Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, July 30, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..


Tiada kata yang mampu kita ucap bilamana masih lagi di beri nikmat berpuasa pada tahun ini. CUba kenang kembali, selepas Ramadhan tahun lalu.. Apa yg kita niatkan? Ingin menjadi insan terbaik..? Adakah terlaksana niat kita semasa Ramadhan tahun lalu? Kalau belum, apa yang perlu kita lakukan?


Jika dulu kita mencari cinta Allah tetapi terlalai seketika,
Masih ada waktu untuk kita kembali mencari cinta-Nya.

Niat betul-betul.
Tekadkan azam.
Bulatkan usaha.

Jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun lepas.
Carilah keberkatan darinya.
Semoga diRahmati-Nya.


Salam Ramadhan. 
Cintailah Allah.
10 Ramadhan 1433H
30 July 2012
11.16 p.m
Thursday, July 5, 2012
Bismillahirahmanirrahim..

Cerita dalam cerita akan dikongsi di sini, semoga ianya menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua.

(Yang ni sekadar bunga-bunga cerita)
Balik hari tu (ba'da khamsah syahr) tak balik.. Hati penuh berbunga, moga pertemuan dengan kedua orang tua mendapat keberkatan walhal ketika itu dalam musim exam.. Walaupun balik kampung hanya sehari kat rumah (Melaka-Kelantan) 2 hari atas bas, keseluruhan 3 hari masa berlalu..ianya tetap dalam ketenangan selepas bertemu mata dengan ma dan abah. Kurniakanlah keberkatan dan keredhaan itu Ya Allah.

(Yang ni baru betul)
Nak dikongsikan di sini..masa dalam bas nak balik rumah dari KB ke RP, terdengarlah motivasi pagi yang tak dapat dikenali pasti siapa penyampainya, (sekarang ni, dah jumpa siapa..) tetapi pengisian darinya masa itu sangat menyentuh hati ini. Dan diniatkan untuk dikongsi bersama. Maka tercipta la post kali ini setelah beberapa ketika ditangguhkan.

Apa yang nak dikongsi di sini adalah berkaitan dengan kebiasaan kita dalam kehidupan seharian. Seringkali menyalahkan orang, benda, tempat dan sebagainya. 

"Sebab dialah, aku jadi macam ni"
"Sebab batu tu lah, aku jatuh"
"Sebab tempat tu jauhlah, aku lambat sampai"


Kadang-kadang, alasan yang tak masuk akal kita selalu berikan pada orang untuk menyatakan kitalah yang betul.

Allahurabbi..

Moga dijauhkan dari sikap sebegini.

Kembali kepada perbincangan asal, antara kisah-kisah yang menyentuh hatiku iaitu apabila dikisahkan mengenai bagaimana Nabi Muhammad  S.A.W. yang kita sayangi menangis kerana seorang yahudi. Dikisahkan bila Nabi tengok yahudi  mati, Nabi S.A.W menangis. Kenapa nak menangis plak? Nabi kata, walaupun dia yahudi, dia ummat aku..satu orang yang mati tanpa iman, aku akan ditanya di akhirat kelak.

Satu lagi kisah masa zaman Nabi juga, seorang telah dipotong tangannya, tapi Nabi menangis sebab kata Nabi s.a.w, seorang ummat aku telah kehilangan tangannya.

Kisah Syaidina Abu Bakar r.a tersalah bagi tanah, lantas dimarahi oleh Syaidina Umar r.a dan dengan serta merta Syaidina Abu Bakar memeluk Syaidina Umar dan berkata, 'Wahai Umar, aku dah cakap pada mula-mula engkau lantik aku dulu..aku tak pandai nak jadi ketua ni..aku tak pandai nak jadi khalifah ni..kau lah orang yang layak..' Maka Syaidina Umar terus menangis. Allahurrabi..

Lihatlah kawan, bagaimana pemimpin Agung kita menyalahkan dirinya. Lihatlah para sahabat Nabi s.a.w sanggup mengakui salah sendiri. Walaupun orang lain yang salah, kita kena menangis dan kata 'saya salah'. Sebab itu, kita kena sentiasa kata 'saya salah', sebab kita kena ada rasa sifat rendah diri. Kalau tiada rasa rendah diri maka susah kita nak mengaku kita salah.

Kita hari ini, agak-agak macam mana? Jauh sekali untuk menangis sebagaimana Syaidina Umar, lagi jauh dari sikap rendah diri sebagaimana Rasulullah s.a.w. Yang kita tahu, engkaulah yang salah. Nau'zubillahiminzalik.

Ya Allah.. Kurniakan kami sifat rendah diri. Jadikanlah kami orang yang sentiasa mengakui kesalahan.

Jadinya di sini, ingin sekali saya menjadi seperti Junjungan yang mulia.

Sahabat-sahabat : Saya salah, kerana saya..semuanya makin jauh antara satu sama lain. Terutamanya sahabat sekapal. Ukhwah kita renggang. Saya salah.

Segala yang kalian rasa saya salah, sila ampunkan saya. Saya yang salah. Allahurabbi..

..saya salah..

..Klik di sini untuk dapatkan motivasi pagi tersebut..
Ustaz tu namanya Ust. Ebit Lew,
Motivasi pagi untuk 15062012..
di IKIM.FM.

~ Maafkan saya.
~ Cintailah Allah.

Sunday, June 24, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.


Kalimah-kalimah besar hanya kepada Pemberi nikmat yang amat besar untuk ummat di akhir zaman ini. Allah telah memberi kemenangan. Kemenangan yang dinanti-nantikan oleh pencinta Islam. Kemenangan kepada Misro. Dengan izin Allah, setelah terjadinya revolusi besar-besaran dari rakyat Mesir pada 11 Februari 2011, hari ini (24 Jun 2012) sejarah telah mencatatkan suatu keajaiban dengan izin Allah rentetan daripada peristiwa itu apabila dengan rasminya Dr. Muhammad Mursi diumumkan sebagai presiden Mesir yang baru. Allahukbar!


"Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." [Ar-Rum : 1-6]


Kemenangan ini dirasai oleh semua penduduk dunia yang cinta akan Islam dan keadilan. Kemenangan ini diharapkan dapat memberi dan menyediakan jalan untuk kemenangan Islam seluruh dunia untuk masa akan datang. Pengharapan yang ada di dalam setiap jiwa yang inginkan Islam dijulang kembali. Allahuakbar! 

Segala usaha para pejuang dahulu, kini dirasai oleh ummat pada masa ini. Inilah janji Allah bagi orang-orang yang bersabar dalam perjuangan. Nikmat yang besar yang patut disyukuri oleh semua yang bersyahadahkan kalimah tauhid La Ilahaillallah, Muhammadan Rasulullah. Allahuakbar!

Bersyukurlah ummat dengan nikmat ini, dengan sentiasa mendoakan kemenangan untuk Islam. Walau apa cara sekalipun, selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah, lakukanlah apa sahaja untuk kembalikan Islam dijulang. Walaupun sekadar berusaha untuk berubah dan mengubah pemimpin yang zalim kepada yang adil. Allahuakbar!

Rakyat Mesir sudah membukti bahawa mereka cintakan Islam dengan memilih pemimpin yang benar-benar mengamalkan Islam. Tinggal lagi kita yang harus membuktikan sedemikian juga pada dunia, bahawa kita cintakan Islam dan akan memilih pemimpin yang cintakan Islam. Allahuakbar!

Demikian sedikit coretan khusus kepada negara-negara yang ingin memartabatkan Islam. Khususon ila Misra. Dan juga Malaysia amnya. Jom ubah dari yang tidak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Allahuakbar!

Dan juga untuk dijadikan catatan sejarah bagi ummat yang akan datang sebagai penguat dan pemangkin kepada kemenangan Islam. Semoga ianya menjadi bukti di akhirat kelak, aku juga inginkan kemenangan Islam. 

Wallahua'lam.

..Bandar yang bercahaya dengan kemenangan..


Cintailah Allah.
Cintailah Islam. 
Cintailah negara kita.
Wednesday, June 6, 2012
Bismillahirrahmanirrahim,

Kaku.
Kelu.

Teringat akan dosa,
Dalam masa yang sama rindu Pencipta,
Kenapa?
Kerana Allah sangat baik.

DAN,

Saat aku lemah,
Aku lupa,
Aku ada Tuhan yang boleh memberi aku kekuatan.

Saat aku lalai,
Aku lupa,
Aku ada Tuhan yang boleh memberi aku ingatan.

Padahalnya,
Aku hanya perlu minta,
Hanya pinta dari-Nya,
Pasti aku akan dapat kekuatan dan ingatan itu.
Kerana Allah sangat BAIK.

Ingatkan aku pada-Mu ya Allah.


Semuanya dari DIA
















~ Cintailah Allah.


Friday, May 18, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..



TAHUKAH ENGKAU, DIMANA IA BERSEMAYAM?

Tahukah engkau dimana ia bersemayam?

Dialah saudaramu..ke mana ia melangkah?

Sanggupkah matamu memandangnya?

Sedang matanya tak sanggup menatapmu?

Saudaramu hidup laksana sejarah

Berjalan beriringan mengikut langkahmu

Tanpa bahasa yang dapat menyapa

Bercucur air mata jika bersua

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Engkau bermurah hati tanpa pamrih

Memupus duka nestapa yang ia derita

Engkau memikul beban berat tanggungannya

Ketika letih pilu merasuk kedua bahunya

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya

Ketika syaitan datang memperdayanya

Engkau tersenyum bangga dengan ramuan buah akhindit

Engkau bahagia pula dengan kesuburan

Ladang dunia saudaramu

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu




From : Virus-virus Ukhwah
~ Rahmat Allah bersama ukhwah.
~ Cintailah Allah.


Sunday, April 22, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..


2, 3 hari ini berterusan dapat berita mengenai kematian.
Meninggalkan dunia ini.
Pergi menemui Yang Maha Esa.
Hingga membuatkan kita terfikir.
Masa untuk kita bila?


Kenapa Allah tak jemput kita awal?
Teringin untuk jumpa Allah.
Rasa yang tak dapat diungkap dengan sekadar tulisan.
Teringin untuk jumpa dengan Allah juga.


Ingatan buat sesiapa yang teringin juga.
Sangka baiklah dengan Allah.
Allah tahu kita macam mana lebih dari kita kenal kita.
Allah Maha Mengetahui.


Kita rasa kita dah tak mampu untuk sentiasa mengulangi salah yang sama.
Mungkin sebab itu, Allah nak kita hadap hidup ini untuk kita betulkan salah yang sama itu.
Hingga kita benar-benar tidak mengulangi salah yang sama.
Kenapa?


Sebab Allah nak jumpa kita dalam keadaan kita suci dari salah itu.
Jadi, Allah bagi peluang pada kita untuk kita betulkan.
Allah bagi dan terus bagi kita peluang tu.
Untuk kita juga.


Kita kena bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.
Allah sayang kita.
Allah pun 'teringin' jumpa kita.
Tapi mestilah kita dalam keadaan suci dari salah itu.


Kerana itu Allah tidak ambil kita lagi.
Bersabarlah duhai hati.
Betulkan salah itu.
Supaya kita bertemu dengannya dalam keadaan suci.




Bersabarlah.
Allah suka kita sabar.
Kalau kita sabar, dan betulkan salah itu.
Allah akan lebih-lebih lagi suka.


"Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Al-Ankabut : 5]

~Maafkan aku ya Allah.
~ Rindu Bertemu dengan-Nya.
~Cintailah Allah.





Tuesday, April 10, 2012
Bismillahirrahmanirrahim


"Tanggunjawab melebihi masa yang ada." Assyahid Imam Hassan Al-Banna. 

Bila seseorang tu memikirkan tanggungjawabnya yang ada, dia tidak akan berkesempatan untuk bergembira melainkan bergembira sambil melakukan tanggungjawab tersebut.

Tanggungjawab beb. 
Tanggungjawab pastinya akan dipersoalkan kat akhirat kelak. 

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Jelas hadis ini menceritakan mengenai tanggungjawab. 
Dalam Al-Quran apatah lagi.
Manusia-manusia yang tidak berasa bertanggungjawab atas dirinya adalah manusia yang dayus, yang terlalu mengikut hawa nafsu.
Apakah perasaan mereka mengenai tanggungjawab ini?
Tidak adakah perasaan mengenai tanggungjawab dalam diri mereka?

Allahurabbi,
Bantulah kami.
Sedarkanlah kami atas apa yang sepatutnya kami perlu sedar.
Hadirkanlah dalam hati-hati mengenai tanggungjawab ini.
Allhurabbi...

Wajib rasa.
~ Apa-apa yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan.
~ Cintailah Allah.

Friday, March 16, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam mencari erti sebuah keikhlasan, kita sering tersungkur. Kita merasakan diri sudah ikhlas dalam memberi, bercakap, bertugas. Rupa-rupanya tidak. Kalimah ikhlas amat sukar untuk kita merasainya. Bukan calang-calang orang yang berjaya bersifat dengannya.
Sekadar bercakap, 'aku ikhlas memberinya padamu', 'aku benar-benar ikhlas dalam hubungan ini', 'aku sayang kamu seikhlas hati', 'aku ikhlas buat kerja ni', semua itu hanyalah percakapan. Retorik.
Saya bercerita mengenai ikhlas, orang kata 'siapa kau untuk bercerita tentang ikhlas?'. Sememangnya itulah persis orang yang tidak ikhlas. Selalu mempertikai apa yang orang lain buat. Selalu mengungkit apa yang telah dibuat. Mengungkit-ungkit sebolehnya dalam mencari perhatian orang.
Dalam hal ini, saya cuba untuk memahami ikhlas. Mengimbau kembali kata-kata ustaz yang mengajar tentang ikhlas, pesan-pesan sahabat yang mengingatkan tentang ikhlas, dapat saya nyatakan bahawa ikhlas itu melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T. semata-mata.
Definisi ikhlas hanyalah ayat yang pendek, tetapi bagi merealisasikan amatlah memerlukan  proses pentarbiyyah yang panjang. Mana mungkin orang yang tidak diajar tentang ikhlas boleh menjiwai sifat tersebut. Dan proses didikan tersebut bukanlah hanya dengan menyatakan definisinya, kerana di setiap perkara ada ujiannya. Bagi membolehkan kita mendapatkan ijazah ikhlas. Haruslah kita meluluskannya. 
Saya sering berpesan pada diri, sesuatu ujian itu adalah indikator untuk kita menampakkan bahawa kita lulus atau tidak dengan ujian tersebut. Begitu juga dengan ikhlas, kita diuji untuk tidak mengungkit tetapi datangnya sifat inginkan perhatian orang terus meleburkan sifat ikhlas. Bermakna ujian ikhlas pada kali itu, gagal.
Kembali kepada keikhlasan. Ingin saya kongsikan di sini, ikhlas sebenarnya boleh dirasai oleh orang-orang sekeliling kita. Jika seseorang itu ikhlas maka perbuatannya, percakapannya dapat diterima orang. Orang mudah untuk mengikut dan memahami percakapannya. Orang akan merasai izzah bila bersama dengannya.
Si ikhlas sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia. Segala urusan dengannya terasa sangat mudah. Semua kerja yang dilakukan bersama seolah-olah senang sahaja. Sesekali teruji, si ikhlas hanya tersenyum. Hubungannya yang rapat dengan Allah menjadikan si ikhlas begitu. Allah sentiasa di hati.
Begitulah qanaahnya si ikhlas. Melakukan semuanya kerana Allah S.W.T. semata-mata. Yang tidak pernah marasai ikhlas, berusahalah merasainya. Yang sedang berjuang untuk menjadi mukhlisin, teruskan perjuangan. Yang sememangnya sentiasa ikhlas, andalah yang bertuah. 

..try lah..

Surah Al-Ikhlas [1-4]

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


~Ikhlaskanlah dirimu. 
~Semoga menjadi yang terbaik di sisi-sisi-Nya. 
~Cintailah Allah.



Wednesday, February 29, 2012

Bismilllahirrahmanirrahim..



"Ya Allah, kami mohon peliharaan-Mu dan kami mohon mempertaruhkan agama kami dan diri sendiri dan harta benda dan keluarga kami dan tiap-tiap seseuatu yang Engkau berikan kepada kami. 
Ya Allah, jadikanlah kami dalam peliharaan-Mu dan menjadi jiran-Mu dan kami harapkan benar keamanan-Mu dari sekalian kejahatan tiap-tiap syaitan yang ingkar dan kejam serta membesar diri. Dan kami mohon peliharaan-Mu dari penyakit dan dari manusia-manusia yang zalim, juga dari kejahatan tiap-tiap yang menyukai kejahatan, sesesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
Ya Allah, jadikanlah kami dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang tetap pendirian, kami mohon dijauhi dari sebab-sebab yang menjadikan penyesalan, baik di masa ini dan akan datang, sesesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. 
Ya Allah, selamatkan kami dari tiap-tiap bala bencana di dunia dan azab di akhirat dan singkirkan kami dari keburukan dunia dan akhirat, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Penyayang."

Amin Ya Rabbal Alamin.
~ Cintailah Ilahi.
Wednesday, February 15, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.


Melihat pada tajuk post ni, macam menakutkan je. Tapi betul-betul nak tahu kan?


Nak jadi hamba Allah yang baik ni, kena jadi baik.
Nak jadi baik ni, kena ada kebaikan dalam hati.
Nak ada kebaikan dalam hati, kena ada ilmu yang benar.
Nak ada ilmu yang benar, kena cari.
Nak cari ilmu, kena jumpa orang yang berilmu.
Titik.


Kita ni, kalau tiada kebaikan dalam diri, kita tidak akan berfikir macam mana nak jadi baik.
Kalau kita jenis orang yang tidak mencari kebaikan atau kebenaran makanya kita akan rugi.


Bagaimana menjadi hamba Allah yang baik?
Aah.
Macam mana ea?


Mulanya kita kena tahu baik ni apa?
Kenapa perlu jadi baik?


Baik ni apa?
Baik ni,

“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia.”
[Ustaz Pahrol]


Oo.


Kenapa perlu jadi baik?
Allah suka dan Allah suruh.


"Kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka berbuat kebaikan"
-Al-Baqarah(195)

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”
-Surah An-Nahl (90)

Tapi,
Bagaimana menjadi hamba Allah yang baik?

Hmm.

Banyak caranya.

Antaranya, cuba jauhi sifat-sifat mazmumah(yang tercela).
Dengki, buruk sangka, riya', takbur, zalim, malas, tak suka dengar peringatan, dll.


Cuba hayati sifat-sifat mahmudah (yang terpuji),
Redha, tawaduk, tidak cepat marah, sentiasa rasa berdosa, rindu Allah, sayang Allah, cinta Allah, dll.


Senang tak?


Susah la.


Tak de lah.
Susah tu sebab kita tak nak jadi baik.
Kalau kita nak jadi baik, senang je. 


Mulut cakap senang la.


Ala, sebelum fikir tak boleh buat..cuba buat dulu.


Ok.


InsyaAllah. Allah akan memudahkan sesiapa yang nak jadi hamba Allah yang baik.


~..Orang baik suka bertaubat..~


~ Jom jadi baik.
~ Cuba dulu, baru dapat dan rasa.
~ Cintailah Ilahi.  

 4:34 am.

Friday, January 13, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa nak cerita pasal orang-orang sekeliling jer hari nie. Walaupun esok ada exam lagi.. Kejap je ya Allah deh. Pernah kan kita rasa bahagia? Antara bahagia yang kita rasa tu kadang-kadang berlaku disebabkan orang-orang sekeliling. Yang dekat dengan kita. Kenapa yer? Sebab Allah yang mengizinkan. :)

Saya punyai teman yang ramai. Macam-macam fe'el ada. Yang nak diceritakan kat sini, mengenai 5 orang sahaja. Yang 5 orang ni la yang mengajar saya macam mana nak jadi baik. Sebabnya, hari-hari saya dapat pengajaran dari mereka. [Yang lain-lain tu pun ada kisah mereka tersendiri. Banyak bagi pengajaran sepanjang hidup bersama mereka.]

Kalau berkesempatan, kami akan berkumpul selepas solat maghrib. Setiap hari ada yang akan jadi pentazkirah. Seorang akan jadi panglipur lara, dan 5 orang akan mendengar. Bila si panglipur lara bercerita, kami akan mendengar untuk mendapat pengajaran darinya.

Kadang-kadang sepanjang panglipur lara bercerita, ada je yang tukang menambah perisa bagi setiap cerita. Membuatkan kami semua gelak. Yang selalu buat kami gelak adalah Atiqah dan Umairah. Dari setiap cerita atau tazkirah yang disampaikan, ada je cerita tambahan atau soalan dari mereka.

Yang lain pun sama, Datin Qi, Dik Joule dan Leha si Maru. Ya Allah, macam-macam peringatan yang mereka tambah. Contohnya apakah pengajaran yang dapat pada hari ini? Apakah perkara bahagia yang kita dapat pada hari ini? Setiap orang kena gitau, kena kongsi. Dari situ kami dapat pengajaran yang pelbagai. :)

Bila dah azan isyak, kami akan buat khulasoh. [Kadang-kadang sambung lagi lepas azan] Setiap orang kena cakap. Walaupun satu ayat. Tadi pun sama. Yang jadi pentazkirah hari ni Umairah. Memang gelak je la kerja kami hari ni. Tambah-tambah lagi, ada jiran rumah sebelah datang. Una, Wan, Nana, Tengku, dan Ezana mzp. Lagi haru. :)

Sahabat lain juga tak mungkin di lupakan. Nak sebut nama sorang-sorang, ramai. Takut-takut ada yang tertinggal. Terutama sekali sahabat yang sama-sama terbuat kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang  hidup kat Melaka ni. Dan yang pernah hadir dalam hidup saya. Walaupun sekali je jumpa seumur hidup, ataupun yang hanya bersahabat di alam maya. [Yang terasa tu ler.. :) ] 

Mereka la yang mewarnai hidup saya semenjak saya dikurniakan sahabat oleh Allah khususnya yang tinggal di J4* ni. Walaupun kadang-kadang saya ni menyusahkan hidup mereka, tetapi mereka tak pernah merungut. Padahal, saya rasa saya banyak buat mereka bersedih. Saya banyak buat hal. Mereka tetap bersama saya. Terima kasih ye.

Satu lagi, saya juga jarang ucap terima kasih pada mereka. Jarang ucap kata maaf pada mereka. Jarang ucap kata sayang pada mereka. Walaupun mereka jarang dengar semua tu dari saya, saya harap Allah dengar dan menyampaikan pada mereka. 

Kamu tahu tak siapa yang datangkan mereka dalam hidup saya kat sini? Semestinya kamu tahu. Iaitu Allah. Allah yang menghantar mereka kepada saya. Bila-bila masa Allah akan ambil mereka. Dan saya tak kisah kalau Allah ambil mereka. [Sebab tak mungkin saya bersama mereka sepanjang hidup saya] Bila saya dah tak tinggal kat Melaka lagi. Bila saya tiada lagi di dunia. 

Siapa saya untuk menghalang Allah dari ambil mereka dari saya. Allah dah bagi saya nikmat yang banyak sepanjang bersama mereka. Tak terbalas nikmat Allah yang hebat ni. Mereka yang menjadi asbab saya macam ni pada hari ini. Yang pasti mereka kini sudah berada dalam hati saya. Itulah tanda nikmat Allah yang tak ternilai. Terima kasih Allah.

..Saing dunia akhirat..


“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” [Al-Hujuraat ayat 10] 



~ Cintailah sahabat-sahabat kita.

~ Cintailah Ilahi.


Saturday, January 7, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.

Kita selalu me'reload' page facebook kita, dalam sehari mungkin 50 kali klik 'reload'. 


Cuba kenang kembali, berapa kali kita 'reload' kita punya amalan dalam sehari?


Kita selalu bangga bila ada orang 'like', status fb kita. 

Orang 'share' status fb kita. 

Orang 'komen' kat status fb kita.

Bila masa ye, kita bangga dengan 'like' Allah pada aktiviti kita. 

'Share' nikmat Allah pada perlakuan kita. 

'Komen' pasal Allah pada percakapan kita?

Hari-hari kita busy dengan dunia, tapi hari-hari Allah tunggu kita busy dengan Dia.

Allah dah buat banyak benda untuk kita.

Tapi kita dah buat apa untuk Allah?

 "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)." [29:64]


~ Allahurabbi.
~ Cintailah Ilahi.
Friday, December 30, 2011


Buat teman yang dikejauhan,
Aku bukanlah sang sasterawan,
Yang bisa menyusun ayat,
Menjulang semangat,
Buat kau kuat.

Tapi aku cuma mahukan,
Kau sentiasa kuat,
Walau apa jua badai,
Yang menggoncang iman,

Buat teman yang dikejauhan,
Kau jangan gusar,
Dengan segala kepayahan,
Yang kau alami sekarang,

Dan akan datang.
Segala yang berlaku,
Pasti ada yang tersembunyi,
Disebaliknya hikmah,
Yang berpanjangan.

Buat teman yang dikejauhan,
Kita tidak tahu,
Musibah apa yang sedang terjadi,
Tapi kita tahu,
Yang menjadikannya,
Adalah Allah.

Kita cuma perlu yakin,
Dengan semangat keimanan,
Yang dikurniakanNya,
Kita harus sabar.

Buat teman yang dikejauhan,
Jangan sekali kau lemah,
Jangan sesekali kau gundah,
Sabarlah,
Allah suruh kita sabar.

Buat teman yang dikejauhan,
Ingat lagi janji Allah?
Allah tolong kita,
Sebab kita gerakkan agamaNya.

Yakin ye teman,
Usah gelisah,
Usah gentar,
Allah ada di sisi.

~ Cintaku buatmu teman..~
~ Ingat lagi tak hadis Nabi s.a.w, pasal cinta saudaranya? :)
~ Cintailah Ilahi.
Monday, December 26, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam,
Segala kerja semuanya tidak bermakna.
Segalanya menjadi tidak kena.

Yang baik nampak samar.
Yang buruk jelas diminda.

Tercari-cari kenapa.
Adakah ini petanda?
Adakah ini petaka?
Kiamat sudah tiba?

Hati yang baik.
Mula berbicara.
Kau sebenarnya.

Kurang beramal.
Banyak mainnya.
Kau buat aku kelam.
Yang putih jadi hitam.

Begitukah ceritanya?
Lantas apa yang harus ku buat?

Kau punya Tuhan yang baik.
Tuhan kau sentiasa ada.
Kembalilah padaNya.

Apakah ini suatu rahmat?
Seringkali terleka,
Seringkali juga diingatkan.

Setiap kali diingatkan.
Bersyukurlah.
Bersujudlah.












" (yaitu) orang-orang yang takut (azab) Tuhan-Nya, sekalipun tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari Kiamat."
Surah Al-Abiyya' [21:49]

~ Cintailah Ilahi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya yakin, ramai di kalangan kita sekarang ni dalam mood exam. Apa-apa pun, ingat Allah jangan lupa. Hidup hanya akan ceria kalau kita ingat Allah. Orang yang rasa dirinya ceria tanpa mengingati Allah, ceria itu bukanlah ceria yang benar.

Cuma satu nak ingatkan pada diri buat kali ini. Ingat Allah bukan hanya pada waktu kita kesempitan. Teringat suatu keadaan di mana si dia tersangatlah mengharapkan pertolongan Allah. Tetapi hanya ketika si dia kesempitan. Ketika kegembiraan, si dia lupakan Allah.

Jangan jadikan itu suatu ikutan, kerana Allah memberi kita setiap waktu. Tetapi kenapa kita tidak membalas pemberian Allah untuk sentiasa mengingatiNya. Jom ingat Allah selalu. Ingat Allah ketika duduk, baring, berdiri, bercakap, ketika tidur. 

Dan, untuk exam ni. Teruskan berusaha supaya kita tidak kecewa di kemudian hari. Disamping buku pelajaran, buku dari Allah jangan dilupa. Moga setiap yang dipelajari diberkatiNya.

~ Orang beriman itu, di hatinya ada Allah.
~ Cintailah Ilahi.
Monday, December 19, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Cuba untuk berkata pada diri. Hati yang sakit merupakan hati yang hidup. Sakit kerana nafsu cuba menggoda kita untuk melakukan segala jenis sifat buruk. Hati menjadi hidup, apabila kita berusaha melawan godaan nafsu tersebut. Apa kaitankan? Sesiapa sahaja pernah ada dalam hatinya sifat-sifat mazmumah (tercela). Cuba tanya pada diri sendiri, semasa wujudnya sifat-sifat tersebut contohnya rasa nak menunjuk-nunjuk (riya'), apa yang kita telah lakukan? 

Kita tunjuk barang tersebut kepada kawan sambil cakap (..dengan bangganya mempersembahkan...yuhuu..)?


Ataupun,


Kita cakap kepada mereka, (..aku ada hp android, ko hp buruk je..apa kelass..)


Dan lain-lain..
Kita lakukan dan dengan penuh bangga diri, tanpa merasakan semua itu milik Allah. Kita telah menjerat diri kita untuk ke neraka. 

Tetapi bagaimana pula dengan situasi ini, kita hanya terlintas di hati nak menunjuk-nunjuk? (tak tunjuk pun lagi). Dan kita menyedari apa yang terlintas itu adalah sifat mazmumah. Kemudian kita tidak jadi untuk menunjuk. Dan kita berusaha untuk tidak menunjuk. Oleh itu, kaitannya adalah hati yang hidup adalah hati yang  masih sedar akan perkara baik dan perkara buruk dan memilih akan kebaikkan. Dan hati yang mati adalah hati yang tidak sedar apa yang dilakukan itu adalah perkara jahat dan bertindak melaksanakan kejahatan tersebut.


Ada orang tanya, bagaimana hendak kita menilai sesuatu tersebut samada baik atau buruk? Nilaian baik buruk sesuatu perkara itu berdasarkan ilmu yang dimilikinya. Ada orang, merasakan yang baik itu buruk dan yang jahat itu baik. Orang itu adalah orang yang jahil. Mana mungkin seorang yang berilmu tidak tahu akan sesuatu kebaikkan dan keburukan. 

Jika ada yang mengatakan, akulah orang yang berilmu. Tetapi masih lagi melakukan kemaksiatan. Maka baginya adalah ilmu yang belum cukup-cukup lagi. Adakah kita ini baik, ataupun jahat? Kalau kita masih melakukan maksiat, maknanya kita jahat. Dan sebaliknya. Ingat, orang baik adalah orang yang melaksanakan perintah Allah.

Oleh itu, bilamana terdapat lintasan untuk melakukan kejahatan. Maka cepat-cepatlah kita kembali mengingati Allah. Nescaya Allah akan menghapuskan segala kejahatan yang ada dalam diri kita. Kalau kita tidak dapat mengingati Allah saat itu? InsyaAllah. Allah Maha Peyayang. Bila diberi keizinan untuk ingat padaNya, banyakkanlah beristighfar dan memohon keampunan dari Allah. Mudah-mudahan di lain masa, kita antara orang yang Allah jaga untuk tidak melakukan kemaksiatan kepadaNya. Amin.

Lintasan                                                                                     
~ Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. [Ar-Rad: 28]
~ Lintasan hati menjamin kesejahteraan ummah :)
~ Jauhkan diri dari sifat tercela.
~ Cintailah Ilahi.
Tuesday, December 6, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.

Allah,
Hadirlah sentiasa di hati ini,
Ku seru namaMu untuk Kau sentiasa di sisi,

Allah,
Andai beberapa ketika ku terlupakanMu,
Kau ingatkanlah aku kembali,
Kembali mengingatiMu.

Allah,
HadirMu di kala ku keterlupaan,
Menterjemahkan keHebatanMu,
Hebat dalam mengingati hambaMu.

Allah,
Aku hanya mampu bermadah,
Usaha dan dayaku adalah dariMu,
Ingatkan aku padaMu sentiasa,
Semoga aku dapat menatapMu di sana.

Allah,
Terima kasih atas kehadiranMu,
Setiap saat kuharapkanMu,
Aku sangat memerlukanMu.

Allah 
~ Siapalah aku di sisiMu.
~ Cintailah Ilahi.
Saturday, November 26, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Semua orang akan bercerita tentang tahun baru pada hari ini. Saya pun nak ucaplah juga, selamat tahun baru. Dah niat belum? Niat jap. ~_~ Dah, semoga dipermudahkan semua urusan untuk tahun ni. InsyaAllah. Nak bagi soalan ni, sape leh jawab tinggalkan jawapan ea? Hadiah tu, insyaAllah berbaloi-baloi iaitu ilmu. Soalannya macam soalan tadika, tapi jawapan kome pasti tepat. Pesanan awal, untuk mengelakkan ketidakadilan, jangan cari kat google ea. Nak tahu gak, adakah anda memang tahu atau anda masih ragu.

Soalannya,

Bilakah bulan Nabi s.a.w mula berhijrah?

Soalan dibuka sekarang! :)

Sambil-sambil layan otak cari jawapan, kat bawah ni ada satu puisi (kononnya) yang terjumpa dalam buku baru tadi, sesaje nak kongsi.

Apa yang kau tahu?
Senyum ^_^v
Senyum =)
Senyum :(

Hati berat bila membenci,
Membenci tidak = tak suka,
Kenapa tak suka?
Kerana ikhlasnya tiada,
Oh,
Tiada ikhlas ke mana?
Ke tempat yang tersembunyi di dalam hati.

Ikhlas!
Keluar kau dari sana!!!
Paksa ikhlas keluar.

Jangan mudah mengalah!
Kenapa nak mengalah?
Kerana apa nak mengalah?
Hah!
Mengalah?

Sudah-sudah,
Kamu hanya tahu menyoal.

Sediakan jawapannya.

Jawapannya cuma satu,
Ikhlas!

Dan di mana ikhlas itu?

Persoalan lagi, huh!

Oh ikhlas,

Senangnya kamu,
Paksa senyum,
Paksa terima walaupun sakit,

Gila.

Kalau dah paksa,
Bukan dinamakan ikhlas.

Kalau tak paksa,
Ikhlas datang ke?

Ikhlas adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah s.w.t.

Perlu ke paksa untuk melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t.

Sebelum sesuatu yang baik dan berat itu dilakukan,
Pastinya ada yang bukan diniatkan kerana Allah,

Oleh itu,
Paksalah diniatkan kerana Allah,

Sebab ikhlas akan datang,
Setelah pemaksaan tersebut.

   

~ Bersama-samalah, niatkan di awal tahun ini agar kita dijadikan Allah salah seorang daripada hamba-hambaNya yang bertaqwa.
~ sURAH aL-IKHLaS
~ Cintailah Ilahi.
Sunday, November 13, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Saya suka perkataan BAIK. Saya suka pada keBAIKkan. Saya suka pada orang BAIK. Saya sangat berminat untuk jadi BAIK. Ada apa dengan BAIK? Hanya 4 huruf yang bercantum menjadi satu perkataan BAIK dapat memberi kebahagiaan pada semua orang. Sesiapa yang tidak menyukai perkara BAIK adalah seseorang yang pelik lagi tidak bersyukur.

Adakah saya salah dalam memberi kenyataan terakhir pada perenggan di atas? Fikir-fikirkan. Kenapa la saya ni suka sangat dengan baik? Rasa macam nak jadi orang baik, tapi tak mampu. Hanya berharap pada usaha yang berterusan dan berdoa semoga kebaikkan sentiasa bersama kita. Susah sangat ke nak dapatkan kebaikkan ni? Hanya orang yang diuji dengan kejahatan yang dapat menjawabnya.

Apalah yang ada pada baik. Pada saya, bila melakukan kebaikkan segala masalah hilang. Tidaklah pula diketahui apa yang orang kebanyakkan rasa bila mereka melakukan kebaikkan. Apa-apa je bila berlaku kebaikkan, akan memudahkan segala cara. Tak percaya? Acu cubo try test sediri. Paling best bila berada di puncak kejahatan. Masa tu kalau kita buat kebaikkan, berganda-ganda keberkatan dari Allah.

Ada satu ayat cinta Allah yang sangat best. Allah cerita pasal kebaikkan. Saya lupa surah apa. Nanti saya letak kalau jumpa. Allah cakap, bersama dengan kebaikkan itu ada rahmat. Ya Allah, setiap kebaikkan yang kita lakukan ada kasih sayang Allah sebenarnya. Rasa sangat benda tu. Tak tahu nak kongsi macam mana. Hebatkan Allah.

Sebelum-sebelum ni saya ada tercari-cari dalil pasal setiap kejadian pasti ada hikmah. Tapi tak terjumpa. Tapi Allah ganti apa yang saya cari selama ni dengan ayat tu. Ayat tu buat saya terfikir, setiap kejadian ada hikmahkan? Pastukan, ayat tu kata bersama dengan kebaikkan tu ada rahmat. Jadinya, apa yang saya dapat setiap kejadian tu ada hikmah dan hikmah tu adalah datang dari rahmat Allah. Maha Suci Allah.

Comelkan. Sweet sangat dengan peringatan yang Allah bagi pada kita. Kalaulah semua orang faham sebagaimana saya faham, bestnya hidup ni. Kasih sayang Allah ada di mana-mana. Tak kira apa yang berlaku tu dalam keadaan musibah ataupun nikmat ada rahmat Allah. Allah Maha Hebat. Hebat sangat. Tak ternilai. Dan semestinya yang pasal kebaikkan tadi tu, ada kaitan juga dengan kasih sayang Allah. 

Buatlah baik, cintailah kebaikkan. Allah. JAdikanlah aku dan seluruh orang Islam tergolong dalam kebaikkan dan sentiasa dengan kebaikkan. Dari kebaikkanlah datangnya ketenangan. Allahurabbi. Segala kejahatan akan terbatal tatkala kebaikkan itu ada. Nah, cantikkan kebaikkan. 
BAik Itu CAntik.
~ Cintailah kebaikkan.

~ Cintailah Ilahi. 
Bismillahirrahmanirrahim..


X berkesempatan utk wat ayat sendiri,


Oleh itu saya ingin kongsikan ayat Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Copy skit,



“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.” [Ustaz Pahrol]


~ Cintailah Ilahi.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak