanggung dulu. Bila masuk zaman remaja, macam2 perkara yang berlaku. Masa tu kita x faham yang kita diuji. Hanya tahu kita diuji oleh Allah, tetapi pengajaran dari apa yang diuji x meresap masuk ke jiwa. Memang gile2 semuanya hidup masa tu. Saya yakin dan pasti, setiap manusia kat dunia ni punyai kisah masing2. X kira la pahit atau manis.

Apa yang nak disampaikan kepada diri pada hari ini adalah ingatan yang ingin dilupakan dan kenapa perlu dilupakan? Perlu ker bicara pasal ni? Ntah la. Tengok la apa yang ada dalam otak ni yang bakal keluar. Saya pun x tahu. Tapi jari masih lagi bergerak. Zaman remaja yang banyak mengajar kita untuk mengenal Allah. Kadang2 terjadi sesuatu yang paling manis apabila masa tu dapat menghayati sepenuhnya rasa kasih dari Allah. Tetapi ada juga masa yang tetiba kita melakukan sesuatu yang Allah x suruh pun. Mungkin itulah ujian yang sebenarnya. 

Kenapa saya boleh cakap macam tu? Kita tengoklah semula apa yang berlaku dulu. Sebagai pengajaran untuk masa depan (masa sekarang) dan untuk dilupakan bila terkenangkan betapa Pemaafnya Tuhan kita. Allah. Allah sayang kita sgt2. Kalau Allah x izinkan apa yang berlaku masa zaman remaja itu berlaku sudah semestinya kita tidak mendapat pengajaran. Apa tidaknya? Bila mana apa yang kita lalui masa zaman remajalah yang akan menyuluh hidup kita pada zaman dewasa. Walaupun apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang memalukan buat kita sebagai hamba kepada Allah.

Contoh yang pertama. Kita sedia maklum, Allah kurniakan kita hati dan perasaan. Masa zaman remaja, kita mula merasai apa yang dianugerahkan itu. Kita tengok, semua kawan-kawan kita ada awek, gf, mak we @ teman wanita @ kawan perempuan (bg lelaki dan sebaliknya). X mungkin kita tidak rasa apa2 perasaan masa tu. Pasti akan rasa. Sebab itu adalah fitrah kurniaan Allah. Jadinya, kita akan mencari juga. Kalau yang paling x pandai, usha je kawan kepada kawan perempuan kawan kita. Faham? Pehe la.

Bila dah usha, hati pasti bergelora. Yang pasti bagi perempuan dan lelaki ada cas negatif dan positif. Itulah lumrah yang Allah jadikan. Dan Allah nak tengok kita guna fitrah tu dengan cara yang betul atau salah. Ye. Dan masa remaja, apa yang kita reti? Kita reti ikut dan ingin mencuba. Masa tu kita kenal Allah sebagai Tuhan tetapi kita x kenal Allah seperti yang sepatutnya. Jadinya, kita ikut kawan kita untuk mencari perempuan untuk diusha. Masa tu jiwa tengah x reti. Sebab tu lah Allah bagi reti.

Allah bagi kita seorang perempuan yang punyai hati yang sama macam kita. Orang kata kalau kita teringatkan seseorang, orang itu juga akan teringat akan kita. X tahu lah betul ke x. Xde pula dalil atau hujjah yang org tu guna. Tetapi yang pasti mcm betul. Asyik teringatkan perempuan tu dan tetiba perempuan tu bg respon. X tahulah perempuan tu tahu dari mana yang kita usha dia. Itulah titik permulaan Allah nak ajar kita. Setiap masa berlaku kebetulan. Kebetulan kita terserempak dengan perempuan yang kita usha. Dan dia pun senyum dan kita lagi la senyum. Masa tu jantung bagai nak luruh. Bagai nak tercabut. 

Allah test lagi. Kawan kita tu pun bagi no telefon perempuan tu. Apa lagi. Jiwa remaja. Bermula lah titik hitam dalam diri seorang remaja. Sudah pasti apabila dapat no tu, kita pun call lah. Perasaan yang x dapat digambarkan, betapa nikmatnya dapat dengar suara dan berbual-bual dengan perempuan tu. Apa yang dibualkan semuanya yang manis2. Perempuan tu mengadu kat kita segala masalah dia. Dan kita pastinya bahagia bila seseorang menghargai kita dan mempercayai kita untuk diberi tanggungjawab sebagai pendengar yang setia. 

Mencari cahaya
Tu baru permulaan, dan masuk la second level. Allah uji lagi. Ada baiknya kita jumpa perempuan tu. Syok apa. Dapat tengok wajah perempuan tu. Putih. Cantik. Menawan. Tetiba, satu cadangan di kepala wujud. Apa kata kalau kita jumpa perempuan tu. Nah, pergilah jumpa. Bila dah jumpa bergetarlah seluruh tubuh badan. Tanpa sepatah bicara, hanya melihat wajah. Begitulah seterusnya hingga beberapa kali perjumpaan. Tetapi bila Allah nak tetapkan Dia nak jaga kita. Allah hadirkan dalam hati, suatu perasaan yang tidak tenang.

Betul ke apa yang kita buat ni? Apa yang kita lakukan ni. Teringat ustaz ajar, pergaulan lelaki perempuan punya batas-batas tertentu. Tetapi apa batas kita apabila kita berbual ditelefon sesuatu yang tidak penting serta melihat wajahnya dengan penuh keasyikkan. Tetiba, kita jadi malu. Ya, kita telah melakukan suatu kemungkaran. Dan telah melakukan sesuatu yang terlarang dalam syariat Islam. Lantas kita putuskan hubungan dengan menyatakan kepada perempuan itu segala kebenaran dan kita nekad untuk tidak mengulanginya lagi di dalam satu2 surat yang pertama dan terakhir. 

Dan buat pertama kali juga kita bercakap dengannya secara berdepan, ''Bacalah surat itu dan fahamilah",  sambil berpaling pergi buat kali terakhir. Nah, itu akan terjadi kepada hamba-hamba Allah yang Dia Sayangi dan Kasihi. Tersedar dari dosa di pertengahan kemungkaran. Bagaimana pula dengan mereka-mereka yang terus dilalaikan oleh keasyikan kepada watak seorang perempuan? Bagaimana mereka ingin menghadapi pertanyaan Allah di akhirat kelak? Adakah mereka akan mendakwa bahawa Allah tidak menyedarkan mereka dalam berbuat kemungkaran di dunia? Mereka yang buta dan tuli kerana Allah telah utuskan Rasul dan diturunkanNya wahyu untuk disampaikan kepada mereka2 itu. Tetapi mereka itu tidak mahu mengambil pengajaran. Dapatkah mereka mendakwa Allah? Fikirkanlah.

Kelam
Kembali kepada realiti. Mengenai masa kelam yang suram. Zaman remaja kita yang dilalui dahulu penuh dengan dosa-dosa dan kemaksiatan. Apa pandangan kalian tentang kezaliman2 yang kita lakukan masa zaman remaja? Malukan? Bila teringat kembali, yaks. Sangat memalukan sehingga apa yang kita lakukan pada zaman dewasa ini serba x kena. Kadang2 terkata pada diri @#$%^! Secara lembut sikit, malunyer sgt2. X tahu nak letak muka kat mana. Kadang2 terfikir lebih baik mati daripada teringatkan kehidupan yang memalukan pada zaman remaja dahulu. Malu pada Allah. 

Apa yang disampaikan ialah masa kelam kita yang memalukan itulah yang mengajar kita menjadi lebih baik pada masa sekarang yakni masa dewasa. Jika kita tidak melalui saat remaja yang demikian, kita pasti tidak akan mengetahui buruk baiknya sesuatu perkara. Dan pasti kita akan melakukan juga saat kita sudah dewasa disebabkan ketidaktahuan kita mengenai sesuatu perkara itu. Dan janganlah difikirkan di sini sesuatu yang buruk itu hanya satu contoh di atas. Pelbagai keburukan yang kita lakukan pada masa lalu itulah yang mengajar kita erti kehidupan. 

Bilamana dinyatakan di sini seolah2 kita seharusnya melalui perkara buruk tersebut sebelum menjadi dewasa. Tidak. Yang dinyatakan di sini adalah salah satu drpd berbilion2 contoh ujian yang Allah berikan kepada kita supaya kita lebih berhati-hati dan berkongsi peringatan kita sesama hamba Allah. Oleh itu, lupakanlah masa kelammu yang memalukan itu dengan mengingati bahawa Allah itu Maha Pengampun segala dosa. Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi akal oleh-Nya untuk kita berfikir mana-mana yang terbaik buat kita mengikut ajaran Allah s.w.t. Maka beruntunglah orang2 yang diberi peringtan. 

Cahaya
~ "Dan perumpamaan (orang yang menyeru) orang-orang kafir adalah seperti penggembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja . Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti." (QS. 2:171)

~ Cintailah Ilahi.
Thursday, August 11, 2011

Bismillahirahmanirrahim.

Sahabat, hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Bermakna lagi 27 hari tiggal berbaki. Dalam menelurusi hari-hari dalam ramadhan yang telah berlalu, kita seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk menghayatinya pada tahun 1432 Hijrah ini. Jika dibandingkan dengan hamba-hamba Allah di luar sana, ada yang pergi menghadap-Nya sebelum sempat Ramadhan tahun ini menyapa dalam masa beberapa bulan selepas Ramadhan tahun lalu pergi. Beruntungkan kita?

Sahabat, sudahkah kamu memasang niat pada hari pertama Ramadhan tahun ini? Niat untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Masih belum terlambat untuk berniat memohon kepada Rabbul ‘Alamin agar diberi taufiq dan hidayah-Nya dalam bulan Ramadhan kali ini. Sesungguhnya beruntunglah mereka-mereka yang dikurniakan anugerah itu.

Sahabat, jika kita merenung kembali masa lalu kita. Mengingati detik-detik yang berlalu tanpa apa-apa amalan yang kita lalukan untuk menampung jumlah dosa yang semakin bertambah sehari demi sehari selepas Ramadhan lalu berakhir. Apakah mungkin dapat menebusnya kembali untuk kesilapan lalu. Renungkanlah dosa itu untuk dihitung, berapakah yang masih berbaki untuk ditebus dengan air mata penyesalan pada bulan mulia ini. Renungkanlah.

Sahabat, merintihlah dengan nama Tuhan-Mu dengan penuh kehinaan mengharapkan pengampunan dari Allah yang Maha Pengampun segala dosa. Merayulah kepada Tuhan-Mu agar diberi keampunan-Nya untukmu yang hanya seorang hamba yang hina. Ampunkanlah aku ya Allah, ampunkanlah aku ya Allah.

~ Cintailah Ilahi.
~ Bersambung...
                                                                                                   3 ogos 2011 6.12 A.M

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni 9 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 9 ogos 2011. Bermakna sudah masuk hari kesembilan kita berpuasa. Maka 9 hari jugalah segala dosa-dosa lalu bermain-main di kepala. Tidak terhitung hanya dengan jari, malah dikira dengan jari kaki pun masih tidak dapat menampung dosa-dosa yang kita lakukan pada 11 bulan yang lalu selepas bulan pengampunan tahun 1431 H berlalu.

Sahabat, masih terbayangkah saat-saat terjadinya peristiwa-peristiwa yang memalukan yakni kejadian-kejadian dosa yang kita lakukan itu? Ataukah masih tidak terasa apa-apa kerana yang terbayang hanya saat gembira yang berlegar-legar di kotak pemikiran? Nauzubillah. Mohon dijauhkan. Cuba anda bayangkan saat anda menjadi seorang yang sangat pemarah pada ketika itu.

Marah kerana orang yang dihadapan anda mengatakan sesuatu perkara yang anda tidak suka mendengarnya. Ataupun marah kerana barang anda dicuri. Ataupun marah kerana ada orang yang menggangu mood study anda. Bayangkan. Bayangkan. Mustahil sepanjang 11 bulan yang lalu anda tidak pernah memarahi sesiapa walaupun hanya sekadar lintasan dalam hati. Bayangkan.

Cuba ingat lagi saat itu, apa yang bermain di kepala ketika itu? Sumpah seranah. Caci maki. Benci membenci. Berharap agar tidak akan berjumpa dengan orang yang anda marah. Tertanya-tanya kenapa anda mesti berhadapan dengan orang seperti itu. Mendoakan agar si dia mendapat pembalasan di dunia dan akhirat. MasyaAllah. Anda pernah terlibat dengan situasi tersebut?

Jika anda pernah terlibat, bermakna anda adalah insan normal yang dikurniakan nafsu amarah. Bersyukurlah. Tetapi bagaimana cara anda menghadapi situasi yang sudah berlaku itu? Adakah anda menggunakan kurniaan Allah itu dengan cara yang betul? Jika anda menghadapinya dengan istighfar dan taubat, maka beruntunglah anda.

Tetapi jika hingga ke saat ini anda masih tidak dapat melupakan peristiwa itu, malah amarah itu bertukar menjadi dendam. Nahas anda. Anda kini berada dalam zon bahaya. Zon yang bakal menghampirkan anda dengan neraka. Mohon dijauhkan. Walaupun demikian, anda masih lagi beruntung. Masih lagi menjadi kesayangan Allah, jika anda menghargai Ramadhan ini.

Masih lagi berbaki 21 hari untuk membaiki segala jalan yang anda telah lalui. Maafkanlah kesalahan insan itu. Jadilah anda orang yang memaafkan kerana Allah sangat menyukai sifat tersebut. Jika anda berjaya berbuat demikian pada hari ini, tahniah saya ucapkan. Anda telah berjaya melalui ujian amarah. Ujian yang julung-julung kali diadakan oleh Allah. Hanya untuk hambaNya.

Pasti anda kini sedang merasai kemanisan kemenangan keberjayaan anda dalam menghadapi ujian tersebut. Tanda orang yang berjaya dalam ujian adalah anda redha dengan apa yang terjadi walaupn diri anda malu dengan kejadian tersebut. Ingatlah, kita bukan siapa-siapa di kalangan manusia. Kita hanyalah manusia biasa di sisi manusia lain dan hamba yang hina di sisi Allah s.w.t.

~ Cintailah Ilahi.
~ Bersambung...                                                                                 9 Ogos 2011 9.59 AM



Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak